Sunday, 26 January 2014

~ Terkenang-Kenang ~

Assalamualaikum

Salam pagi minggu dan selamat berehat..

Pagi ini tiba-tiba kak nah teringin untuk bercerita..  Cerita impian seorang anak kecil yang tinggal jauh di pinggir sawah, di daerah pendalaman sebuah negeri.. Membesarnya hanya bermain lumpur dibendang.. Keinginan untuk berkongsi cerita ini timbul bilamana tadi kak nah berBW ke blog Anim (Inilah Ceritaku). Melihat Anim bercerita tentang anak2 tahun 1 bermain dengan plastisine dan ada murid yang membentuk I love Sabah..

Setiap kali disuruh melukis, anak kecil ini pasti akan melukis pemandangan yang ada laut, pohon kelapa dan orang kenit di tepi rumah.. Anak kecil ini tidak pernah bermain-main ditepi pantai, apatah lagi untuk melihat laut..memang jauh sekali... hanya dengar cerita dan tengok gambar dalam buku!! Dalam hati kecil anak ini, menyimpan sebuah impian besar.. suatu hari nanti dia pasti akan  membuat rumah dan tinggal di tepi pantai..

Apabila bersekolah menengah, ada rombongan sekolah ke Pantai Merdeka semasa cuti sekolah, puas beliau bersusah payah memujuk ibu untuknya turut serta bersama rombongan sekolah. Sebabnya..hanya mahu melihat laut secara dekat..bukan lagi hanya tengok gambar.. sungguh kesian... =)

Dan siapa sangka.. bila memasuki alam pekerjaan, pejabat pertamanya betul-betul di tepi laut, dari dalam pejabat pun beliau boleh renung laut puas-puas.. Tempat tinggalnya juga ditepi laut..  hari-hari berjalan-jalan ditepi laut.. dan hujung minggunya hanya dengan berbasikal di ke pantai.. =)

Dan syukur Alhamdulillah.. hari ini impian anak kecil itu Allah makbulkan.. Susunan perjalannya begitu cantik teratur, walau ada ranjau berduri permulaannya.. hari ini dia tersenyum puas... Masih bekerja di tempat yang sama.. masih tidak jauh dari laut..dan dia mampu memiliki rumah seperti impian masa kecilnya.. walau tidak di tepi laut, tapi hanya 15 minit perjalanan kereta.. walau hanya rumah teres biasa.. walau tidak kaya tapi dia bahagia.. Terima kasih ya Allah..

Pada Anim, percayalah..suatu hari nanti anak didik Anim itu pasti akan sampai ke Sabah.. =)


~ Kek Cawan Cokelat Chip ~

Assalamualaikum...

Salam pagi minggu.. semoga anda semua beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam lindunganNya..

Pagi-pagi, hati rasa terpanggil untuk berkongsi resepi ... Sebenarnya resepi muffin kek ini adalah entry pertama kak nah masa mula-mula menulis blog dulu.. 

Mungkin pada masa tersebut kak nah tiada pengikut dan tiada siapa yang tahu kecuali anak-anak, maka hanya ada 12 pelawat untuk entry kek cawan yang memang sedap ini.. huhu..sedih sekejap.. :(


Bahan-Bahan

200gm mentega
200gm gula castor
250gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
40gm serbuk koko
100gm susu segar UHT
4 biji telor
150gm  cokelat chip

Cara-cara:-

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukan telor satu persatu dan pukul hingga sebati.
3. Masukan tepung, serbuk penaik, serbuk koko. Tuang sedikit demi sedikit selang seli dengan susu.
4. Gaul sebati dan masukan ½ adunan cokelat chip.
5. Masukan ¾ adunan kedalam cawan kertas dan tabur cokelat chip ke atasnya.
6. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu sederhana.

Selamat mencuba =)

Thursday, 23 January 2014

~ Cahaya Di antara Dua Kali Jumaat ~

Assalamualaikum...

Antara kelebihan-kelebihan membaca surah Al-Kahfi  pada malam jumaat atau siang hari jumaat;

Sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda:

'Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat yang berikutnya' (H.R Baihaqi)

'Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jumaat. (H.R Hakim didalam Mustadrak)


'Barang siapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah Al-Kahf, pasti terlindung daripada dajjal' (H.R Muslim)

'Barang siapa membaca surah Al-Kahf pada hari jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari daripada segala fitnah yang melanda dan jika keluar dajjal sekali pun, dia akan terpelihara daripadanya' (Al-Dhurr al-Manthur oleh Suyuti)


Photo: ‎Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi. Marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnah rasulullah ini.jom baca,harinikan hari JUMAAT. ;)

قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض

Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .)

قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر

Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)

قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه

Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. (H.R Hakim didalam Mustadrak)

قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن

Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.‎

Saturday, 18 January 2014

~ DIY - Kreatif # Kotak - Kitar Semula ~

Assalamualaikum..

Salam kasih sabtu yang ceria. Pasti ramai dari anda yang menghabiskan cuti hujung minggu dengan berjalan-jalan serta beriadah bersama keluarga... atau balik ke kampung bertemu insan tersayang.. (Mood.. rindu nak balik kampung.. tapi cik man kerja.. apa pun tak boleh sebab cuti tak sama.. huhu)

Pada yang tidak kemana-mana, jom kita mengisi masa yang terluang membuat aktiviti kitar semula bersama keluarga dari kotak2 barangan belian kita.. tidak perlu dibuang... juga tidak perlu bagi peluang pada sang lipas untuk berumahtangga dan bermaharajalela disitu.. =)

Jom cuba....

katil mainan simanja..pasti dia suka..

tabung yang cantik lagi menarik..memupuk sikap menabung simanja..

sebagai kotal simpanan skaf anda..
tempat alat tulis menghiasi meja belajar.. kemas dan cantik..

menjadi seekor rama2 yang cantik menghiasi kad ucapan ..

senang lagi mudah..

juga sebagai penyangkut..


Tak terfikir yang kotak2 ni semua boleh dipelbagai gunakan.. knah selalu buang begitu sahaja sebaik dikeluarkan barangannya (selalu diletak di luar pagar depan rumah yang kemudian dikutip oleh pengutip kotak).

Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu =)


ps/gambar sumber google =)

Friday, 17 January 2014

~ Cerita Hari Jumaat - Tiada Perasaan - Limau Oh Limau.. ~

Assalamualaikum.. salam kasih =)

Selamat berhujung minggu yang panjang.. tiga hari bercuti di rumah. Macam mana nak mengisi masa lapang sorang-sorang.. hehe.. akhirnya rajinkan diri mengemas sana sini. Macam 5s pula... susun, sisih.. buang dan buang lagi.. haha.. akhirnya lapang... =)

Cik man balik dari kerja masa knah tengah kemas-kemas dekat dapur..

cik man: yang, mana u dapat buah limau tu.. 
knah: kawan opis I bagi semalam, die petik dari pokok jiran sebelah rumah die...

Cik man senyap (puas hati dengan jawapan tu kut..) dan tak tanya apa-apa lagi.. dan kita orang pun makan tengahari.  Selepas makan, cik man makan buah limau CNY yang ada dekat atas meja makan.. baru knah perasan, cik man mesti tanya pasal buah limau CNY tu.. (haha..knah gelak guling-guling dalam hati.. siapa yang terkena ni? )

knah: yang, u tanya buah limau ni ke tadi..
cik man: ye la.. buah limau mana lagi..
knah: tadi nape diam tak cakap apa2..
cik man: (pun diam juga...)

Haha..adoiiyaii.. sebenarnya, semalam rakan sepejabat tu memang bawa buah limau kasturi yang dipetik dari pokok jiran sebelah rumahnya dan diberi pada knah dan yang lain-lain.. banyak juga.. sebab tu ingat cik man tanya pasal limau kasturi tu.. tak terfikir pula yang kat atas meja depan ada buah limau CNY..

Masih tertanya-tanya, kenapa cik man tak cakap apa-apa bila dengar buah limau CNY tu dipetik oleh kawan sepejabat dekat rumah jiran die.. huhu


Wednesday, 15 January 2014

Wordless Wednesday #24 - Pertama Kali Tengok.. Apa Kata Anda..

Assalamualaikum..

Salam rabu. Pertama kali tengok bunga Uniflora Anguloa yang juga merupakan salah satu dari  spesis orkid ni dalam fb semalam.  Subhanallah.. sekali pandang seperti bayi yang sedang tidur..

Uniflora Anguloa.. apa kata anda..

tak tahu nama pokok ni.. pun baru pertama kali tengok..


Tuesday, 14 January 2014

~ Yang Dicintai Nabi S.A.W ~

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435H.  Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

'Dan tiadalah kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam'. (Surah Al-Anbiya - 107)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
'Sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberi rahmat 10 kali)' (HR Al-Baihaqi)

'Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku' (HR Abu Dawud)

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w bertanya:
'Siapakah hamba Allah yang mulia?'

Sahabat menjawab:
'Para malaikat ya Rasulullah'

Sahabat yang lain:
'Tentulah para Nabi, merekalah yang mulia'

Nabi tersenyum lalu berkata:
'Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia'

Para sahabat terdiam lalu berkata:
Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?'

Nabi berkata:
'Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan'

Nabi menunduk wajahnya, Baginda menitis air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata:
'Wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah' dan tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa aku sangat rindu pada mereka.. merekalah umatku! Ummati! Ummati! Ummati!

~

Perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W




Monday, 13 January 2014

~ Apa Ada Pada Kangkung ~

Assalamualaikum..

Sana sini orang pakat sembang pasal kangkung.. Dalam hati tertanya-tanya kenapa tiba2 sayur kangkung ni jadi popular dan jadi bahan bual jenaka di ruang maya.. dekat fb petang tadi banyak cerita pasal kangkung, lemak kangkung, goreng kangkung, gulai kangkung, rendang kangkung juga ulam kangkung.. sampai kenduri pun kangkung hendak dijadikan salah satu menu utama.. semuanya kangkung..pelik-pelik.. =)

Rupa-rupanya ada cerita disebalik kemeriahan kangkung.. hehe.. nampak tidak.. lembabnya sampai tertinggal keretapi =)

Dan tiba-tiba sahabat2 yang tinggal di Simpang Empat Kangkung, jauh di Kedah nun tersedak-sedak bila makan sebab ramai sangat menyebut-nyebut mereka.. =)

Masa kecil2 dahulu inilah sayur yang paling murah...  tidak perlu dibeli.. hanya dikutip di dalam tali air yang tidak jauh dari rumah.. kita orang sebut kangkung sungai, tapi terpaksa berhati-hati bila hendak mengutipnya sebab dalam tali air ada banyak kawan2.. (lintah) hee..   
Sekarang sudah jarang jumpa kangkung sungai sebab kangkung bandar sudah mengambil tempatnya =)

Segarnya kangkung di laman mereka.. =)

Rupa-rupanya kangkung ini banyak khasiat dan kebaikannya..

Antaranya..

Membantu meredakan pembengkakan, terseliuh, bisul dan jangkitan kulit.

Kangkung dikatakan boleh membantu mereka2 yang mengidap penyakit sembelit... kerana ia bertindak melawaskan pembuangan air besar juga membantu mengatasi masalah sukar tidur atau insomnia kerana ia mempunyai kuasa sedatif iaitu sebagai agen penenang semulajadi.  

Selain itu kangkung juga membantu mengatasi lemah badan dan baik untuk pengidap penyakit keputihan...

Senyum selalu.. 

Wednesday, 8 January 2014

~ Wordless Wednesday #23 - DIY - Kitar Semula ~

Assalamualaikum..

Salam rabu. Moga anda semua dipermudahkan dalam setiap urusan =)

Bekas serbaguna... cantik dan kemas 
daun bawang,,subur di dapur anda, bila nak guna, boleh terus potong .. =)
macam-macam gaya..

Selamat mencuba.. 
Terima kasih en. google =)

Sunday, 5 January 2014

~ Kueh Tepung Bungkus - Sentiasa Dihati.. ~

Assalamualaikum

Salam pagi minggu n selamat berehat =)

Sarapan pagi sambil menonton tv. Hanya itu yang dilakukan dipagi minggu bila hanya tinggal berdua..

kueh Tepung Bungkus.. suka.. sedap.. tapi bukan buat sendiri, tunjuk2 punya =)

Friday, 3 January 2014

~ Salam Pertama ~

Assalamualaikum.

Allah limpahkan RahmatNya di hari jumaat yang penuh barakah ini bersama turunnya hujan sejak subuh tadi.. hujan sepanjang hari.. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara sejuk hari ini. 

Salam jumaat pertama tahun 2014 .. =)

Melangkah ke tahun baru, semua orang akan bercakap pasal memperbaharui azam.. tapi apakah sudah terlaksana segala impian dan azam yang tersenarai  pada awal tahun 2013 sudah terpenuh. Sudah melepasi angan!! 

Jika sudah.. pastinya anda melangkah penuh bergaya masuk ke tahun 2014 =)

Bercakap soal azam, sebenarnya kita tidak perlu untuk menunggu tiap awal tahun untuk menyemai azam...azam setahun sekali.. betul ke begitu??

Yang baiknya, sematkan di dalam hati, di dalam diri.. tanamkan azam setiap pagi tatkala bangun dari tidor.. untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dari hari semalam dan sebelumnya.., dari segi akhlaknya, ibadahnya, hubungannya serta pekerjaannya dengan sesama makhluk juga hubungannya dengan RabbNya..

Semaikannya setiap pagi..  semaknya setiap malam sebelum tidor.. in syaa Allah..


Semoga kita semua akan lebih berjaya dan berbahagia dalam kehidupan kita. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diampunkan dosa-dosa lalu..sama-samalah kita berazam untuk kerhijrah ke arah kebaikan demi kebaikan ummah..

Salam kasih..selamat beramal =)

Wednesday, 1 January 2014

~ Wordless Wednesday #22 - Salam Tahun Baru 2014 ~

Assalamualaikum. Salam tahun baru buat semua.. =)

Alhamdulillah.. Hari ini kita semua sudah melangkah ke tahun baru 2014. Melangkah dengan azam baru dan penuh semangat.  
Photo: ‎( DOA MUSTAJAB JUM'AT SORE ) Ayo bersama-sama kita berdoa disaat-saat mustajab habis Ashar dihari Jumat Mubarok. Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

الْتَمِسُوا السَّاعَةَ الَّتِي تُرْجَى فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ بَعْدَ الْعَصْرِ إِلَى غَيْبُوبَةِ الشَّمْسِ

"Carilah saat yang sangat diharapkan pada hari Jum'at, yaitu setelah 'Ashar sampai tenggelamnya matahari." (HR. at Tirmidzi; dinilai Hasan di dalam Shahih at Tirmidzi dan Shahihh at Targhib).‎

Photo: ( HIKMAH ) INILAH PENGUAT SEMANGAT IBADAH

Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasalam bersabda: “Didatangkan orang yang paling nikmat hidupnya di dunia dari kalangan penghuni neraka pada hari kiamat, kemudian dia dicelupkan ke dalam neraka sekali celupan. Kemudian dia ditanya: ‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kebaikan? Apakah pernah terlintas pada dirimu kenikmatan?’ Maka dia menjawab: ‘Tidak, demi Allah, wahai Rabbku.’ Didatangkan pula orang yang paling susah hidupnya di dunia namun dia dari kalangan penghuni surga, kemudian dicelupkan ke dalam surga sekali celupan. Kemudian dia ditanya: ‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kesusahan? Apakah pernah terlintas pada dirimu kesempitan hidup?’ Maka dia menjawab: ‘Tidak, demi Allah, wahai Rabbku. Tidak pernah terlintas padaku kesempitan dan aku tidak pernah melihat kesusahan’.” (HR. Muslim)

Dari Ibnu Umar, dari Nabi Shalallahu Alaihi Wasalam, beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah subhanahu wata’ala akan menerima taubat seorang hamba selama ruhnya belum sampai di tenggorokan.” (HR. At-Tirmidzi)

(Kitab At-Tadzkirah, hal. 10) Barangsiapa banyak mengingat mati maka dia akan dimuliakan dengan tiga perkara: segera bertaubat, hatinya qana’ah terhadap dunia, dan semangat beribadah. Sedangkan barangsiapa yang melupakan mati, dia akan dibalas dengan tiga perkara: menunda-nunda taubat, hatinya tidak qana’ah terhadap dunia, dan malas beribadah. Maka ingat-ingatlah kematian, sakaratul maut, dan susah serta sakitnya, wahai orang yang tertipu dengan dunia!”