Wednesday, 30 October 2013

~ Wordless Wednesday #18 = DIY Idea - Kebun Kecil ~

Assalamualaikum..

Salam pagi Rabu..

cantik dan kemas. knah suka. tapi memang sudah tiada laman untuk dijadikan kebun kecil seperti ini ..

Tuesday, 29 October 2013

~ Raja Ubat - Mahkota Dewa ~

Assalamualaikum..

Dikhabarkan bahawa..
buahnya penuh khasiat.. dan juga raja ubat..
Antaranya adalah penawar untuk penyakit kanser..darah tinggi dan kencing manis

Rasa buahnya amat pahit... jika dimakan begitu sahaja
Isinya seakan-akan sabut kelapa sawit
Buahnya di racit lalu dikeringkan..
Direbus diminum airnya untuk mengurangkan rasanya yang pahit
dialah buah mahkota dewa... =)

Buah Mahkota Dewa dengan warna yang menarik

 Setiap penyakit ada penawarnya... Kita disuruh berusaha dan berikhtiar disamping berdoa kepada Allah yang Maha Penyembuh... untuk menyembuhkannya..

Selamat beramal =)

Monday, 28 October 2013

~ Alhamdulillah... ~

Assalamualaikum..

Sebenarnya inilah penyebab kenapa dan mengapa knah menyepi untuk akhir-akhir ini.  Mulai dengan Hannan Piyaa balik bercuti selama 2 minggu, bersambung pula dengan bercuti balik kampung untuk sambut Hari Raya Korban seminggu dan bila naik kerja inilah hasilnya....
>
>
>

 sakit..berdenyut-denyut..tidak boleh tidor sampai terpaksa makan ubat demam. Alhamdulillah...
sudah seminggu..masih macam ni..bengkak dan kebas.  Jari telunjuk sebelah kanan.  Tuan punya jari kerjanya menulis.. kena pegang pen.. 
Minggu kedua bulan sebelas ada audit jabatan.. operasi mengemaskini fail-fail dan buku giat dilaksana.. inilah penyebabnya.. jari tersepit laci kabinet besi akibat kerja tidak berhati-hati kah...??

'Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Tidak ada yang bisa mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan ampunan dari sisiMu dan Rahmati aku. Sesungguhnya Engkau Dzat Maha Pengampun lagi Penyayang'.  



Sunday, 27 October 2013

~ Pasti Merindu.. Rindu Dia.. ~

Assalamualaikum...

Salam pagi minggu. Salam rindu buat silent readers serta pengunjung setia. Salam sayang buat semua.

 Sedang menghitung hari.. lagi dua minggu akan kehilangan 'Dia'. Dia akan kembali bertugas di kampung halamannya di Kucing, Sarawak.  Mengenali dan bersahabat dengan Dia sebagai rakan sekerja adalah sebuah anugerah yang istimewa. Dia adalah sahabat yang menyenangkan. Sahabat yang memahami. Sahabat yang boleh dipercayai..  Sahabat kala susah juga senang.. Walau berlainan bangsa dan agama.. kami tetap akrab. Hampir empat tahun bersama sepanjang siang.. akan betul-betul merasai kehilangannya nanti.. 

Hari Lahirnya minggu lepas..  diraikan oleh rakan2 pejabat

Nah.. kek sepotong =)
Cenderahati yang tak seberapa dari kami..akan membuat Dia setiap detik dan saat mengingati kami yang jauh dimata..
shahdu..sayu..tumpah juga si air mata...
tuan tanah sedang duduk..tak nak tumpah air mata..tapi akhirnya kalah juga..
Roti Jala..Dia yang buat menjamu kami..sedappp..
Kari Ayam..juga Dia yang buat..pun sedappp
Alhamdulillah.. rezeki pagi Jumaat
Dalam hujan2..cuaca sejuk..berselera makan uuu

ada lagi..mee goreng mamak dari kami..

Selamat bertugas di Unit baru sahabatku sayang.. akan rindu kamu selamanya. Kebaikan mu pasti akan dikenang sepanjang waktu..in syaa Allah.. ada rezeki knah akan bercuti ke Kucing... =)

ps/dengan doa 'muga suatu hari nanti akan kembali ke FitrahNya.. aamiin..'

Saturday, 26 October 2013

~ Cantiknya Malam ~

Assalamualaikum..
 Selamat malam dan selamat berhujung minggu.. =)
SubhanAllah..cantiknya malam..penuh bintang-bintang

'Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang' - (QS Ash-Shaffat 37:6)

Wednesday, 23 October 2013

~ Wordless Wednesday #17 - Aku Berlindung DenganMu ~

Assalamualaikum

Salam Rabu.. Pagi yang tenang. Jom kita mulakan hari dengan berlapang dada. Menjauhkan prasangka. Membetulkan niat..keluar mencari rezeki kerana Allah


'Ya Allah, ya Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih, aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas, aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang'


Tuesday, 22 October 2013

~ Si Cantik Manis..♥♥♥ - Untuk Di Jual ~

Assalamualaikum..

Salam petang Selasa..=)

Jumpsac Orbit Baby / Standard Size :  Red Blood Paisley
Used once.. tak muat nak pakai
Price : RM280 termasuk pos
Harga boleh runding..Ansuran pun boleh..=)
*please..please..belilah saya!!!

Saturday, 19 October 2013

~ Perhatikan Nasib Dirimu..~

Assalamualaikum..

Salam jumpa lagi selepas 'Sepi Seketika'...


'Nasihatilah dirimu terlebih dahulu barulah kemudian menasihati orang lain. Kamu harus lebih memperhatikan nasib dirimu. Janganlah kamu menoleh pada orang lain sedangkan dalam dirimu masih ada sesuatu yang harus diperbaiki'. - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani


Selamat beramal ..  =)

Sunday, 13 October 2013

~ Sepi Seketika... ~

Assalamualaikum..


Salam petang minggu 8 Zulhijjah.  In syaa Allah akan balik menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga tercinta di Kedah.

akan merindui anda yang disayangi .. =)


Selamat Menyambut Hari Raya Korban dan selamat menunaikan ibadah korban =)

Wednesday, 9 October 2013

~ Wordless Wednesday #16 - Rose ~

Assalamualaikum

Mari mencuba sesuatu yang baru lagi menarik untuk majlis anda =)

Kuntuman rose dari kain satin. Selain boleh dibuat sebagai bunga dada, amat cantik kalau dijadikan bunga telor. 

Kuntuman rose dari kulit limau diletakan di dalam bekas sebagai hiasan meja pengantin atau boleh juga sebagai pewangi ruang

Kuntuman rose strawberry coklat untuk raja sehari =)

Selamat mencuba =)

Monday, 7 October 2013

~ Salam Zulhijjah ~

Assalamualaikum..

Salam pagi Isnin 2 Zulhijjah. Disunatkan kita berpuasa 1 - 9 Zulhijjah.  Terlebih besar pahalanya pada hari 9 Zulhijjah dan diseru kita berpuasa pada hari tersebut.


'Ya Allah, Wahai Dzat Maha Pengampun, ampunilah kami, Wahai Dzat Maha Penyayang, Rahmatilah kami, anugerahkan kepada kami rezeki yang halal dan cukup, sesungguhnya Engkau adalah Al-Razzaq (Pemberi Rezeki)'..Aamiin..

Sunday, 6 October 2013

~ Memasak Kerana Allah ~

Assalamualaikum..

Salam petang minggu.

Memasak makanan untuk keluarga akan menjadi satu ibadah andai diniatkan memasak kerana Allah. Memasak dengan hati yang ikhlas.  Memasak dengan jiwa yang tenang. Memasak dengan berlapang dada.. Allah menjanjikan ganjaran pahalaNya untuk orang-orang yang redha dan sabar.. Jiwa menjadi senang dan puas walau makanan yang dimasak hanya dijamah atau tidak disentuh langsung oleh suami... kerana kita 'Memasak Kerana Allah' bukan kerana siapa-siapa.  

Seandainya kita memasak makanan kerana suami atau 'terpaksa' masak.. tanpa keikhlasan hati, sekiranya makanan itu tidak dimakan atau disentuh oleh suami..hati menjadi sakit dan marah...hilang ganjaran pahalaNya. Hanya 'penat' yang kita dapat.. =)

Telor Mata Lada Bangla

Renung-renungkan..

Thursday, 3 October 2013

~ Lagi-Lagi Hatyai ~

Assalamualaikum..

Lagi-lagi cerita Hatyai.. Tolong jangan bosan atau marah ya!! 
Banyak yang mahu dikongsi.  Siapa tahu perkongsian ini berguna andai suatu hari nanti anda mahu bercuti ke Hatyai =) 

O.H. Hotel tempat penginapan yang disediakan bagi pakej kami..sarapan pagi sendiri-sendiri. Jadi pagi-pagi lagi sudah keluar mencari makan juga jalan-jalan cari pasal menghabiskan duit bath dalam dompet. Kami bersarapan pagi di Hameed Restoran, tidak pasti pula samada kedai mamak atau Muslim Thai. Roti canai semua ada. Sepinggan nasi lemak ayam, separuh telur rebus, serta sambal bilis dan timun serta air teh o panas harganya RM8.50. (duit RM) diterima disini. Nasi lemaknya sedap. Beras siam..pastilah sedap kannn..  =)

Soal mencari makanan halal tidak timbul kerana disini banyak terdapat restoran-restoran Muslim, hanya berjalan kaki sahaja dari Hotel penginapan. Kami juga terjumpa Restoran Melayu Kelantan, juga warung burger Kelantan. 
kunci bilik 
dalam bilik..boleh menonton TV3 lagi =)

Agak selesa juga..Yang tidak menariknya..bilik air tandas tiada paip. Huhu..nasib baik disediakan gayong..maka tadahlah air dalam sink :(
Yang ada hbag tu katil emaa..  =)
pemandangan luar depan bilik hotel
Makan tengahari disediakan di Dewan Makan tingkat 10, Lee Garden Plaza Hotel. Untuk masuk ke Hotel ada Pengawal Keselamatan yang memeriksa bag tangan anda.  Sila buka ya..
Makan sampai kenyang..emaa hanya ambil salad serta makanan laut
penyambut tetamu yang manis-manis
pilih mana suka =)

pencuci mulut..buah mangga serta buah nenas thai yang amat manis..

siapa tuan punya Lamborghini depan Hotel Lee Garden ni..jangan marah..sambil lalu, ambil gambar masa nak pergi makan

Menaiki tut-tut dari Hotel Lee Garden ke Pasar Market. Tambang 20 bath seorang.  Jangan tidak percaya, 1 tut-tut ni kami naik 10 orang. Macam sardin..panas jangan cerita walau masa tu hujan renyai-renyai.  Sepanjang disana, hujan setiap hari..tetapi agenda berjalan-jalan tetap diteruskan =)

Wajah-wajah ceria dalam tut-tut

Teruja bila jumpa CIMB Thai.. 

tawar menawar menggunakan culculator =)
Gelang Jade Burma boleh dibeli dengan hanya 2000 bath 
selipar sepasang hanya RM8.. Duit bath sudah selesai..jadi kami gunakan duit RM...shooping tak hengat..
Reka bentuk bangunan yang unik.. ramai penunggang motorsikal tidak memakai topi keledar di tengah bandar!!
antara yang sempat di rembat di Pasar Market =)

Wednesday, 2 October 2013

~ Jalan-Jalan Hatyai # Part 2 ~

Assalamualaikum..

Jom kita berjalan-jalan sambil menjamu mata.   Perjalanan kami dari Sitiawan berjalan lancar. Alhamdulillah dapat juga melelapkan mata. Jam enam pagi di sempadan Bukit Kayu Hitam .. menyelesaikan apa yang patut, jam 8 pagi mengecop paspot tanpa sebarang kesulitan..Alhamdulillah. Menyeberangi sempadan di sambut Pemandu Pelancong, seorang wanita warga Thai  yang tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris, hanya mampu berbahasa Thai dan Mandarin. Kesian kami yang tidak memahami tiap apa yang cuba disampaikan oleh beliau selain dari senyumannya yang memikat..

Tempat pertama yang dituju setiba di Hadyai pada pagi Sabtu 28 Sep 13 


Gedung membeli belah Nora Plaza. Walau pun diberi kad diskaun sebanyak 20%, tetapi harga barangannya tetap lebih mahal dari harga yang ditawarkan di gerai-gerai yang terdapat di tepi jalan

FM yang yang dibeli di Nora Plaza..bila ingat harganya  dan bandingkan dengan yang dibeli di gerai tepi jalan..buat sakit hati :(


Tanpa sedar, gambar kita di ambil dan di fremkan serta dijual di depan bas yang kita naiki. Nasib baik gambar emaa tak ada..wanita yang berbaju batik adalah Pemandu Pelancong

Tempat kedua yang wajib di bawa melawat adalah di Kedai Kacang. 

Hanya menjamu mata disini..harganya boleh tahan..tak murah pun!!
pilih-pilih..semua ada..
Rambang mata..akhirnya tak beli apa-apa pun...
hanya beli buah-buahan potong di depan kedai kacang, sebungkus RM2..dia menerima RM..jadi tidak susah pening-pening kepala nak kira duit bath..