Tuesday, 28 October 2014

~ Melakar Mimpi #1 ~

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua.. 

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..


Allah Ya Allah..

Sesekali pernah terfikir.. 
Sesekali timbul keinginan yang meruntun hati..
Mungkin ia hanya perkara biasa bagi sesetengah orang..

Dalam ingatan hanya ada nama tetapi tiada rupa. Andai berselisih sekalipun, pastinya saling tidak mengenali. Mungkin pernah bersua dimana-mana.  Mungkin pernah berbalas senyum dimana-mana. Mungkin pernah saling bertukar pandang dimana-mana, lalu terdetik disanubari...

Macam kenal je.. 
Macam pernah jumpa je..
Tapi siapa dia.. 
Masa telah mengubah rupacara serta penampilan..

Pertemuan terakhir masa cuti akhir tahun.. tahun enam. Kawan yang sama membesar.. berpanas serta berhujan di sungai dan bendang. Ada yang tidak menyambung pelajaran ke sekolah menengah..

Kali terakhir berjumpa adalah pada majlis perpisahan selepas peperiksaan SPM. Salam perpisahan dengan noktah.. Langsung tiada pertemuan juga khabar berita selepas itu.. Tiga puluh tahun dahulu bukan seperti hari ini.. 







Wednesday, 22 October 2014

~ Wordless Wednesday -#37 - Seni Hiasan Taman ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam rabu dan selamat bercuti...

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Cerita tentang cuti, cuti di tengah-tengah minggu bekerja.. hanya boleh duduk berehat di rumah. (Berehat ke.. sebenarnya bagi kak nah hari cuti lagi banyak kerja yang hendak dilakukan. Serasa macam tidak cukup hari.. sedar-sedar matahari sudah meninggi. Kehulu kehilir dari dapur kedepan.. tau-tau hari sudah petang.. Betapa sibuknya ibu-ibu yang duduk dirumah..!!

Dah petang, curi masa sikit berBW keblog kekawan.. sekejap lagi hendak keluar berziarah ke rumah kawan yang baru balik dari menunaikan ibadah haji pula..

Jom layan seni kreatif taman ni.. mana tau timbul idea baru boleh ubahsuai taman di hari cuti ni.. 








Yang mana satu idaman kalbu...

ps/semua pic hasil en. google..



Sunday, 19 October 2014

~ Suratan Atau Kebetulan.. ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam hujung minggu 24 Zulhijjah..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Sesuatu yang tidak disangka 
seringkali mendatangi kita
 itukah suratan dalam kehidupan
 atau sekadar satu kebetulan.... 

Ini cerita petang semalam.  Ia bukan perkara besar untuk dijadikan isu. Tetapi ia perkara menarik untuk diperkatakan.. Sesuatu yang tidak pernah pun berada dikotak fikiran dan itulah yang terjadi. Ia bukan kebetulan.. tapi memang telah tertulis haknya di Loh Mahfuz..
suka atau tidak kita kena terima hakikat dan kenyataan.. Siapa yang berupaya menolak kerana setiap apa yang berlaku itu adalah dengan Izin dan KehendakNya.. Jika sudah Allah swt takdirkan itu yang tersurat buat dia, walau seribu halangan yang menentang, walau tiada sokongan insan-insan tersayang pasti berlaku juga. Pada semua.. terimalah hakikat dengan tangan terbuka serta berlapang dada. In shaa Allah.. Redha..

Kita asyik membicarakan
 persoalan hidup dan pilihan
 serta kejujuran semakin berkurang
 masih tiada bertemu jawapan

Hanya satu yang mampu dipesan, hargailah mereka selagi ada hayat dikandung badan. Jangan kelak menyesal dikemudian hari. Jujurlah dengan diri sendiri serta keadaan sekeliling. Walau berkata benar itu pahit.. tetapi dalam pahit itu akan ada manisnya.. Buatlah berhati-hati.. ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus.. tepung tidak rosak.   Usah dilukai lagi hati-hati insan yang amat menyayangi. Usah ditambah dan dibiar luka menjadi nanah dan makin parah. Usah dibiar melarat baru hendak bertindak.. Yang telah pergi pasti tidak akan kembali. Yang masih tinggal usah dirobek kepercayaan dan kasih sayang mereka..

walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan 
mengapa sering terjadi pilihan tidak menepati 







#ps/pic sumber page fb

Wednesday, 15 October 2014

~ Wordless Wednesday #36 - Bunga-Bunga Kehidupan ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam rabu 

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Allah Ya Allah...

Lihatlah pada bunga mawar..bukan sahaja cantik dipandang..tetapi pandai mengawal diri...
Allah s.w.t tidak memandang cantiknya paras rupamu tetapi Dia melihat cantiknya akhlakmu.. 

Hati yang bersih akan menyerlahkan keperibadian yang indah.. cantik dalaman terserlah kecantikan luaran... jagalah akhlakmu..

Tiap rintangan yang mendatang hadapinya dengan tenang.. redha dan sabar atas ujianNya.. 
Segala suka duka dalam kehidupan pasti akan mematangkan dan menjadikan kita insan yang lebih baik dan tahu menghargai serta bersyukur..
Bukan mudah untuk berubah..namun istiqamah itu lebih susah. Siapa pun mampu mengaku beriman.. akan tetapi siapa yang benar-benar beriman itu hanya Allah s.w.t  yang tahu...berubah lah kerana Allah... bukan kerana siapa-siapa..
Aku tidak merasa irihati bila berdepan dengan orang yang lebih cantik daripada ku, tetapi aku rasa tersangat kerdil ketika berdepan dengan orang yang jauh lebih bertaqwa..
Walau bukanlah seorang yang hebat.. tetapi aku ingin belajar dari mereka yang hebat.. yang kenal erti redha serta syukur.. 
Apalah sangat pandangan orang... dibandingkan dengan pandangan Allah? Usah peduli apa kata mereka...tapi dengarlah apa kata Dia.. 
Allah Ya Allah...Syukur Alhamdulillah kerana memberikan kami tumbuh subur lagi hari ini..
 Pimpinlah kami menuju redhaMu Ya Allah.. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa tahu bersyukur dan kekal dalam hidayahMu Ya Allah..

#ps/pic sumber en.google =)

Monday, 13 October 2014

~ DIY - Kitar semula - Segalanya Tayar.. Pelbagai Gaya ~

Assalamualaikum..salam sejahtera dan selamat petang.. =)

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Kreatif dan menjimatkan.
Berkongsi idea dari fb DIV Kreatif.

Jika sebelum ini andai anda  menukar tayar kenderaan, pastinya tayar lama anda akan tinggalkan kepada tauke kedai ditempat mana anda menukar tayar. Pastikan selepas ini anda tidak berbuat demikian... 

Sebenarnya tayar-tayar lama anda begitu berharga bagi mereka-mereka yang tahu menilainya. Ia boleh dipelbagaikan kegunaannya hanya dengan sedikit usaha dan daya kreativiti anda. 

Anda mampu lakukannya jika anda mempunyai minat =)


siapa sangka.. cantik tergantung sebagai lampu menghias ruang anda..

terletak cantik menghias kamar mandi..

meriah warna disudut ruang..

boleh juga sebagai meja kopi ruang rehat..



santai petang disini..

Menarik perhatian - cinta pandang pertama =)



cantik berbunga-bunga...

jom main jongkang jongkit..





laju.. buai ku.. laju... 


Yang mana satu pilihan anda...

Sunday, 12 October 2014

~ Mencuri Pandang Balkoni Impian ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam hujung minggu..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Bersantai di waktu petang.. apa yang ada dalam fikiran anda. Jom kita berkongsi idea dengan melihat tatahias balkoni. 

Bagi anda yang tinggal di rumah yang mempunyai balkoni.. sudah pasti anda ingin menjadikannya ruang santai yang cantik bagi melepaskan lelah setelah penat bekerja seharian..

suasana hijau dengan susun atur yang ringkas, mendamaikan jiwa..
santai petang ceria dengan pink..
bersantai sambil minum dengan alam samulajadi..
menarik,,,

#ps/ pic dari FB Creativity

Saturday, 11 October 2014

~ I'am alone, Forever alone ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam 16 Zulhijjah..

Bismillahi rahmanir rahim

Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..


Teringat suatu hari, waktu kak nah bertemu secara tidak sengaja seorang kawan yang sudah agak lama tidak pernah berjumpa, kala bertanya khabar.. kawan itu berkata  "I'am alone..forever alone'.. mungkin dia hanya bergurau atau mungkin juga benar..

Allah Ya Allah..

Selalu kita lupa, bahawa yang sebenarnya kita tidak pernah bersendirian. Kita sentiasa ada Dia. Dia yang sentiasa ada disisi dikala kita susah dan senang...

Dia Yang Maha Mendengar. Sentiasa ada untuk kita mengadu dan merintih.. Dia tidak pernah sekali-kali meninggalkan kita walau siapa pun kita.. walau seburuk manapun perilaku kita. Dia sekali-kali tidak pernah membuang kita..

Dia Yang Maha Pengasih. Sentiasa merindui untuk mendengar rayuan dan rintihan hamba-hambaNya.. Sujudlah dalam peluk kasihNya.

Mengadulah padaNya..buangkan jauh-jauh rasa sepi dan sendiri yang bertandang. Isi masa senggangmu dengan bacaan  Al-Quran. In Shaa Allah pasti beroleh kedamaian dan ketenangan hati disitu.. 






Wednesday, 8 October 2014

~ Bila Melihat Wajah Hibanya.. ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam 13 Zulhijjah serta
Salam Aidil Adha buat semua..

Bismillahi rahmanir rahim
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..


Pagi tadi sebaik sahaja masuk ke pejabat setelah kembali dari bercuti Hari Raya Aidil Adha, kak nah dikejutkan dengan berita anak kepada salah seorang rakan telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam.  Beliau dijemput Allah dalam usia 12 tahun setelah hampir setahun bertarung dengan penyakit Barah Otak yang dikesan pada  awal tahun ini. 
Beliau berangkat pergi dengan wajah teduh seorang anak syurga.. 

Kala melihat wajah hiba Sue yang kehilangan satu-satunya anak lelaki beliau pagi tadi, terimbau kembali detik sukar itu yang kak nah hadapi lebih tiga bulan yang lalu saat kehilangan ibu tercinta..

Saat diuji dengan ujian yang sebegini, kita sebenarnya memerlukan sokongan dan dokongan dari orang-orang yang hampir dengan kita.. ada bahu yang mahu kita sandarkan..
Semoga Sue diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempoh ujian ini..


Wednesday, 1 October 2014

~ Wordless Wednesday #35 - DIY Lagi.. Kitar Semula ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam 6 Zulhijjah..

Bismillahi rahmanir rahim


Segala puji hanya bagiMu Ya Allah..

Kalau sudah kreatif..macam-macam boleh dibuat...




/ps; gambar DIY - sumber google