Saturday, 30 November 2013

~ Kreatif - DIY - Kasut Si Comel ~

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu dan selamat bercuti.. 

Cuti panjang..banyak waktu senggang.. kalau tidak ada idea untuk mengisi waktu yang terluang, apa kata anda mencuba untuk mengait sendiri kasut si comel anda.. pasti anda suka dan si comel juga suka.. =)

pasti berseri2 kaki si comel anda..
 

Selamat mencuba.. pasti berbaloi-baloi.. =)

Wednesday, 27 November 2013

~ Wordless Wednesday #21 - Bersenam Bersama Kelab KAKEP Lumut ~

Assalamualaikum..

Salam rabu salam semut..
 Bersenam selalu jangan semput
Sihat cergas jiwa dan minda..

Aktiviti kelab pada petang rabu di awal bulan Nov di Dataran Teluk Batik, Lumut.  Rabu sudah melangkah ke minggu terakhir bulan Nov... entry masih duduk terperuk di dalam kotak draf, kesian bukan. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni penyakit malas datang bertandang.. 

Semangat2... hehe.. 
 
Tandatangan kehadiran.. penting.. kita tidak ponteng kerja tau.. =)






 


Friday, 22 November 2013

~ Renungan Pagi Jumaat ~



Assalamualaikum..

Salam jumaat.  Salam kasih..
'Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.  Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat' - Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakiman 

Ya Allah, bersihkan hati kami dari kemunafikan dan amal perbuatan kami dari riya' dan lisan kami dari dusta serta pandangan mata kami dari khianat.  Sesungguhnya Engkau Maha Tahu khianat pandangan mata dan apa yang disembunyikan hati.. Aamiin.

Selamat beramal.. =)


Thursday, 21 November 2013

~ Program Masak Bubur Asyura di Masjid An-Nur Pangkalan TLDM ~

Assalamualaikum...

Semalam, Rabu 20hb Nov 2013 - Bertempat di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut, Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) Cawangan Lumut telah mengadakan aktiviti memasak Bubur Asyura secara bergotong royong.  Acara bermula seawal jam 7.30 pagi.  Sebanyak empat kawah telah dimasak bagi menampung keperluan untuk diagih-agihkan kepada semua ahli kelab yang berjumlah lebih tiga ratus lima puluh orang.. 

Ini adalah aktiviti tahunan kelab. Setiap tahun kelab akan menganjurkan aktiviti mengacau bubur asyura ini.. Semangat kerjasama dari semua peringkat.. Selain untuk mengeratkan silatulrahim sesama ahli.. juga menggamit nostalgia kampung halaman.. =)


Apa-apa hal.. kita sarapan nasi lemak dulu.. baru bertenaga nak mengacau bubur =)
Persiapan awal.. tengok tu...tuan tanah duduk menyembang..=)
Deretan kawah... kebersihan tetap diutamakan..
Bermula kawah pertama..
Kawah kedua..
Kawah ketiga...
Hampir masak...
Bergilir mengacau...
Hebatnya dia....
Tak lenguh ke bang..
Berbagai gaya.. =)
 Siap.. bubur asyura utara.. =)

Selamat beramal =)

Wednesday, 13 November 2013

~ Wordless Wednesday #19 - DIY Idea Kreatif - Sarung Kusyen ~

Assalamualaikum..

Salam sejahtera dan salam rabu

Jom mencari kelainan pada sarung kusyen anda.  Hasil tangan sendiri lebih bermakna menghiasi ruang rehat anda.. =)

cantik dengan aneka corak bunga-bungaan butang yang comel ..
ringkas dan mudah.. pun cantik =)

hanya dari sehelai baju 'T'..

Selamat mencuba =)


Sunday, 10 November 2013

~ Bertebaranlah Kamu Di Muka Bumi ~

Assalamualaikum..

Ya Allah.. 
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu
Kecantikan itu adalah kecantikanMu
Keindahan itu keindahanMu
Kekuatan itu, kekuatanMu
Kekuasaan itu, kekuasaanMu dan
Perlindungan itu PerlindunganMu

Ya Allah
Jika rezekiku masih di langit, turunkalah dan
jika di dalam bumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..
Aamiin ya robbal alamin
Photo: Keindahan ciptaan Allah
'Barang siapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barang siapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah..maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit' - Hadis Diriwayatkan Al-Tarmizi

'Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya'.
(QS - At-Talaq ayat 2-3)

Selamat Beramal =)

Friday, 8 November 2013

~ Diy Craft Projects - Istimewa Buat Bakal Pengantin ~

Assalamualaikum..

Salam hujung minggu.  Salam bertemu kembali buat anda semua juga istimewa untuk bakal pengantin.. yang bakal melangsungkan majlis di musim cuti sekolah pada hujung tahun =)

Jambangan bunga gula-gula sebagai penyeri dulang hantaran..


Kuntuman rose dari bag plastik barang - cantik dijadikan jambangan bunga hiasan ..
Juga sesuai dijadikan bunga telor sebagai buah tangan untuk tetamu..


Selamat mencuba :)

Sunday, 3 November 2013

~ Johan Piala Malaysia....Tahniah Pahang ~

Assalamualaikum..

Selamat malam.. 
Pahang tewaskan Kelantan 1 - 0
Tahniah...
Matias Conti tamatkan penantian selama 21 tahun skuad Tok Gajah bagi menjulang Piala Malaysia!!
Tahniah pada cik man sebab Pahang menang.. 
Cik man setia depan tv.. tapi esok tetap kena kerja macam biasa sebab duduk Sitiawan.. hanya orang yang bekerja di Pahang sahaja bercuti.. =)

Saturday, 2 November 2013

~ Masak Lemak Jantung Pisang Ikan Masin ~

Assalamualaikum..

Salam sabtu.  Hanya bercuti tidak masuk pejabat.. dapur tetap kena berasap. Mahu atau tidak kena juga memasak. Ada jantung pisang yang dibawa dari kampung tempohari yang belum sempat dimasak lagi.. Kalau dibiar lama-lama takut nanti rosak langsung tidak boleh dimakan.  Sedang berkira-kira.. apa nak masak. Lemak cili api, pajeri jantung, kerabu jantung atau hanya rebus cicah sambal belacan..kecur air liur teringat sambal belacan ulam jantung pisang rebus..  penat-penat fikir.. akhirnya knah masak lemak cili api.  Jadi hari ini menu di rumah adalah masak lemak jantung pisang dengan ikan masin.  

Jom memasak kalau hendak tahu sedap ke tidaknya =)

Jantung pisang (buang lapisan kulit-kulit luar yang keras, hanya bahagian yang lembut diambil - direbus hingga lembut)

Siap direbus, dipotong kecil.. untuk digulai lemak

Masak Lemak Jantung Pisang - siapp!!
Bahan-bahannya:

Ikan masin (ikan bilis pun boleh)
Jantung pisang
Setengah biji pati santan 
Cili padi (ikut kepedasan masing-masing) - ditumbuk bersama kunyit dan garam
Kunyit hidup
Garam secukup rasa
Asam Gelugor


ps/resepi main campak2 ...  =)

Friday, 1 November 2013

~ Cik Mek Molek + Kuih Keria ~

Assalamualaikum...
Selamat malam dan selamat berhujung minggu

Petang tadi balik kerja perut lapar...jadi terpaksa rajin-rajinkan diri buat kuih untuk minum petang. Sambil tunggu cik man balik kerja, siap dua jenis kuih.. hanya dengan satu adunan sahaja..  Boleh macam tuu =)

Bahan-bahannya:

Ubi keledek - direbus
Tepung gandum secukupnya
Secubit garam
(jangan terlebih tepung..nanti liat dan tidak sedap..)
Minyak untuk menggoreng

ubi keledek yang sudah siap direbus

- Masukan tepung gandum + garam = gaul sebati =)

cik mek molek sudah siap dibentuk..dalamnya diletak gula halus 1 sudu teh

sudah boleh makan..hanya 6 ketul sahaja..cukup untuk 2 orang.. sebenarnya kuih ni adik yang suka.. 

yang ni untuk kuih keria.. tunggu giliran untuk digoreng..

siap!!  mudah bukan..

Selamat mencuba =)