Wednesday, 24 September 2014

~ Wordless Wednesday #34 - DIY Kreatif - Jom Mengait 2 ~

Assalamualaikum... salam sejahtera serta salam rabu ..

Berkongsi idea dari page DIY.. semoga dapat membantu anda yang masih tercari-cari bagaimana cara untuk mengait sarung kaki si comel  anda.  Hasil usaha serta kerja tangan sendiri pasti lebih teruja untuk sikecil dengan pilihan warna yang diminati =)

Selamat mencuba..anda pasti berjaya bila ada kemahuan juga usaha..


boot yang memikat..kombinasi warna yang menarik..


Lagi contoh kasut baby..dulu..kak nah pernah mengait sendiri untuk anak-anak..tapi kini sayang.. mata mak tokpun sudah rabun =)


Bakul comel..boleh dipelbagaikan..boleh juga menjadi asas untuk mengait ketayap.. atau topi =)


#ps/gambar dari hasil en.google ye..

Tuesday, 23 September 2014

~ Merehatkan Fizikal, Minda dan Emosi ~

Assalamualaikum..salam sejahtera semua..


Pengalaman megajar kita erti hidup. Tetapi kebijaksanaan kita memilih yang terbaik membuatkan hidup kita lebih bahagia..
Mengharapkan ketenangan yang berkualiti untuk merehatkan fizikal, minda dan emosi bersama anak- anak. Pastinya hari ini semua aktiviti tertumpu kepada kasih sayang..

Monday, 22 September 2014

~ Resepi - Donat Gebu ~

Assalamualaikum.. salam sejahtera dan salam pagi Isnin =)


Cerita semalam. Mendonat dipetang minggu.. Selain dari buat untuk minum petang, kak nah juga buat lebih untuk simpanan stok sarapan pagi angah..

Bahan A;
1 peket yis mauripan
1 cawan air suam
2 sb susu pekat manis
1 sb gula
secubit garam

Bahan B;
4 sb majerin 
500g tepung gandum 
1 biji telor
1 st baking powder
1 biji kentang lenyek (ikut suka)

Bahan C;
Gula halus

1.  Campur semua bahan A, kacau-kacau rata dan biarkan sekejap.. anggaran 10 minit hingga naik buih.
2.  Cairkan majerin di atas api.
3.  Campur bahan A dan bahan B. Masukan majerin panas-panas. Gaul hingga rata/sebati.
3.  Doh agak lembik dan melekat di tangan...
4.  Perapkan sekejap sehingga mengembang sekali ganda..
5.  Bila sudah mengembang..tumbuk-tumbukkan supaya angin keluar.. bentukkan bulat-bulat (tangan sentiasa lumur tepung supaya doh tidak melekat..)

dibiarkan sampai mengembang sekali ganda.. sebelum dibulat-bulatkan..
Bulat-bulatkan dan dibiar sekejap supaya mengembang..(saiz pun ikut sedap je.. )
Renjis-renjiskan tepung pada alas supaya doh tidak melekat..
Untuk minum petang.. (walau rupa tidak menarik tapi sedap!!)

Selebihnya digoreng sekejap untuk frozen..  

Selamat mencuba..=)

Sunday, 21 September 2014

~ Renungan - KepunyaanNya.. ~

Assalamualaikum...salam sejahtera dan selamat berhujung minggu.. =)

Ya Hannan..
Ya Mannan..
Allah Ya Allah Dzat Yang Maha Pencipta.. 

Photo
'Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui'


Photo
'Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan'


'Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.'

Photo: GooDMorninG All FB's ........!!$!!B!!A!!
'Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradatNya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggilan dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).'

Photo: !!$!!B!!A!!
Dan kepunyaanNyalah siapa sahaja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepadaNya tunduk.'
(Ar-Rum:17 - 26)


Photo
'Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani' - (An.Nahl Ayat 18)

Wednesday, 10 September 2014

~ Wordless Wednesday #33 - Hiasan Kitar Semula ~



Assalamualaikum.. salam sejahtera dan salam rabu =)

Sekadar berkongsi idea. Semua kerja seni ini bukannya hasil tangan kak nah. Gambar-gambar  adalah dari laman DIY sumber melalui en. google .. =)









Lepas ni.. kena kumpul botol-botol kosong pula.. macam mana hendak mulakan aktiviti DIY kalau botol-botolnya tidak ada...:(

Sunday, 7 September 2014

~ DIY Kreatif - Meroti Di Hujung Minggu ~

Assalamualaikum..salam sejahtera dan selamat berhujung minggu =)

Cerita petang semalam. Tergoda melihat ramai kawan-kawan group fb memuat turun gambar mereka membuat roti dengan gambar-gambar roti yang gebu gebas gitu,.. hati kak nah bagai dicuit-cuit hendak meroti juga.. =)

Lalu berpandukan resepi yang diberi rakan group.. merotilah kak nah sepetang.. huhu.. sampai lenguh tangan juga la kak nah menguli tepung.. Alhamdulillah akhirnya menjadi juga rasanya walaupun inilah kali pertama kak nah mencuba.. naik gebu juga bila di bakar dan rasanya pun sedap. Puasla cik man dengan angah makan roti sepanjang hari. Tapi sayang..entah dimana silapnya, terlebih bakar atau tidak cukup menguli ke apa..roti tersebut tidak selembut dan segebu  petang semalam apabila kak nah memakannya pada pagi tadi.  Agak keras.. Sedihhh...:( 

ini bukan roti yang kak nah buat ye..sumber inspirasi dari en. google ni.. 
kak nah buat ikut resepi dari sini..
juai-juai... roti-roti..haha..
Hasil meroti sepetang.. dapatla 20 biji..

*ps/siapa-siapa yang pandai meroti tolong bagi petua ye..

Wednesday, 3 September 2014

~ Pengemis Zaman IT - Tertipu Atau Ditipu - Keikhlasan ~

Assalamualaikum... salam sejahtera salam 8 Zulkaedah..

Terpanggil untuk sekadar berkongsi cerita yang sama apabila pagi semalam  semasa kak nah membuka fb.. kak nah terbaca status yang ditulis oleh seorang rakan blogger... 

Apa yang berlaku terhadap rakan tersebut sama seperti yang  pernah terjadi ke atas adik (anak bongsu kak nah) semasa adik masih belajar di Ipoh. Pada hari kejadian, adik menemani seorang kawan ke Hospital Besar Ipoh untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Semasa sedang menunggu, tiba-tiba datang seorang mak cik menghampiri mereka  dan meminta wang rm10 untuk di buat tambang balik ke rumahnya di Bagan Serai. Katanya hendak balik kampung..tetapi tiada duit sesen pun ditangan. Dia pula baru keluar dari hospital dan tidak ada siapa pun yang datang menjemputnya. 

Dalam terpinga-pinga sebab terkejut..merasa simpati, adik menghulurkan rm10 kepada mak cik tersebut. Balik hostel adik talipon kak nah tanya adakah dia kena tipu dengan mak cik tu atau mak cik tu memang betul-betul susah.. 

#

Kisah seorang rakan pejabat..

Satu petang sedang beliau berehat di laman rumahnya,  beliau didatangi oleh seorang yang tidak dikenali mahu meminjam wang bagi membaiki tayar motornya yang pancit.. dengan janji akan datang membayar balik malam nanti.  Melihat memang orang tersebut sedang menolak motornya yang pancit.. atas rasa simpati..antara percaya dan tidak.. beliau menghulur juga wang yang diminta..walau hatinya berkata-kata..'lebuh dah duit aku'.. dah memang lebuh sungguh duit rakan tersebut. Jangan kata batang hidung..bayang pun tak nampak.. Kata kawan kak nah ni..dia halalkan ikut belakang.. =)

Samada yang meminta itu menipu atau apa.. tidak perlu kita pertikaikannya lagi apabila kita sudah menghulurkan samada seringgit atau berapa yang kita mampu..  Kita memberi ikhlas kerana Allah..  dan ingatlah Allah Yang Maha Pemurah telah menjanjikan 10 kali ganda ganjaran pahalanya tersedia buat kita di sana.. 

~ Wordless Wednesday #32 - DIY Kreatif - Bunga Kristal ~

Assalamualaikum..salam sejahtera.. salam rabu =)

Rabu  yang kreatif.  Jom kita berkongsi idea istimewa buat anda yang rajin berusaha serta mempunyai minat dalam seni kreatif manik-manik kristal. Mana tahu ianya boleh membantu anda menjana pendapatan sampingan.  In Shaa Allah =)

Allah Yang Maha Kreatif menghubungkan..
Syukur Alhamdulillah kepada Dia Yang Meluaskan Rezeki..

 
Indah berseni jarinya merangkai 
Warna cinta hati terpikat

Kelopak ros dianyam disusun
Sekali pandang hati terpaut..





#ps/ gambar dari sumber fb

Monday, 1 September 2014

~ Cuti-Cuti Malaysia - Colmar Tropicale Berjaya Hills ~

Assalamualaikum.. Salam sejahtera dan selamat bercuti =)

Cerita cuti-cuti Malaysia belum berakhir.  Kesempatan bercuti untuk menghadiri majlis convo angah dirancang sebaiknya. Memenuhi hajat mereka untuk mengembirakan kak nah dan melupakan kisah sedih yang baru sahaja kehilangan bonda, kami  berjalan dan berjalan lagi...

Hanya setengah jam perjalanan dari rumah akak (puteri sulong kak nah) di Bentong, kami ke Colmar Tropicale Berjaya Hills. Mungkin sebab kami pergi bukan hari cuti umum atau cuti hujung minggu, pelawat dari Malaysia boleh dibilang dengan jari.. yang ramai kelihatan hanya para pelawat dari negara Timor Tengah.. Terasa macam kami pergi melawat negara arab pula.. hihi =)


jom kita tengok apa yang menariknya..
berjalan dengan aman sebab tidak ramai orang..


hannan turun bawah bersama babah nak tengok swan serta ikan koi dari dekat..
di dalam kolam ini terdapat sepasang swan putih serta sepasang swan hitam.. bertemankan ikan-ikan koi


makan disini harganya terkejut mak!!!
 sebatang ais krim cornetto rm5/- sabar je la.. =)
 hampir semua restoran kosong... !!!

 apa sudah jadi..hannan tak mahu keluar dari kedai.. semua permainan dia nak naik..

mereka-mereka yang banyak duit..buang duit siling di dalam kolam ini..jangan marah =)
angah dengan adik..teringin hendak masuk tengok..last-last hanya pacak dekat luar..



menyedut udara segar sambil meninjau keluar dari tingkat tiga..

dari tingkat tiga dapat lihat pemandangan sekeliling..



berjalan keluar.. konon hendak ke taman jepun.. tetapi sayang sekali kami sampai kesitu sudah jam enam petang. Waktu melawat taman jepun ditutup jam lima setengah...sedih :(