Saturday, 3 January 2015

~ Salam Maulidur Rasul 1436H - “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah...

Perbanyakkan berselawat di bulan ini...
Rabiul awwal bulan yg dimuliakan kerana dilahir kedunia ini seorang insan yang tiada kekurangan padanya...

Cinta kepada Nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam maka cintailah akan setiap perkara yang berhubung kait dengan Baginda.

Sabda Rasullullah SAW:-
'Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga'.
 - Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Seluruh isi langit.. bumi.. serta  segala makhluk Allah gembira dengan kelahiran Baginda...

Yaa Nabi Salamm Alaika..
Yaa Rasul Salam Alaika..
Ya Habib Salam Alaika..
Salawattullah Alaika..


Thursday, 1 January 2015

~ Selamat Datang 2015..~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..


Allah Ya Allah..
2014 telah menutup tirainya..
Pergi bersama besarnya ujianMu..
Begitu banyak peringatan yang Engkau zahirkan sepanjang 2014..
Menjadi iktibar buat yang mahu berfikir..
Menjadi sia-sia  bagi mereka yang lalai..

Allah Ya Allah..
Selamat datang 2015..

Begitu cepat masa berlalu, hari ini kita sudah melangkah ke tahun baru 2015..

Satu waktu dahulu..
Ibu ayah sering berpesan..bila ada barangan baru, jangan menunjuk depan kawan-kawan, nanti kawan akan sedih.  Mungkin ibu ayah mereka tidak mampu. Kalau makanan hanya ada sedikit, usah makan di depan kawan,  nanti kawan terliur.

Lihat.. betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa juga yang hendak dilakukan perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris perasaan orang sekeliling.

Hari ini..
Tanpa kita sedari, melalui mukabuku dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas kata-kata 'share'...

# Beli barangan baru... muatnaik gambar
# Masuk restoran..sebelum makan muatnaik gambar.
# Perah susu banyak-banyak,  kongsi cerita pula.. susu banyak untuk buat simpanan.         muatnaik gambar.. (padahal sudah termasuk dalam bab aurat wanita)..
# Apabila mendapat komisen, elaun atau gaji lebih, muatnaik gambar cek, penyata gaji, penyata bank..
# Anak dapat keputusan peperiksaan bagus, muatnaik gambar buku laporan kemajuan anak.....

Banyak dan bnyak lagi... semuanya atas nama untuk 'share' kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain. Tetapi..  realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita tidak ambil peduli ada antara yang melihat gambar makanan yang kita 'tayang' mungkin sudah beberapa hari tidak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yang dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit dan tidak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi....


Maka mulai dari hari ini..melangkahnya kita ke tahun baru 2015 :-

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerana mungkin ada yang merana."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.

Yang sudah biarlah berlalu pergi...
Ayuh.. sama-sama kita berusaha ke arah itu.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti.. ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu...

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala untuk bekalan diakhirat nanti.
Aamiin....

#ps/perkongsian dari seorang sahabat..