Saturday, 30 August 2014

~ MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta ~

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam Kemerdekaan Malaysia ke 57..

Lima puluh tujuh tahun lalu, pada malam 30 Ogos 1957, tepat jarum jam menunjukkan angka 12.00 tengah malam, bendera Union Jack yang berkibar di Padang Kelab Selangor diturunkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. Kemudiannya, mereka menaikkan pula bendera Persekutuan Tanah Melayu.

57 tahun sudah berlalu. Seiring doa dan harapan semoga kita semua menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa tahu bersyukur walau dimana kita berada.  Semoga kita menjadi warga Malaysia yang bebas dari segala penjajahan bentuk baru.. Merdekakan minda kita dari dijajah dengan hasutan dan kedengkian.. 

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Nilai kekeluargaan.. Jagalah Agama. Semai serta pupuk semangat patriotisme anak-anak sedari kecil lagi.  Tanah air terpelihara apabila ada rasa cinta menebal dijiwa.. 

Tun M..harapan dan impian..
Disini lahirnya sebuah cinta..

Allah.. Ya Allah..
Tuhan Yang Maha Pemelihara..

Berikanlah petunjuk dan peringatanMu selalu agar kami sentiasa patuh pada perintahMu..
Jauhilah kami dari sifat hasad dan dengki..
Selamatkanlah negara kami dari segala musibah..
 Aamiin..

ps/ Salam Merdeka.Merdeka.Merdeka..

~ Menjamu Selera - Mencuci Mata & Rehat Minda Di Tanah Aina ~

Assalamualaikum...salam sejahtera =)

Alhamdulillah syukur Ya Allah..
melapangkan hari kami..
disini..
dalam rimbun hijau bumimu kami berdiri..

Petang Isnin 25 Ogos kak nah berkesempatan singgah sebentar  di Restoran Tanah Aina Azareena yang terletak di Jalan Tras, Bentong, Pahang sebelum meneruskan perjalan cuti-cuti Malaysia kami. 

Berada di dalam dusun buah-buahan dan menikmati hidangan ditepi anak sungai.. 
Disini menggamit kenangan semasa zaman sekolah menengah.. Setiap kali tibanya musim durian, kami (rakan sekelas) akan berkelah di bukit tunjang serta bukit padang perahu pada setiap hujung minggu ditepi anak sungai berhampiran dusun. Memasak di tepi 'dangau' (pondok) durian dan menikmati hidangan dengan udara bukit yang segar..

Indahnya kenangan...
Untuk pencinta alam semula jadi, tempat ini amat sesuai untuk anda...
 cik man mendahului rombongan 'cik kiah' ..



 cik man membaca keratan-keratan akhbar menceritakan tentang Tanah Aina yang dibingkaikan di dalam pondok..
bahagia sungguh hannan dapat naik buai... 


 anak sungai.. menggamit memori (:

jom balik..kalau tadi turun bukit..kali ni kita panjat bukit pula..=)
balik rumah kak nah tampal koyok kat perut betis..haha..(faktor usia)

Friday, 29 August 2014

~ Greatest Happiness - Angah - Dewan Tun Canselor MMU Cyberjaya ~

Assalamualaikum..salam sejahtera.. =)

Allah.. Ya Allah...
Alhamdulillah terima kasih..

Akhirnya penat lelah angah selama tiga tahun ini berbayar sudah. Selepas ini cabaran lebih besar menunggu di luar sana..  Pandai-pandailah membawa diri. Ingatlah dimana bumi dipijak..disitu langit dijunjung.. Dunia yang dikejar..Akhirat jangan dilepaskan. Semoga menjadi insan yang bukan sahaja cemerlang di dunia..malah cemerlang juga dalam peperiksaan menuju ke alam akhirat.. Berjalannya angah.. seiring membawa nama maa dengan babah. Jagalah akhlak serta tingkah laku walau dimana pun berada..


pagi sabtu 23 Ogos 14
Dewan Tun Canselor MMU Cyberjaya 
 Allah.. Ya Allah.. syukur sangat-sangat. Angah berjalan lalu betul-betul di belakang barisan tempat duduk kak nah. Bukan sahaja sempat mengambil gambar malah sempat berpeluk cium lagi di situ..=)  
 cik man..sungguh memberi perhatian!!!
 Keluarga warga Iran ini duduk disebelah kak nah. Peramah orangnya.. =)
 wajah-wajah ceria penuh bahagia...


Thursday, 28 August 2014

~ Sepetang Di Chamang Waterfalls ~

Assalamualaikum.. salam sejahtera..

Petang minggu 24 Ogos kak nah sekeluarga berkesempatan mengunjungi Chamang Waterfalls. Kawasan beriadah seisi keluarga yang popular di daerah Bentong, Pahang. Hujung minggu yang redup... masa kami sampai pengunjung masih tidak ramai..jadi agak selesa untuk kami berendam berlama-lama di dalam air sungai yang sejuk. Hannan sampai biru-biru dan menggigil.. puas berendam.. macam balas dendam sebab sudah agak lama tidak mandi sungai..  

Melihat cuaca gelap dan mendung..kami cepat-cepat naik ke atas. Tidak berani berlama-lama di dalam sungai sebab semasa sampai tadi pun bendera kuning berkibar menandakan cuaca sederhana. Jadi semua orang hendaklah berwaspada dengan sebarang kemungkinan..

panorama alam yang cantik.. 
tergoda melihat air terjun bertingkat..
katanya air empangan yang dilepaskan..
Sekali datang sudah jatuh cinta. =)
hujung minggu yang berbaloi ...
 
jambatan gantung..kak nah hanya naik separuh jalan.. sampai ditengah..dan patah balik.. bukan gayat tapi ada rasa cuak dalam hati..haha..
sejuk hati melihatnya =)
bersih dan terjaga..
jika tidak membawa persediaan baju mandi anda tidak perlu bersedih kerana ada gerai menjualnya..yang penting RM =)
Tenang lagi nyaman...
air jernih dan kawasan sekeliling yang bersih..

terdapat gerai menjual minuman serta makanan ringan juga kuih muih..

Tempatnya memang bersih..
Hannan ngan atok.. 
bilik menukar pakaian selepas berendam... =)
tandas awam..

Wednesday, 27 August 2014

~ Wordless Wednesday #31 - Kebun Bandar ~

Assalamualaikum..salam rabu =)

Kepada anda yang suka berkebun walau tiada tanah untuk bercucuk tanam.. anda masih mampu melakukannya. Yang penting anda rajin dan berusaha..
anda juga boleh.. menanam pohon tembikai di dalam pasu

ps/gambar dari sumber fb

Saturday, 16 August 2014

~ Jom Raya ~

Assalamualaikum.. salam 20 Syawal salam hujung minggu =)

20 Syawal sudah berlalu. Suasana Hari Raya masih terasa dan masih hangat disambut. Sebulan berpuasa..sebulan juga beraya. Betapa bertuahnya hidup sebagai warga bumi Malaysia yang aman dan makmur.

Semalam Jumaat 15 Ogos 14 ada dua Majlis Hari Raya yang berlangsung.  Pagi dan petang. Beraya sakan =)

Majlis Hari Raya pada sebelah pagi untuk warga pejabat kak nah yang ada seramai lebih kurang 140 orang yang disambut pada jam 10 pagi. Hanya dibuat di 'Floor' pejabat. Disambut secara sederhana tetapi meriah dengan belbagai jenis menu yang ditaja oleh setiap bahagian. Ada lontong, mee rebus, laksa, mee hoon sup kedah, mee hoon goreng, satay, rendang daging, ketupat palas, lemang, kuah kacang, kambing bakar serta biskut raya.. Acara makan-makan... dan yang bagusnya sampai boleh tapau bawa balik..

Ada juga acara cabutah bertuah beg raya.  Hanya yang bertuah sahaja yang dapat. Kak nah tidak termasuk mereka-mereka yang bertuah itu..

(tiada gambar majlis....maaf )

#

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri KAKEP Lumut disambut di Restoran Dayang Teluk Batik pada jam dua setengah petang. Meriah dengan berbagai acara. Ada acara sampaikan ucapan hari raya berselang seli dengan acara cabutan bertuah raya.. Di majlis ini juga kak nah tidak termasuk di dalam senarai mereka-mereka yang bertuah...  

Selain Majlis Hari Raya ia juga adalah majlis semua dalam satu.  Iaitu untuk meraikan rakan-rakan yang bersara sepanjang tahun 2014. Sumbangan pada mereka yang kehilangan ahli keluarga (kematian), pada mereka yang akan menunaikan fardhu haji juga kepada mereka yang kurang bernasib baik... Alhamdulillah.

Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat serta ucapan aluan pengerusi KAKEP Lumut. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua..


AJK Penyambut tetamu.. manis senyum mu..

acara cabutan bertuah.. siapa yang bertuah itu...
antara sebahagian hadiah-hadiah yang menanti bakal pemiliknya..
antara menunya..aromanya ditepi kolam...menarik perhatian tetamu.. =)
jemput makan =)
sedap-sedap semuanya.. 
Lemang wajib ada..
cucur udang, rojak buah serta buah-buahan yang sedia menunggu...
Soto pun ada..
paling meriah digerai abc..sentiasa ada sahaja pelanggan layan diri.. mestilah sedap sebab semua letak sendiri banyak mana suka.. tidak pernah sunyi.. =)
makan bertambah-tambah..
tidak perlu segan-segan ok..
minum dulu sementara tunggu ambil makanan..
dengar-dengar nama sapa yang dipanggil tu..
sabarnya..tunggu giliran..orang tengah ramai tu..
sempat lagi tu..
warna warni..
jom balik.. selamat hari raya maaf zahir batin..

/ps: maaf gambar tuan tanah xde xpela kan..=)