Saturday, 19 April 2014

~ Kandil Di Kaki Gunung ~

Assalamualaikum..
Allahumma Ya Allah..
Ya Rahmaan Ya Rahiim

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmatNya..

Hari Sabtu minggu lepas angah berpeluang balik bercuti hujung minggu di rumah.  Dapatlah maa dengan babah melepas rindu pengubat sepi.  Rumah meriah untuk seketika..kami gembira dan bahagia. Allah..Ya Allah.. terima kasih di atas rasa nikmat itu.. Nikmat kasih sayangMu..

Dan pada hari minggunya.. hanya berdua bersama angah, kami berpeluang keluar berjalan-jalan.  Tempat pertama dituju adalah ke Kamdar mencari kain untuk dibuat baju raya.. Aduh, jangan dikata terlalu awal.. kerana tukang jahit sudah cakap awal-awal yang dia sudah tidak mengambil tempahan lagi mulai sekarang..  =)

Dari Kamdar kami ke Billion pula, agenda adalah untuk mencari tudung yang sepadan dengan warna kain yang telah dibeli.  Adalah lebih mudah untuk memilih warna tudung apabila membawa kain bersama.. Begitu ragamnya sifat perempuan.. sebab itulah cik man menolak bila diajak ikut serta...dia tidak gemar keluar kedai masuk kedai..

Kain dapat, tudung pun sudah dapat...  Ada lagi yang mahu dicari, akhirnya kami ke Aeon Sri Manjung kerana angah ingin mencari buku di kedai buku Popular yang terdapat disitu.  Setelah puas dan penat membelek dan menilik buku-buku yang dipilih.. sebenarnya rambang mata apabila melihat banyaknya buku-buku yang berkenan dihati.. selepas berbincang,  akhirnya kami membeli enam buah buku yang diidam-idamkan.. tiga pilihan angah dan tiga pilihan kak nah..

Puas!! =)

Salah sebuah buku yang kak nah pilih adalah buku Kandil Di Kaki Gunung karya penulis Roza Roslan.  Teruja membaca, kak nah hanya mengambil masa tiga hari untuk menghabiskannya.. 

Menghayati Kandil Di Kaki Gunung bagaikan mengimbau kenangan sendiri.. Cara penulis bercerita dengan gaya yang mudah dan bersahaja membawa pembaca masuk ke dalam diri. Tenggelam dalam kenangan silam.. dalam lucu ada marah, ada geram, ada benci sesekali kak nah terpaksa menyeka air mata yang tumpah tanpa sedar... 
Kandil Di Kaki Gunung penuh dengan mesej yang tersirat. Pakej yang lengkap dengan teguran serta dakwah secara halus.. sesuai untuk bacaan semua peringkat usia juga sebagai pelengkap koleksi buku untuk bacaan anak cucu nanti..
 sebagai ahli kad popular anda dapat diskaun 20 persen..=)
tiga buah pilihan kak nah.. dua lagi belum sempat dibaca..in shaa Allah nanti kita cerita tentang dua lagi.. bila kak nah sudah khatam =)
tiga buah novel dari penulis Hlovate pilihan angah.. kalau hendak tahu kisahnya, nanti kita minta angah cerita..


Wednesday, 16 April 2014

Tuesday, 15 April 2014

~ Ulang Tahun Ke Lima =) ~

Assalamualaikum..

Salam sejahtera buat semua  =) 

Syukur Alhamdulillah..hari ini 15 Apr 14 genap sudah blog kak nah 5 tahun.  Walau kadang-kadang ada masa menjadi  terlebih rajin dan tidak kurang sesekali bertukar menjadi amat malas untuk menulis mahupun menjenguk blok kawan-kawan, lalu jadilah blog ini seperti buah kelapa yang tenggelam timbul dibawa arus...

Dikesempatan ini jutaan terima kasih kak nah ucapkan buat anda semua yang sudi singgah, yang sudi bertegur sapa, mesra dan peramah, yang akhirnya menjadikan kita sahabat-sahabat maya.  Terpisah jauh ratusan batu, ribuan batu.. bukan halangan untuk menjadi sahabat.  Benar, kita bersahabat bukan kerana nama, bukan kerana rupa juga bukan kerana siapa-siapa..kerana kita tidak pernah saling berjumpa..

Juga tidak ketinggalan jutaan terima kasih kak nah buat semua pengunjung-pengunjung yang menjadi  'silent readers'  dari Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia, Brazil, Switzerland, Jerman, Singapura, China, United Kingdom, Ukraine, Rusia, Kanada, Ireland, Belgium, Emiriah Arab Bersatu, India juga Thailand serta Brunei yang tetap setia tanpa jemu..  


Kunjungan anda sentiasa dinanti juga dihargai =)



In shaa Allah kak nah akan terus menulis berkongsi ilmu selagi terdaya =)

Friday, 11 April 2014

~ DIY - Kitar Semula - Seluar Dan Kemeja ~

Assalamualaikum.. Salam hujung minggu =)

Adakah anda masih mencari-cari idea dihujung minggu.  Kepada anda yang minat dan suka jahit menjahit.. Jika anda tidak mahu mensia-siakan  masa terluang yang ada tanpa melakukan sesuatu aktiviti  yang berfaedah.. apa kata mari kita sama-sama lihat bagaimana anda dapat mengisi waktu dari sesuatu yang sia-sia kepada sesuatu yang lebih menarik selain dari boleh membantu anda menjimatkan wang belanja..  =)

 Hanya dari sehelai seluar jeans.. anda dapat mengitar semula untuk menjadi dua benda yang berbeza.  Pernahkah anda terfikirkannya.. =)
menjadi sehelai apron yang menarik..
boleh juga menjadi beg serbaguna atau beg telekung yang tidak kurang cantiknya.. =)

Kemeja lama..sudah jemu atau tidak muat untuk anda.. boleh menjadi sehelai baju untuk sicomel..=)
Juga dari sehelai kemeja..

Selamat berhujung minggu dengan aktiviti yang menarik ini.. =)


Wednesday, 9 April 2014

~ Wordless Wednesday #26 - DIY - Jom Belajar Mengait ~

Assalamualaikum.. salam rabu penuh kasih =)

Untuk anda bakal-bakal ibu.  Jom belajar menjahit sendiri stokin bakal si comel kesayangan yang bakal lahir tidak lama lagi.  Hasil tangan sendiri adalah satu kepuasan =)

Dengan lafaz Bismillah.. mulakan menjahit ..

Jangan lupa mengucap..Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana memberi masa yang cukup sehingga siap sepasang kasut simanja yang comel ini..

Syukur Alhamdulillah.. dengan sikap tekun anda..juga sempat siap sepasang lagi.. =)

Gabungan warna yang memikat..

Selamat mencuba!!


ps/gambar sumber fb =)

Tuesday, 8 April 2014

~ Alor Setar Bermandi Bunga ~

Assalamualaikum..

Perjalanan balik kampung pada kali ini memang seronok. Dari Sitiawan ke plaza tol Cangkat Jering tidak banyak kenderaan seperti hari-hari bercuti atau cuti hujung minggu.  Memasuki lebuhraya utara selatan juga tidak banyak kenderaan...terasa tenang dan aman disitu. Berhenti rehat di R & R Gunung Semanggol pun terasa pelik sekejap.. tidak ramai orang dan petak parking banyak yang kosong. 

Perjalanan yang lancar membuatkan kami cepat sampai. Cik man mengambil keputusan untuk susur keluar mengikut plaza tol Alor Setar Selatan dan melalui pusat bandar. Memasuki bandar Alor Star.. hati mula berbunga-bunga, lama sungguh tidak menjejaki bandar ini.  Dalam hati rindu hendak berjalan-jalan ke Pekan Rabu.. tapi cik man kata susah dan tempat parking kereta jauh.. Sedih sekejap.. :(

Penat berpusing dengan melihat deretan pokok-pokok yang meriah berbunga, kami meneruskan perjalanan ke Anak Bukit.. singgah ziarah, makan-makan juga solat Zohor di rumah satu-satunya abang yang ada. Setiap kali apabila balik kampung, kami hanya sempat menziarah rumah adik beradik, sepupu sepapat, emak-emak saudara juga kaum kerabat terdekat sahaja.  Berjalan-jalan ke bandar apalagi ke pusat membeli belah..memang tiada langsung dalam senarai.. Kata cik man.. 'kita balik kampung untuk menziarah sanak saudara, kalau nak membeli belah tidak perlu kita balik kampung'.  Langsung tiada istilah sambil menyelam minum air.. 

Menyusuri jalan sepanjang perjalanan dari Alor Setar menuju ke Kepala Batas lagi meriah dengan bunga-bunga 'sakura Malaysia' berkembang mekar.. cik man senyum sepanjang jalan.. balik kampung kali ini bagaikan dapat bonus cuti.. 



 


Sayang sekali..kak nah tidak sempat ambil gambar pokok yang berbunga kuning sebab bunganya sudah banyak gugur.. cuma tinggal hanya ranting-ranting togel...


Friday, 4 April 2014

~ Salam Jumaat - Menjadi Kawan Yang Disenangi.. ~

Assalamualaikum.. salam jumaat pertama bulan April.. salam kasih =)

Kata seorang sahabat, janganlah kita menceritakan apa-apa yang sepatutnya menjadi suatu rahsia kepada seseorang yang kita rasa boleh dipercayai dan percaya bahawa rahsia itu tetap menjadi rahsia dan tersimpan kukuh dihatinya..

Kata sahabat  itu lagi..  insan selalunya terleka waktu berbicara.. niatnya bukan untuk bercerita tetapi selalunya tercerita...
 
Justeru itu.... ziplah mulut kita rapat-rapat... Jadilah seorang pendengar bukan seorang pencerita.  Bersuara hanya bila perlu.. Memberi pendapat hanya bila diminta untuk berbuat demikian..

Jadikan diri kita kawan serta sahabat  yang disenangi dan disayangi..  sahabat  yang boleh dipercayai.. yang dapat membimbing tangan menuju Jannah..

Buat sahabat itu.. belajarlah mempercayai orang lain andai mahu menjadi  sahabat.. =)


Thursday, 3 April 2014

~ Bertemu untuk berpisah ~

Assalamualaikum..

Bertemu untuk berpisah..itu lumrah alam..mampukah kita menafikannya..


Ini cerita hari rabu petang 2 Apr 2014, hari terakhir zu bersama kami di Lumut Base. Selepas ini zu bakal menjadi warga MATL di Mindef.

Setiap kali adanya pertemuan.. persiapkanlah diri untuk menghadapi saat perpisahan yang bakal tiba.. pasti ada drama air mata.  Walau hati kuat menahan.. tapi air mata akan tetap tumpah juga bila ada rakan yang menangis, ucapan akhir pasti tetap mengundang air mata..


Patah tumbuh hilang berganti.., yang pergi pasti mencari tunas baru untuk menjalin ikatan ukhwah. Yang tinggal juga mendapat tunas baru menjalin silatulrahim.. Dan pastinya yang lama juga yang baru tidak akan terputus ikatan silatulrahim walaupun duduk berjauhan..jadi walau hati sedih pilu pengubat rindu hanya dihujung jari.. =)

Hanya tinggal kenangan..selepas ini siapa bakal menyusul keluar... :(
Hari ini zu sudah ke KL..menghargai pemberian..zu pakai dan hantar gambar ini pada kami..