Friday, 22 May 2015

~ Alhamdulillah... ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabatnya

Cerita minggu lepas.. Dua hari dua malam di hospital Sri Manjung... 
Jutaan terima kasih buat semua para doktor dan jururawat yang manis-manis dan baik hati di Wad 9.. :)




Wednesday, 20 May 2015

~ Wordless Wednesday #40 DIY - Cawan Oh Cawan.... ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabatnya

Salam rabu..selamat memulakan tugas dihari baru dengan sedekah sebuah senyuman...

tercari-cari cawan yang hilang... rupanya ada di laman... :)

Sunday, 10 May 2015

~ Menimba Ilham Meroti ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabatnya


Cerita hari ini, ahad 10 Mei 15.  Kak nah berpeluang ikut serta kelas meroti anjuran JPP zon 6 Sri Manjung mewakili Kelab Srikandi Cawangan Sitiawan. Kelas bermula seawal jam lapan pagi dan tamat jam empat petang. Kelas dihadiri oleh tiga puloh empat peserta dan sebanyak enam jenis menu roti dipelajari. Kelas berakhir dengan jayanya dengan acara penyampaian sijil oleh Pengerusi JPP Zon 6.

Alhamdulillah.. 

Menghadiri kelas ini bukan sahaja ilmu yang berjaya dikutip, tetapi yang lebih membuat hati bahagia adalah kerana mempertemukan kak nah dengan seorang sahabat lama yang lebih 18 tahun tidak pernah bersua.. Begitu cantik aturan Yang Maha Esa.. ia bukan sahaja sekadar menimba ilmu tetapi memberi ruang untuk sebuah petemuan yang tidak pernah diduga serta menjalin silatulrahim bersama kenalan baru :)

dari resepi asas roti..
menghasil..
belbagai gaya..
dan bentuk..

















Terima kasih chef. Halalkan ilmu ye..

Saturday, 9 May 2015

~ Pulut Mangga vs Catur Bisnes ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabatnya


Minggu lepas kak nah menghadiri kursus di Langkawi Seaview Hotel selama empat hari. Alhamdulillah.. disamping dapat menambah ilmu didada, berpeluang menghirup udara pulau dapat juga mencukupkan tujuh hari berkursus untuk tahun 2015 :)

Apa yang lebih menarik lagi...
:)
:)
:)
.... berpeluang menikmati keenakan pulut mangga yang memang terkenal di utara..  Mangga harum manis bersatu dengan pulut serta santan kelapa..  Subhanallah.. perasaan itu masih wujud.. kenangan zaman lampau.. betapa enaknya pulut mangga air tangan ibu..  

.... Ada permainan berkumpulan.. kami dibahagikan kepada lima kumpulan dianggotai lapan orang peserta. Permainan Catur Bisnes.. semua cakap tidak pernah main dan tidak tahu bagaimana hendak main.. jadi bermainlah sambil belajar.. setelah dua jam berentap.. akhirnya kumpulan kak nah menang.. macam tak percaya pun ada  :)

ps/dapat makan angin juga.. 

Friday, 8 May 2015

~Mengidam ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabatnya

Satu waktu dulu.. dia tidak mempunyai aura... tidak ramai yang gemar dengan rasa dan baunya.. dan tentunya dia tidak nilai.. terbiar hingga gugur sendiri..

Namun waktu yang beredar.. membawa angin perubahan apabila dikhabarkan bahawa dia adalah penawar penyakit kanser.. dan mengandungi pelbagai khasiat.. Hari ni dia merupakan antara yang sentiasa dicari dan nilainya menjadi berganda-ganda..

Sekilo RM18.00.. bulat biji mata kami berdua memandang tepat pada wajahnya.. Tauke buah mengangguk sambil senyum.. 

Kalaulah bukan kerana teringin sangat ... memang kami berdua tidak berminat pun untuk membelinya.. dia adalah nostalgia zaman kanak-kanak semasa di kampung halaman.. kenangan yang tidak mahu kami lupakan.. Biar ia kekal disitu..sebagai memori indah.

Masa lalu dihadapan gerai tersebut dan terpandang pada longgokan buah.. kami sudah sepakat mahu singgah pada waktu balik dan kalau mahal sangat tidak perlulah kami membelinya..

'Tapi akhirnya terbeli juga sebiji walau hati kata mahal... 
Dan hati juga kata tak apalah.. sebab dah teringin sangat..
Dan dah kecur air liur teringat akan kesedapan rasanya yang masam-masam manis..
Hati..tak sempat-sempat nak balik rumah..nak potong..nak makan.. '

tidak sampai sekilo..rm14.00 sebiji

ps/dah tua-tua ni mengidam pun pelik-pelik ja..