Wednesday, 28 May 2014

~ Wordless Wednesday #29 - Jom Didik Hati ~

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..salam kasih rabu =)

Ada kawan berpesan:

Dalam setiap tingkah dan perilaku kita..
Segalanya hendaklah kita berpada-pada..
Kerana di dalam baik ada yang berniat jahat..
Dalam jujur ada waktunya kita dikhianati..
Dalam sama-sama bergurau senda gelak ketawa.. kita disindir
Indahnya tersurat.. lukanya tersirat..

Justeru itu..
Sebelum kita menghakimi seseorang itu, kita mesti mendidik hati kita terlebih dahulu..
Andai kita tidak mahu disakiti, usah kita cuba-cuba berani menyakiti..

Saturday, 24 May 2014

~ Kenapa Harus Sombong ~

Assalamualaikum.. 
Salam sejahtera.. salam kasih..

Allah mengilhamkan..
Dan kamu adalah perantaranya..
Maka ilmu yang baik itu adalah untuk perkongsian bersama..
Yang terbaik bagi kamu adalah memberi apabila diminta..
Ganjaran besar menantimu di sana..
Itu janjiNya..
Pasti..

Satu pagi..

Dia membawa bekal makanan berupa kek yang dibuat sendiri. Banyak, cukup untuk dirasa kawan-kawan yang ada. Keknya sedap. Semua orang kata begitu.. dan dia sendiri pun mengaku bahawa keknya sedap. Dia bertuah kerana dia memang pandai membuat kek..

Akan tetapi sayang sekali apabila dia enggan dan tidak mahu berkongsi resepi apabila diminta kawan-kawan.  Dia menjadi amat lokek dengan ilmunya.  Katanya itu rahsia turun temurun. Rahsia keluarga. Lupakah dia akan ganjaranNya yang sepuluh kali ganda sedang menanti di alam sana. Kenapa tidak mahu merebut peluang yang ada didepan mata. Peluang yang tidak selalu datang..

Dia sombong. Dia lupa. Ilmu itu bukan milik mutlaknya. Allah yang memberi ilham. Bila-bila masa boleh ditarik balik. Sesungguhnya Allah benci kepada orang-orang yang sombong..

Friday, 23 May 2014

~ Salam Jumaat Terakhir Rejab 1435H ~

Assalamualaikum..salam sejahtera untuk semua =)
.
AllahuRabbi..

Sekadar untuk renungan bersama..

Rasa riak.. sesekali akan hadir dalam diri tentang sesuatu perkara. Walau tanpa diungkap, walau hanya sekadar jelingan mata, walau hanya terdetik dihati.. 

Rasa riak... yang membezakan seseorang insan dengan yang lain adalah bilamana mereka sedar muncul rasa tersebut, cepat dan mudah sahaja beristighfar. Mohon keampunan serta merta.   

Rasa riak.. menjadi sulit andai insan tersebut tidak sedar ujudnya baik pada ungkapan atau perilakunya..

Terlintas rasa riak.. cepat-cepat ucapkanlah AstaghfirullahalAdzim..muga kita kembali sedar siapa kita disisiNya..

Thursday, 22 May 2014

~ Liebster Award dari Blogger Paridah Ishak ~

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada blogger Paridah Ishak kerana tag kak nah. Pening-pening kak nah hendak menjawab soalannya. Banyak pula tu.. Kalau pergi 'exam' jabatan.. hanya lima soalan yang perlu dijawab dari lapan soalan. Ini sebelas soalan kena jawab penuh ke..?


Kenapa la PI.. soalan semua susah-susah je..

1. Seronok ke blogging ni..

Seronok bila dapat mengisi masa terluang dengan berBW ke rumah kawan-kawan..kerana kak nah memang minat membaca juga minat menulis. Selain mendapat ilmu, juga mendapat ramai kawan alam maya.  Mengenali serta menjalin silatulrahim sesama blogger =)

2. Apa topik kegemaran yang suka dibicarakan..

Kehidupan sehari-hari.. 

3. Kalau kehilangan sesuatu apa yang patut dibuat..

Sudah bukan rezeki kita..redho je la.. 

4. Apa lagi yang dicari dalam hidup ini..

Berkesempatan ke Tanah Suci sebelum menutup mata..

5. Dalam sehari berapa kali BW..

Kadang-kadang hanya sempat dua tiga je.. kadang-kadang lebih dan ada kalanya tiada langsung.. ikut kesempatan waktu...

6. Sekiranya dilanda masalah bagaimana menghadapinya..

Masalah datang dan pergi.. macam angin lalu.. kak nah tak biarkan ia lama-lama melekat dalam fikiran.. 

7. Makanan kegemaran..

Semua suka.. paling suka kalau orang masak..kita tukang makan..

8. Tempat indah yang ingin dikunjungi..

Sudah semestinya Baitullah.. in shaa Allah akan sampai juga..

9. Pendapat kawan-kawan tentang blog Karyaku..

kak nah rasa bertuah mengenali dan bersahabat maya dengan PI. suka tengok laman PI yang penuh orkid dan suka dengan cerita-cerita santai PI ..

10.Keputusn penting yang menyusahkan menentukannya..

Tempat tinggal selepas bersara.. ada tiga negeri..jom kita buat undian.. =)

11. Sudahkah bertemu kekasih sejati hingga ke mati..

Alhamdulillah.. semoga jodoh ini kekal hingga ke Jannah..

.. 

Kak nah tag pada semua yang singgah sini dan sudi ikut serta memeriahkan Liebster Award ini dengan soalan yang sama.

9. Pendapat kawan-kawan tentang blog Kak Nah..

Semoga tidak menghampakan PI dengan jawapan kak nah ni.. =)


Wednesday, 21 May 2014

~ Wordless Wednesday #28 - DIY - Kreatif - Bunga Dan Kitar Semula ~

Assalamualaikum..

Salam rabu.  Tidak perlu bercerita panjang. Hanya gambar menemani kreativiti anda.. =)

Yang mana satu pilihan hati..
wauu .. purple lagii..






Selamat mencuba..

Sunday, 18 May 2014

~ Kueh Denderam a.k.a Peneram ~

Assalamualaikum..Salam sejahtera =)

'Lakukanlah sesuatu dengan bersungguh juga jangan suka bertangguh-tangguh. Lakukan kerana kita ingin melakukannya. Lakukan kerana kita tahu kita mampu melaksanakannya..'

Ingin sangat hendak membuatnya sendiri. Nampak mudah. Lalu dua tiga hari ini, inilah kerjanya. Semuanya ikut sukatan macam diberi di dalam resepi, tidak dikurangkan juga ditambah tetapi sayang tidak menjadi seperti diharap-harapkan. Sedih..amat sedih...

Kali pertama membuatnya, ia keras macam biskut. Rasa ada. Sedap. Tapi tidak langsung seperti kejadiannya. Lalu adunan yang lebih diperap lagi untuk semalaman, dengan penuh harapan semuga menjadilah hendaknya. Alhamdulillah..bila digoreng esoknya..agak gebu tetapi tidak berkilat dan berminyak seperti rupanya. Masih tidak sampai seperti hajat dihati.

Tidak mengalah juga berputus asa.. tengahari semalam sekali lagi operasi dijalankan dan pagi tadi bila digoreng tetap sama macam kali pertama membuatnya..

Duhai sahabat-sahabat yang bijaksana lagi mahir..

Dimana silapnya..

Wednesday, 7 May 2014

~ Cerita Tentang Mereka ~

Assalamualaikum..

Cerita tentang mereka..

Suasana ruang pejabat yang sememangnya sedia kecil menjadi semakin sempit dengan segala mala macam benda..  ditambah lagi dengan keadaan penghawa dingin yang rosak lebih dua bulan tidak dibaiki membuat situasi amat tidak selesa apabila menjelangnya tengahari dengan ditambah terik mentari menjadikan keadaan yang sememangnya panas semakin panas dan rasa membahang.  Dengan keadaan berbagai ragam orang yang sentiasa keluar masuk untuk berurusan, menzahirkan bau-bauan yang kurang enak. Hangit, hapak, semua ada. Hati mula resah. Perasaan bercampur baur. Keseronokan bekerja semakin hilang. Seri pejabat semakin pudar.  Lalu bekerjalah dalam keadaan paksarela.

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'.

Kata mereka..

Tidak usah menjaga tepi kain orang, tidak elok masuk campur dalam hal urusan orang lain kerana kain sendiri pun tidak sesempurna mana..

Tetapi jika setiap hari disogok dengan cerita yang sama, diulang pagi dan petang.  Adakah patut kita hanya menjadi pendengar yang masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri, bagaikan angin lalu, tanpa mahu mencari cara untuk melerai yang kusut, membuang yang busuk agar tidak terus berulat supaya luka tidak menjadi semakin parah dan bernanah..

'Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka'.

sesekali teringin hendak berbuai disini..