Sunday, 31 January 2016

~ Tuah Si Penyapu... :) ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Segala puji hanya milik Allah dan semoga
selawat serta salam tetap tercurahkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, keluarga dan semua orang yang mengikuti jejak mereka dengan kebaikan..

Salam hujung minggu warga blog.  Hari ini kak nah ingin berkongsi idea buat anda yang berjiwa kreatif dan tangan pula berseni. Tidak tenteram rasanya kalau hanya duduk-duduk tanpa membuat sesuatu. Ini bukan hasil kerja tangan kak nah ya. Berkongsi dari hasil encik google. 
 
Apa kata anda?
Siapa yang melihat pasti tertarik, penyapunya cantik, mesti tuan punyanya seorang yang rajin.. :)

ps/ Kejap lagi nak pergi kenduri. hari ni ada dua jemputan majlis perkahwinan. semalam ada satu. hujung minggu yang tidak perlu memasak. orang sekarang buat majlis tidak payah tunggu cuti sekolah macam zaman kak nah dulu-dulu.. :)

Wednesday, 27 January 2016

~ Wordless Wednesday #42 - DIY - Kasut Si Comel... ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Segala puji hanya milik Allah dan semoga
selawat serta salam tetap tercurahkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, keluarga dan semua orang yang mengikuti jejak mereka dengan kebaikan..

Salam rabu semua. Buat bakal-bakal ibu.. boleh isikan masa terluang. Jom semangat keraskan tangan. Hasil tangan sendiri lebih puas hati.. :)

Ikuti langkah demi langkah..















Selamat berusaha..

ps/:perkongsian dari page Arte e Bom Gosto

Friday, 22 January 2016

~ Salam Jumaat ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabat...

Saturday, 16 January 2016

~ Princess Hannan ... ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabat...

Selamat berhujung minggu blog.. lama tidak menulis juga bercerita.. Otak pun sudah jadi tepu. Cerita banyak tersimpan dan lapuk. Bagaimana hendak memulai..
Ok. Ini kisah cucu tunggal.. Sudah besar.Sudah bersekolah!!

16 Dis 15 sambut hari lahir ke 4 tahun
+
+
+

Januari 2016 sudah 5 tahun :)

4 Jan 2016 Hannan  masuk sekolah bersama rakan sebaya seusia 5 tahun. Menjadi sibungsu di dalam kelas :)


Hari pertama, masih takut dan malu.. Sedih sekejap sebab mama balik.

Cikgu bagi makan cakap kenyang. Balik rumah sepinggan nasi dengan sebungkus buah jambu habis dia makan. Cikgu suruh tidor, Hannan cakap siang ada 'sun'  tak boleh tidor.. 
Balik rumah.. tidor keletihan..

Hampir seminggu baru dapat baju sekolah. Sebab Hannan pakai saiz s. Cikgu kena cari lain. Dalam kelas, cikgu tanya apa cita-cita Hannan. Hannan bagitau cikgu.. 
Princess... Aina Hannan Suffiya 1st. 
Lepas tu nak pergi spaceship.. biar betul!!!  
Betul-betul terpengaruh dengan cerita tv yang dia selalu tengok.. 
cerita Sofia the 1st.  Haila.. cucu seorang :)

Wednesday, 13 January 2016

~ Masih Adakah Yang Sudi ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabat...

Sudah minggu kedua 2016
Baru berkesempatan untuk bertanya khabar..
Apa khabar sahabat blog... 
 Masih ada lagi ke yang sudi singgah ke sini.. :) 

penutup tirai 2015.. Alhamdulillah, dengan izinNya.. terpilih sebagai Duyuful Rahman
dan merasai musim sejuk dibumi yang penuh barakah..