Wednesday, 9 September 2015

~ Wordless Wednesday #41 - DIY - Kitar Semula... ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabat...

ternampak gambar ni dalam dalam fb perkongsian dari seorang rakan.. nampak kemas tersusun... idea  yang kreatif.. kalau kak nah, nampak saja botol kosong semua jadi habuan cik pah, langsung tidak terfikir hendak dikitar semula ke apa... 

Tuesday, 8 September 2015

~ Masam + manis + pedas.... ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabat..


Pagi yang sejuk dengan keadaan di luar hujan lebat... di dalam pejabat sejuk penghawa dingin.. Mata macam ada benda bergayut.. Berat pada hendak pejam dari celik..
Ada yang lebih baik daripada makan 'benda ni'...??
Meleleh air lior... Mata terbuka luas...hihihik...

Saturday, 5 September 2015

~ Menghitung hari.. ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabat...


Satu soalan cepu mas  diajukan  ketika kak nah berpeluang mengikuti kursus untuk bakal-bakal pesara anjuran Kementerian Petahanan di pulau Langkawi tempohari..

"Apakah perancangan masa depan puan selepas bersara nanti. Berniaga, bekerja atau berkebun.."

Tindak balas spontan.. tanpa berfikir panjang, kak nah hanya menjawab..nama pun bersara, saya hanya ingin berehat, duduk goyang kaki di rumah, menikmati hari-hari yang bersisa dengan sepenuhnya....melakukan apa yang saya mahu yang saya tidak dapat lakukan sekarang. Saya mahu selalu bersama  keluarga, bermain dan bermanja dengan anak cucu. Saya suka berjalan melihat tempat-tempat menarik.. jadi saya akan pergi melancong bersama keluarga mengikut kemampuan saya. Saya mahu belajar mengaji..mendalami ilmu agama sebagai bekalan yang akan saya bawa menuju ke alam abadi.. dan  saya tidak pernah terfikir untuk bekerja, berniaga atau berkebun..

Dan.. semua peserta yang hadir pecah ketawa.. "cikgu" yang bertanya ketawa geleng kepala... :) 

Menghitung hari.. cepatlah masa berlalu..
Kalau satu ketika dulu, waktu sebelum memajukan surat permohonan bersara pilihan, perasaannya tidak begini....



Thursday, 3 September 2015

~ Menjadi Tetamu AgungMu.....~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabat...

'HambaMu telah datang menyambut panggilanMu..
Ya Tuhan, hambaMu datang menyambut panggilaMu..
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan
 adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu..'

Didoakan..semoga kakak dan abang ipar kak nah berserta ahli rombongan jamaah haji KT 12 yang berangkat melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, dipermudahkan segala urusan juga diberikan kesihatan yang baik sepanjang waktu berada disana. Dapat melaksanakan ibadah haji dengan lancar dan sempurna.
Semoga mereka semua yang berjaya terpilih menjadi tetamu AgungMu Ya Allah pada musim haji kali ini 1436H..dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna serta kembali dengan haji yang mabrub...





ps/semoga selamat pergi dan selamat kembali..

Wednesday, 2 September 2015

~ Rindu ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabat..

Sekian lama tidak menulis serta berkongsi cerita juga idea menjadikan memulai menulis kembali terasa sukar...:)

Selepas keluar dari hospital tempohari, semangat berblog terasa semakin menurun. Akhirnya blog menjadi sepi dan suram.. :(

Bila rindu.. sesekali kak nah menjenguk kesini... rupanya masih ramai lagi yang sudi berkunjung ke laman ini.  Alhamdulillah.. terima kasih kepada anda yang masih ingat... :)

keadaan jerubu di Manjung pagi tadi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.. 





ps/pic dari rakan fb