Thursday, 27 November 2014

~ Program Berkhatan Peringkat Pangkalan 2014 ~

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Program berkhatan beramai-ramai peringkat Pangkalan  telah pun berlangsung selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Nov 2014. Perasmian dilaksanakan di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut dan acara berkhatan di HAT Lumut. Program yang menjadi acara wajib dan dimasukan dalam SKT Pangkalan, pada kali  ini dilaksanakan pada hujung tahun sempena cuti panjang persekolahan dengan disertai oleh lebih kurang 74 orang peserta. Alhamdulillah..

Perasmian acara pada pagi 26 Nov 14.. =)
Acara berlangsung penuh gilang gemilang.. Ibu bapa teruja, anak-anak apatah lagi...

Bunga Manggar mengalu-alukan tetamu..

Pendaftaran Peserta..

Wajah-wajah ceria AJK Majlis..
Perasmian..

 Bacaan Doa Bermula Acara..
Sabar menunggu giliran menaiki pentas..
Ada yang muram.. takut katanya..
Pulut kuning untuk suapan peserta..

Ibu bapa mengiringi anak ke pentas..
 Cenderahati untuk adik-adik.. juga ada 'ang pau' rm20 tiap seorang.. =)

Bergambar kenangan selesai perasmian..


Makan dahulu sebelum naik keretapi..
Di arak dengan menaiki keretapi..
Menuju ke kolam renang Kompleks Sukan untuk acara bersiram...
AJK bergotong royong membuat persiapan sehari sebelum majlis..


bergambar bersama 'tok mudim' HAT Lumut =)

Wednesday, 26 November 2014

~ Wordless Wednesday #39 - DIY Kitar Semula - Mencuri Perhatian... ~

Assalamualaikum..salam sejahtera..salam rabu..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Sekadar berkongsi idea..semoga dapat membantu bagi mereka-mereka yang suka pada kelainan.. =)


Mencuri perhatian... =)
siapa sangka dari lebihan batu bata.. pun menarik!!

ps/pic en.google

Monday, 24 November 2014

~Masih Menggali Ilmu di PD.. #Kebun Bandar ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam pagi isnin..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..


Allah Ya Allah

Masih menggali ilmu di PD.. 
Doakan semoga kami semua sihat dan cergas, mendapat ilmu yang berkat..


Semoga ilmu yang diperolehi tumbuh sihat seperti tunas pokok yang disiram serta diberi baja..kekal subur

Sunday, 23 November 2014

~ Rombongan 'Che Kiah' Ke PD... ~

Assalamualaikum..salam sejahtera, salam hujung minggu.. =)

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah... 


Cerita pagi minggu..

Jam 8.45 pagi, kak nah sudah sampai di setesen bas Manjung dengan dihantar oleh cik man. Macam tidak sabar pula... Bergerak mengikut jadual, tepat jam 9 pagi rombongan 'Che Kiah' yang seramai empat puluh orang memulakan perjalanan menuju ke destinasi yang dituju, khas untuk menggali ilmu..

Doakan juga semoga rombongan kami selamat pergi dan selamat kembali..


Selamat tinggal Manjung untuk tiga hari dua malam. Teringin sangat naik keretapi .... =)


Friday, 21 November 2014

~ Hidup Ini Tumpang Menumpang..~

Assalamualaikum..salam sejahtera  serta salam Jumaat ..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN
 (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan)

Berulang-ulang Allah memberi peringatan kepada kita; 'maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan'?


Tiga puluh ayat dalam surah Ar-Rahman memiliki kalimat ini.  `Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?
Allah Ya Allah..
FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN
 (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan)
FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN
 (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan)
FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN
 (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan)
FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN
 (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan)
FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN
 (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan)

'Hidup ini tumpang menumpang... di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita.. alangkah kerdilnya kita di bumi Allah SWT... maka siapakah kita untuk menolak agama Allah...?' - (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)

Semoga kita merebut kesempatan yang ada untuk terus memperbaiki diri dalam mencari REDHA ILLAHI…

ps/pic dari en. google..




Wednesday, 19 November 2014

~ Wordless Wednesday #38 - Sumber Ilham ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam rabu..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Melepak sambil membaca... Melepak mencari ilham..
Menikmati panorama alam dalam hembusan angin petang..banyak ilham boleh dikutip..
Berbuai dilaman hijau..damai dirasa.. ilham berganda..

ps/pic dari en.google.. =)

Tuesday, 18 November 2014

~ Hulurkan Tangan - Eratkan Silatulrahim Semangat Bergotong Royong ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam 26 Muharram..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Ini cerita rabu minggu lepas..

12 Nov 2014. Seawal jam tujuh setengah pagi, bertempat di Masjid An - Nur TLDM, ahli-ahli Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) Cawangan Lumut telah berkumpul bagi mengadakan aktiviti bergotong-royong mengacau Bubur Asyura (versi utara) sempena menyambut 10 Muharram yang dikenal dengan hari Asyura.. (walau dah terlewat seminggu). 


Allah Ya Allah
Alhamdulillah...

Bulan Muharram yang memiliki banyak  keistimewaannya, begitu mudah buat penghubung kasih menjalin ukhwah sesama ahli dengan semangat gotong royong tanpa mengira usia juga pangkat.. 

Jom kita lihat.. biar gambar mengolah cerita..


Persiapan awal...
Kekacang siap direbus..
Dengan jayanya...dua kawah besar beramah mesra =)
Antara orang-orang kuat untuk mengacau bubur..
Penat tidak dirasai ...
cik kak..rehat kejab...

Dan akhirnya.... masakk =)
Jemput makan.. kenduri nasi berlauk... berselera sungguh ye.. =)
Dari dua kawah besar menghasilkan 500 pack. Cukuplah untuk diagihkan kepada 350 orang ahli..dan yang selebihnya adalah untuk para penyumbang serta pentadbir Masjid..
Syabas dan tahniah atas usaha baik ini,semoga ianya terus menyemarakkan lagi ukhwah yang terjalin antara warga KAKEP Lumut ...