Saturday, 21 June 2014

~ Suntik Semangat Positif ~

Assalamualaikum..salam kasih..salam hujung minggu..

Allah ya Allah..
Alhamdulillah...syukur atas nikmat ini. Setelah hampir sebulan menemani ibu di wad, semangat diri semakin kuat. Tidak lagi suka menangis seperti hari-hari sebelumnya. Kalau dulu air mata adalah peneman diri menjadi mainan kala tidur mahupun jaga. 

Melihat ibu sudah mula meminta apa yang ingin dimakan juga sudah mahu dibawa berbual juga bercerita..melihat ibu semakin kuat dan semakin sihat .. hati kembali berbunga. 

Jika sebelum ini.. Kak nah lari jauh apabila 'misi' datang untuk membuka serta mencuci luka ibu... Hari ini, juga 
buat pertama kalinya pada petang ini kak nah mampu melihat sendiri 'misi' mencuci dan merawat luka dikaki ibu.. Ngilunya terasa hingga kehati.. 

Alhamdulillah ya Allah kerana memberi kekuatan ini..syukur sangat-sangat.. 

Saturday, 14 June 2014

~ Hatinya Sensitif ~

Assalamualaikum.. salam sejahtera serta salam hujung minggu 15 Syaaban 1435H


Wajahnya merenung sayu.. dipandangnya wajah-wajah kesayangan satu persatu.. mohon pengertian bahawa dia amat sakit. Bisa lukanya amat pedih. Deritanya tidak tertanggung. Lalu hatinya menjadi amat sensitif. Dia marah-marah kerana dia hanya inginkan perhatian. Kadang-kadang dia memejam mata, tetapi bukan tidur. Dia mendengar semua perbualan orang mengenai sakitnya. Sudah 3 minggu dia terlantar di katil hospital selepas menjalani pembedahan di kaki kanan akibat penyakit kencing manisnya.  Bukan kehendaknya untuk jadi begitu..semuanya dengan izin Allah Yang Maha Kuasa. Dia pasrah..dia redha..

Allah ya Allah ya Rahman ya Rahim.. Allah ya Allah Yang Maha  Penyembuh..
Dengan Rahmat serta Kasih SayangMu.. Ringankan beban bisa pedih kesakitan yang ditanggung dan sembuhkanlah penyakit yang dideritai ibuku.. Aamiin..