Friday, 18 July 2014

~ Salam Jumaat - Majlis Khatam Al-Quran ~

Assalamualaikum.. Salam jumaat 20 Ramadhan 1435H

Allah Ya Allah..
Syukur Ya Allah..

Alhamdulillah semalam, khamis 17 Jul 14 berakhirnya dengan 3 kali khatam Al-Quran untuk para ahli-ahli tadarus yang lebih kurang 96 orang semuanya dengan menjadi 10 kumpulan. Dan pada  pagi tadi berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan para ahli-ahli tadarus Al-Quran Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut dengan mengambil  warna hitam sebagai warna tema majlis.


Majlis bermula seawal jam 7.45 pagi dengan kehadiran semua ahli-ahli tadarus. Dimulai dengan bacaan surah Yassin serta doa selamat. Diikuti dengan berzanji serta marhaban oleh kumpulan marhaban yang terdiri daripada ahli tadarus sendiri dan akhir sekali barulah bacaan khatam Al-Quran.



bunga pahar - 'telur masin' untuk semua peserta tadarus Al-Quran serta air yassin untuk semua yang hadir 

Tersusun.. cantik..



bersama ustazah2 serta sebahagian ahli kumpulan marhaban



Pulut kuning serta ayam golek.. (tak dapat nak rasa pun..)



Ahli Kumpulan 3 bergambar kenangan bersama Datin Faridah Pengerusi Bakat Laut Lumut


Cenderahati untuk ahli  Tadarus Al-Quran 


Ahli tadarus Al-Quran untuk Ramadhan kali ini..Alhamdulillah =)

 

Hari terakhir tadarus kumpulan 3..semuanya 10 orang termasuk kak nah.. 2 lagi  tidak hadir sebab dapat abc.. (haha..tengok tu masing-masing nak ambil gambar juga..)



bergotong royong membuka daun palas untuk membuat ketupat palas untuk dimasukan dalam 'goodie bag'..

Sunday, 6 July 2014

~ Kembali Kepada Rutin Asal ~

Assalamualaikum..salam 8 ramadhan..

Semoga Allah permudahkan perjalanan hari ini...

Esok..isnin 7 Jul 2014 kak nah akan kembali bertugas seperti biasa setelah bercuti panjang. Hampir sebulan meninggalkan tugas yang pada awalnya kak nah mengambil cuti separuh gaji selama tiga bulan untuk menjaga ibu yang sedang di rawat di Hospital Sultanah Bahiyah. Kalau ikutkan perancangan cuti tersebut.. in shaa Allah kak nah akan kembali bertugas pada 1 Okt 2014 nanti..

Allah Ya Allah..

Allah yang Maha Penentu.. namun suratan takdir tidak seperti apa yang kita bayangkan. Sudah tersurat sejak di Loh Mahfuz.. apa yang dipinjamkan harus dipulangkan mengikut perjanjianNya.. tidak berkurang atau berlebih walau satu saat pun. Alhamdulillah.. Allah permudahkan perjalanan ibu, Dia tidak membiarkan ibu menderita sakit lama-lama.. ibu dijemput pulang sewaktu dalam tidur selepas azan asar berkumandang setelah dua puluh lapan hari dirawat.  Raut wajahnya bersih dan kelihatan senyuman dibibir, tok wan serta anak-anak cucu melepaskannya dengan redha. Ibu pergi dalam kasih sayang yang melimpah..

Allah Ya Allah Yang Maha Mendengar..
Allah Ya Allah Yang Maha Memberi..
Alhamdulillah Syukur Ya Allah..

Engkau kabulkan permintaan hambaMu dan Engkau permudahkan jalan baginya.. yang selalu meminta dan merintih dalam doa-doanya..

Hajat ibu untuk ke alam barzakh di malam jumaat, Alhamdulillah ibu dikebumikan pada pagi khamis sebelum zohor..
Hajat ibu untuk pergi sebelum tok wan kerana tidak mahu tinggal di rumah anak-anak...
Hajat ibu untuk tidak menyusahkan anak-anak dengan sakit yang lama...

Allah Ya Allah..

Permudahkanlah bagiku..Semoga semangat ku segera pulih untuk meneruskan sisa-sisa perjalanan ini. Semoga aku kuat dan tabah dengan ujianMu ini. Semoga aku kembali kepada rutin asal.. bekerja dengan ceria.. Aamiin..

Wednesday, 2 July 2014

~ Al-Fatihah Buat Bonda - 25 Jun 2014 ~

Assalamualikum.. salam sejahtera salam 4 Ramadhan.

Allah Ya Allah..

Al Fatihah dengan iringan doa buat arwah bonda yang dikasihi. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman di Jannah.

Hari ini baru mendapat kekuatan ini untuk berkongsi khabar dengan sahabat-sahabat maya yang sentiasa menitipkan semangat juga doa buat kak nah serta bonda. Setelah genap seminggu bonda dijemput pergi menemui Yang Maha Pencipta.  Walau terasa separuh jiwa melayang pergi bersamanya.. tetapi untuk ujianMu ini Ya Allah, aku menerimanya dengan redha. Semuanya atas ketentuan Mu jua. Ya Allah.. sesungguhnya sesuatu yang Engkau pinjamkan pasti harus dipulangkan saat Engkau menginginkannya.

Bonda selamat disemadikan pada pagi khamis 25 Jun 14 dalam usia 79 tahun. Alhamdulillah.. segala urusannya dipermudahkan. Terima kasih kepada semua saudara mara juga sahabat handai yang berkunjung serta menghulurkan bantuan pada hari pengkebumiannya.