Friday, 28 March 2014

~ Salam Jumaat - Janganlah Kamu Berputus Asa Dari Rahmat Allah ~

Assalamualaikum.. 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

'Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari munkar, merekalah orang-orang yang beruntung'. (QS. Ali Imran: 104)



'Dan janganlah engkau berjalan dimuka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu tidak bisa menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi langit (QS Al-isra' ayat 37)


'Katakanlah, 'Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang' - (az-zumar ayat 53)


'Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat biji sawi' (HR Muslim)




'Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan keburukan-keburukanmu, dan janganlah engkau kagum dengan amalan-amalanmu, sesungguhnya engkau tidak tahu apakah engkau termasuk orang yang celaka (masuk neraka) atau orang yang bahagia (masuk syurga).' (HR Baihaqi)

Semoga Allah membimbing hati2 kita semua... Aamiin..

Sunday, 23 March 2014

~ Bicara Hati ~

Assalamualaikum..


Salam hujung minggu dan selamat bercuti.. =)

Semalam blogger cik akak tag kak nah pada artikelnya..'menulis dari hati.. menulis apa yang kita rasa..menulis apa yang kita mahu..menulis kerana kita memang minat menulis'. Betul tu..kak nah sokong seratus peratus.. kak nah menulis memang kerana minat..kak nah menulis apa yang hati rasa.. dan kerana mahu berkongsi cerita juga idea-idea tentang apa saja yang boleh memberi manafaat buat semua yang sudi berkongsi rasa juga masa.. =)

Kak Nah hilang sekejap bukan kerana sudah tiada hati untuk menulis, bukan juga kerana tiada kata untuk diungkap.. juga bukan kerana jemu untuk berkongsi idea dan cerita.. Cuma tiba-tiba terasa mahu menyendiri dan menyepi seketika apabila terasa diganggu dan terganggu.. 

Banyak email yang masuk.. banyak juga yang spam.. dan ada terselit satu email dari seorang wartawan HM.. ingin bertemuramah tentang kitar semula.. Menjadi pening sekejap.... =)

Pada blogger cik akak.. terima kasih kerana mengejutkan kak nah dari tidor yang panjang.. In shaa Allah akan terus menulis dan berkongsi idea kerana kak nah tahu masih ada yang sayang dan sedar akan kehilangan seketika ini..

Wednesday, 5 March 2014

~ Wordless Wednesday # 25 - Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah ~

Assalamualaikum... salam rabu penuh kasih buat semua yang sudi singgah di teratak maya ini.. 

Terima kasih untuk semua yang menitipkan doa hari ini..anda semua sentiasa dihati =)




Jemput makan =)