Sunday, 21 December 2014

~ Hari Gantong Periuk Belanga.. :) ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam hujung minggu..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Selamat bercuti.
Rasanya semua dari kita mengambil kesempatan untuk bercuti panjang serta menghabiskan baki cuti tahunan bersama keluarga setiap kali menjelangnya musin cuti persekolahan akhir tahun.  

Dan blog seolah diabaikan... sepi seketika. 

Hari cuti adalah hari bersama keluarga..itu lebih penting dan lebih memerlukan perhatian =)

Dan juga musim orang kawin.. yang seronoknya..dapat berehat dari masak memasak. Kalau ada rezeki, dapat bertemu dengan saudara mara serta sahabat handai yang sudah lama tidak bersua =)

Jom kita pergi meraikan pasangan pengantin...