Sunday, 23 February 2014

~ DIY - Dibuang Sayang.. Ayuh..Kitar Semula ~

Assalamualaikum..

Salam pagi minggu dan salam sejahtera buat anda semua, dimana cuti hujung minggu anda... tidak kira dimana juga anda berada semoga anda sentiasa dalam kebahagian berpanjangan disamping orang tersayang..... =)

Di setiap rumah sudah pasti mempunyai banyak botol-botol kosong yang tidak diperlukan dan menunggu masa untuk dibuang. Apa kata kali ini gunakan kreativiti anda dan masa terluang anda jadikan aktiviti hujung minggu yang menarik bersama keluarga..

Hanya dengan sedikit masa yang terluang dan keluarkan modal yang tidak seberapa.. anda mampu  mengubah botol-botol kosong yang ada menjadi hiasan yang amat cantik dan menarik di ruang rumah anda.

Dimana botol-botol kicap dan cuka anda buang selama ini.. ayuh kita kitar semula sebagai hiasan yang yang mampu membuat anda tersenyum senang.. 

Sebagai lampu hiasan di ruang makan..tidak kurang menariknya.. =)

Sebagai tempat menyimpan benang..tidaklah bersepah dan bercampur-campur kan..

Sebagai bekas serbaguna di bilik air..

Harus berjimat cermat..
Selamat mencuba.. =)


ps:gambar sumber google =)

Sunday, 16 February 2014

~ HomeMade Tortillas ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Ini cerita pagi tadi.. tekak teringin nak makan roti tortilla.. sebenarnya sudah lama merancang hendak membuat sendiri tetapi sebab penyakit M lebih banyak jadi hanya pendam dalam hati. Resepi sudah tersimpan lama dalam folder.. terima kasih banyak-banyak kepada tuan empunya resepi.. sudah lupa dapat dari siapa sebab dah lama..

 siap diadun.. tutup dengan plastik..biar setengah jam..
kemudian baru dibulatkan...
hihi..canai nipis..
 bulat yang tidak bulat pun.. =)
 siap dimasak...!!
dan... hasilnya... sedapp dan puas hati =)

Pada sesiapa yang ingin mencuba sendiri..inilah resepinya..

3 cawan tepung serbaguna
1 s/k garam
2 s/k baking powder
3/4 cawan butter 
3/4 cawan air panas

Ok..selamat mencuba semua =)


Saturday, 15 February 2014

~ Air Mata Rindu + Bahagia ~

Assalamualaikum..

Rindu..rindu pada semua.  Agak lama tidak menyapa disini. Sibuk yang entah apa-apa.. 

Hari ini hati terpanggil untuk mengupdate blog bila malam tadi Ummi Kami menyapa di fb membisik rindu.. 

dan..

Pagi ini tanpa diduga..tanpa disangka-sangka..bagai mimpi.. kawan rapat di usia kanak-kanak hingga remaja.. setelah bertahun-tahun tidak pernah lagi bersua selepas 1978.. dia datang menyapa rindu.. juga menerusi laman fb.. setelah lebih 35 tahun hilang khabar berita..

Kami rakan sekelas dari tahun satu hingga tahun enam. Sama sekolah menengah hingga tamat tingkatan lima.. dan terus hilang selepas itu.. Dia sebak..dan  menangis tersedu-sedu.. menyata rindu. Kak nah menahan sebak sampai meremang bulu roma.. air mata bergenang..air mata bahagia.. 

Basha.. rindu hendak sembang panjang-pangjang.. rindu kenangan silam.. :(


Bahagianya hati.... bila menanti saat indah, bila bertemu kamu yang bernama sahabat.. bila memberi salam dan bila tangan dihulur berjabat erat.. bila peluk erat-erat...dan bila cium kiri kanan sambil bagitau rindu dan sayang sahabat sangat-sangat..

Sabar...sabar... =)