Monday, 23 September 2013

~ Dan Dia lah ... ~

Assalamualaikum..

'Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua.Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.' - Ar-ra'd (3)

Syukurilah dan senyumlah...
Panjatkan Doa... 
Mohon ampunan kepadaNya...
Bertasbih serta berzikir... 
Jadikan amalan harian..

Astaghfirullah..
Subhanallaah..
Walhamdulillaah..
Walaa ilaaha ilallaah..
Wallaahuakbar..

Photo


Photo: how many like ?

Photo


'Tidaklah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.' - Al-Nahl (79)

Syukurilah dan senyumlah...
Panjatkan Doa... 
Mohon ampunan kepadaNya...
Bertasbih serta berzikir... 
Jadikan amalan harian..

Astaghfirullah..
Subhanallaah..
Walhamdulillaah..
Walaa ilaaha ilallaah..
Wallaahuakbar..




'Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya.' - Al-Nahl (10)

Syukurilah dan senyumlah...
Panjatkan Doa... 
Mohon ampunan kepadaNya...
Bertasbih serta berzikir... 
Jadikan amalan harian..

Astaghfirullah..
Subhanallaah..
Walhamdulillaah..
Walaa ilaaha ilallaah..
Wallaahuakbar..

Photo


Selamat beramal =)

Wednesday, 18 September 2013

~ Berita Baik..Berita Baik..~

Assalamualaikum

Salam Petang Rabu. Ada berita gembira untuk anda yang suka memandu laju..hehe..jangan marah..

Putrajaya: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengumumkan kadar baru minimum kompaun sistem penguatkuasaan automatik (AES) di turunkan dan ditetapkan pada RM150 berkuatkuasa serta merta. 

AES. Bersangka baik...

Kerajaan membuat AES adalah untuk kebaikan bersama. Kerajaan mahu melatih dan memupuk kesedaran dari rakyat agar memandu secara berhemah serta mematuhi undang-undang jalanraya yang sedia ada demi keselamatan dan kesejahteraan semua.  

Malang tidak berbau..Ingatlah mereka-mereka yang menyayangi dan memerlukan anda..
Nyawa tiada galang gantinya..dan tiada ternilai harganya jika dibandingkan dengan saman AES. 

Kesimpulannya..

Memandulah mengikut hadlaju yang dibenar.  Lebuhraya dan jalanraya bukan hanya kepunyaan anda seorang. Ingat..anda mahu terlewat 5 minit atau anda mahu terlewat berjam-jam. 

Jangan memandu di lorong kanan jika anda suka 'makan angin' di atas jalanraya sehingga membuatkan orang lain tidak selesa dan marah.

Pisau di tangan anda. Mentimun juga di tangan anda.. 

Photo: Putrajaya: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengumumkan kadar baru minimum kompaun sistem penguatkuasaan automatik (AES) ditetapkan pada RM150 berkuatkuasa serta merta.

Berita penuh: http://ow.ly/oYtCM

Renung-renungkan.  Selamat beramal .. =)

~ Wordless Wednesday # 12 - Monkey Orchid ~

Assalamualaikum..

Ya Allah
 Ya Kholiq (Maha Pencipa)
 Ya Baari' (Maha Perancang)
 Ya Musowwir (Maha Perekabentuk)

Photo: Monkey Orchid.. Tgk rupa dia mmg ada rupa monyet.. Dengaq cerita pokok okid ni hidup di hutan equador, Peru.. Wallahualam.
Monkey Orchid. Hidup di hutan Equador, Peru...lihat dari rupanya, memang seakan-akan monyet

yang juga Monkey Orchid 


Tuesday, 17 September 2013

~ Saat Yang Paling Hampir ~

Assalamualaikum..salam jumpa lagi =)

Photo: www.facebook.com/Wonderfulworldofnatureandart
Feel Free To Like ✔ Tag ✔ Share ✔

'Sehampir-hampir seorang hamba kepada Allah adalah tengah malam yang akhir, maka jika kamu sanggup menjadi di antara orang yang mengingati Allah pada saat itu, maka jadilah' - (Riwayat Al-Tirmizi)

Selamat beramal =)

Monday, 16 September 2013

~ Walau Masih Ada Tapi Sukar Nak Jumpa ...~

Assalamualaikum..

Selamat berehat di petang Isnin. Selamat kembali ke rumah sebab esok dah kena kerja. Benda apa tu..walau masih ada tetapi sukar nak jumpa... =)

Bunga Raya. Bunga Kebangsaan Malaysia. Boleh didapati dalam belbagai warna.. yang sudah jarang-jarang di tanam di laman rumah


Bunga Bakawali. Bunga yang dikatakan misteri juga dikatakan mempunyai banyak khasiat dan bunganya hanya kembang di tengah malam. 


Bunga Kenanga. Emaa suka bunga ni..kecik-kecik dulu emaa sepit pada tocang rambut. Emak pula letak dalam bedak sejuk yang dibuat sendiri..

Bunga Cempaka. Juga emak letak dalam bedak sejuk yang dibuat sendiri..pun pernah disusun-susun dipakai pada sanggul.


Bunga Kerak Nasi. Harum sekampung..


Bunga Susun Kelapa. 

ps/gambar semua dari encik google =)

~ Selamat Hari Malaysia ~

Assalamualaikum..


Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 50 kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada. 16 Sep 1963 adalah sebuah memori yang pastinya tidak pernah dan akan dilupakan begitu sahaja. 
'Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpah Darahku'

Photo: Selamat Hari Malaysia.


Sunday, 15 September 2013

~ Toge Boleh..Tauge Pun Boleh ~

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu dan bercuti panjang. Tiga hari cuti, mesti ramai yang ambil kesempatan untuk balik kampung atau bercuti ke destinasi pilihan..

Emaa hanya bercuti di rumah sebab cik man kerja =)
Cuti yang bukan namanya cuti sebab di rumah kerja menimbun lebih dari kerja pejabat. Lepas satu..satu menunggu. Lepas tu terpaksa memasak untuk makan tengahari/malam.. (terpaksa tu..heheh).



Mungkin ramai yang tidak gemar sayur tauge. Tapi emaa suka makan masak lemak putih tauge campur udang dan tauhu. Tauge juga sedap dibuat kerabu bersama pucuk paku dicampur perut atau kerang. Emaa tak makan perut, jadi hanya letak kerang sahaja.

Dikatakan, tauge juga mempunyai banyak khasiat. Mengikut kajian yang dijalankan tauge samaada daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mempunyai banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin yang dikatakan mampu melumpuhkan sel kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Tauge membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana banyak mengandungi serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang tauge dalam memerangi sel kanser.

Kepada anda yang tidak gemar memakan sayur tauge, selepas ini cuba-cubalah berjinak memakannya ya..kerana tauge dikatakan juga boleh membuatkan anda awet muda..=)

Tauge yang padat dengan antioksida mampu menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Perlindungan ini membuatkan tauge menjadi sayuran yang menjadikan anda kelihatan muda =)





Friday, 13 September 2013

~ Salam Jumaat # 3 ~

Assalamualaikum..salam jumpa lagi =)

Salam Jumaat yang penuh keberkatan.


'Barang siapa bersungguh-sungguh (berikhtiar) di jalan Kami, maka Kami akan tunjukkan jalan-jalanNya dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik' (QS Al-Ankabuut 69).


Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan dibumi, Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan (QS Al-An'aam 6:3)



Selamat beramal =)

Thursday, 12 September 2013

~ Di Mana Mereka Yang Berhati Mulia Itu..~

Assalamualaikum..salam jumpa lagi =)

Selamat malam..jom sambil berehat kita tengok apa yang menarik..

Aksi anggota trafik yang sempat dirakam oleh orang awam 


Berapa banyak kereta yang lalu lalang.  Berapa banyak pasang mata yang memandang..Menoleh hanya sepintas lalu..sekadar ambil tahu. Tapi dimana insan2 yang berhati mulia itu pergi..Tidak tergerakkah hati mu duhai insan, untuk berhenti menolong.

Apakah hanya sekadar memandang, betapa anggota polis trafik ini sanggup meggadai nyawa demi membantu untuk menolak kenderaan yang mengalami kerosakan di hadapan Masjid Negara pagi tadi.  Siapa boleh menjangka andai dalam waktu yang sama ada pemandu yang tidak perasan dan memandu laju ke arah beliau. Adakah hanya polis yang perlu membantu dalam perkara sebegini? 

Jika sesuatu berlaku..masing-masing hanya mampu menuding jari. Mencari siapa yang perlu dipersalahkan..:( 

Renung-renungkan...


Sunday, 8 September 2013

~ Jaga Hati Jaga Sikap ~

Assalamualaikum..dan selamat malam =)

Salam jumpa lagi buat semua yang emaa sayang. Hanya sekadar ingatan bersama juga buat diri sendiri. Semuga kita sentiasa mendidik hati jangan selalu bersikap buruk sangka..dan menjaga tutur kata serta tingkah laku jangan sampai orang lain berburuk sangka.

Photo: www.facebook.com/Wonderfulworldofnatureandart
Feel Free To Like ✔ Tag ✔ Share ✔

Selamat beramal =)


Saturday, 7 September 2013

~ Ehh..Malu-Malu Ai ~

Assalamualaikum..salam sayang salam jumpa lagi =)

Salam Sabtu dan selamat berhujung minggu semua.  Ehh..apa yang ai malu-malu tu..hahah.. ceritanya, petang semalam emaa menghadiri majlis sambutan Hari Raya anjuran Kelab KAKEP Lumut, di Hotel Orient Star Lumut, penutup tirai Syawal dah.. sedang emaa makan, tiba-tiba ada orang datang bertanya 'eh, knah backyard tu blog knah ke..saya selalu juga baca' (hah..merah rasanya muka..malu cek sekejap). Emaa hanya mampu sengih..tak tau nak cakap dah..sebab ada juga kawan yang emaa kenal baca blog emaa.

Dan masa sedang berjalan keluar saat nak balik, ada lagi sorang datang bersalam dan cakap 'knah, saya selalu ikut baca blog knah..pandai knah buat blog'. Hah..ada lagii..!!! Aduyaiii malu juga laa..

Sebenarnya, kadang-kadang bila kita dapat tahu ada orang-orang yang kita kenali membaca dan mengikuti blog kita..malu juga kan..terasa macam sudah tidak bebas hendak menulis dan juga bercerita.. Apa pun emaa ucapkan jutaan terima kasih pada kawan2 yang mengenali yang turut menyokong blog yang tak seberapa ni.

Maaf sebab emaa tidak mengambil gambar semasa majlis semalam, jadinya memang tiada gambar yang nak di tayang-tayang..


Wednesday, 4 September 2013

~ Wordless Wednesday # 11 - Cucu Mak Tok ~

Assalamualaikum..salam jumpa lagi =)

Salam rabu. Layan gambar Hannan yang dah pandai makan sendiri.. =)






Jumpa lagi!!




Tuesday, 3 September 2013

~ Masak Lemak Pucuk Ubi Tempoyak ~

Assalamualaikum..salam jumpa lagi =)

Salam selasa di penghujung Syawal. Apa khabar hari raya anda semua..masihkah anda ke rumah terbuka raya lagi? Hari ini emaa ingin kongsikan resepi Masak Lemak Pucuk Ubi Tempoyak yang gambarnya emaa tayangkan semalam. Sebagai memenuhi permintaan Sheila Salim yang meminta resepi , disini dengan senang hati emaa kongsikan bersama ya. Masak cara emaa, ringkas dan main campak-campak serta agak-agak semua bahan-bahanya =)


#
Pucuk Ubi 
2 cawan Santan 
3 sudu besar Tempoyak
Ikan bilis 
Petai (jika suka)
cili padi (nak pedas letak lebih)
kunyit hidup, garam, asam keping (sebab tempoyak emaa xmasam)

#
1. Pucuk ubi direbus dan toskan airnya (di potong kasar)
2. Cili api, kunyit hidup dan garam ditumbuk lumat.
3. Ikan bilis ditumbuk kasar.
4. Petai dipotong kecil.

#

Gaulkan kesemua bahan, masukan santan dan masak hingga mendidih..dan kuah agak pekat. 

Pekat..nampak sedap..memang sedap pun..heheh

Selamat mencuba =)


Monday, 2 September 2013

~ Penambat Selera ~

Assalamualaikum..salam jumpa lagi =)

Isnin selalunya hari yang sibuk..dari pagi sampai petang. Sibuk sampai rasa macam tidak cukup kaki tangan..sampai tak sempat nak toleh kiri kanan. Pagi mesyuarat. Petang mesyuarat..Mesyuarat makan..makan..=)

Cerita pasal makan..emaa nak kongsi pasal sambal hitam.  Rumah MIL emaa kat Pahang memang popular dengan masak sambal hitam ni. Emaa kenal sambal hitam ni pun selepas jadi sebahagian dari orang Pahang. Kalau dulu-dulu emaa balik rumah MIL, emaa cuma pandai makan je lauk ni..tapi balik berhari raya kali ini emaa berpeluang belajar memasak sambal hitam ni dari my SIL. Masih belum terlambat lagi kan..
Tapi sayang di rumah MIL tidak ditanam pokok belimbing ni.. =)

Di rumah emak di Kedah pula, dahulunya memang ada pokok belimbing buluh ni, buahnya selalu dibiar jatuh berguguran begitu sahaja. Hanya sesekali diambil untuk di buat masak lemak bersama telor itik, atau kadang-kadang di bubuh di dalam gulai (kari ikan) atau dibuat kerabu belimbing. Sekarang apabila anak-anak sudah besar dan pandai makan masakan Sambal Hitam..sayang sekali sebab pokok belimbing buluh sudah di tebang kerana pengambilan tanah oleh kerajaan..:(

Sambal Hitam..walau hitam tapi amat sedap. Sekali rasa nak lagiii..!!

#
Jom cuba..

Cili padi 
Ikan bilis (ditumbuk kasar)
Belimbing (direbus sampai hitam)
Gula & Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Emaa kisar cili bersama belimbing. Kemudian satukan dengan ikan bilis tumbuk tadi. 
Tumis. Masak dengan api yang kecil sampai kering. Emaa biar sampai ikan bilis jadi garing..Bila makan, orang kata mak mertua lalu belakang pun tak nampak..dah lalu belakang, macam mana nak nampak ye tak..=) 

Masak Lemak Cili Api  Pucuk Ubi Bersama Tempoyak

Dan balik Kedah minggu lepas emaa sempat kutip pucuk ubi di rumah kakak. Baru sempat memasak. Petik sendiri, mesti hanya petik pucuk-pucuk muda sahaja kan..terasa lembut dan lemak-lemak manis. Emaa masak bersama tempoyak, petai dan ikan bilis.  Alahai..memang menjilat jari laa.. =)

Hari ini terlebih rajin, emaa sempat memasak Sambal Bilis Cili Api Tempoyak  Bersama Petai. Emaa memang suka lauk ni. Tak payah lauk lain pun tak apa..

Ada yang tergoda tak?? 

Salam sayang buat semua =)