Saturday, 31 August 2013

~ Merdeka Minda Dan Jiwa Mu.. ~

Assalamualaikum..Salam merdeka dan salam jumpa lagi =)

Selamat menyambut Hari kebangsaan yang ke 56 tahun buat semua yang emaa sayang. MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..


Merdekakan Minda dan Jiwamu..
Semoga rakyat yang berbilang kaum bersatu padu demi keamanan negara Malaysia yang tercinta..


Emaa bangga menjadi rakyat Malaysia yang aman damai..Syukur Ya Allah...

Renung-renungkan..selamat beramal =)

Friday, 30 August 2013

~ Salam Jumaat - # 2 ~

Assalamualaikum.Salam sejahtera dan salam jumpa lagi =)

Jumaat datang lagi.Jumaat penghulu segala hari.Jumaat yang penuh keberkatan dan kelebihan.

'Sesungguhnya diantara hari kalian yang paling afdhal adalah hari Jumaat. Kerananya perbanyaklah selawat ke atas ku hari itu. Kerana sesungguhnya selawat kalian akan disampaikan padaku'.

Dianjurkan juga pada malam Jumaat atau siangnya untuk kita membaca surah Al-Khafi.

'Siapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'Atiq.' (HR Al-Darimi - 3273.Juga diriwayatkan Al-Nasai dan Al-Hakim Sahih Al-Targhib wal al-Tarhib - 736 dan Shahih Al-Jami' - 6471 )

#

'Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyaknya atau mengoleskan minyak wangi yang di rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan khutbah dengan saksama ketika imam berkhutbah, melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya'.(HR Bukhari dalam Shahihnya no. 859)

'Sesungguhnya pada hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim berdiri berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada saat itu, melainkan Dia akan mengabulkannya'

Perbanyaklah istighfar, zikir, bertasbih dan membaca Al-Quran

Salam Sayang n Selamat beramal =)

Wednesday, 28 August 2013

~ Wordless Wednesday 10 # - Dimana Mesin Jahit Lama Anda ! ~

Assalamualaikum..salam jumpa lagi =)

Salam petang rabu 21 Syawal..


Dimana agaknya mesin jahit lama anda..dah dijual pada pembeli besi buruk atau masih di dalam stor belakang rumah..=)

ps:gambar sumber google =)

Tuesday, 27 August 2013

~ Kenali Sakit Kepala ~

Assalamualaikum..salam jumpa lagi =)

Tadi emaa terjumpa Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala di fb.. Untuk kebaikan bersama, rasanya tidak salah emaa kongsikan petua tersebut disini. Jom jadikan amalan kita bersama. Semoga kita sentiasa di dalam lindungan Allah dan terhindar dari sebarang penyakit. InsyaAllah

1. Baca Surah Al-Fatihah - 1 kali
2. Baca Ayatul Kursi - 3 kali
3. Baca Surah Al-Ikhlas - 3 kali
4. Baca Surah Al-Falaq - 1 kali
5. Baca Surah An-Nas - 1 kali
6. Baca Surah Yaasin ayat 58 - 3 kali
7. Baca Selawat atas Nabi SAW - 3 kali

# sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Selamat beramal =)

share dari: Jom Dakwah Bersama Ulama

~ Bukan Merajuk...~

Assalamualaikum..salam jumpa lagi =)

Salam 20 Syawal. Diam2 dah 20 Syawal berlalu...dah lama emaa tidak menjenguk laman blog juga menziarah blog kekawan... Terima kasih banyak2 buat adik2 yang emaa sayang, kerana masih sudi bertandang dan bertanya khabar..walau emaa tiba2 menghilang =)

Sebenarnya bukan menghilang atau merajuk..Pada hari isnin minggu lepas (masa makan tengahari) emaa mendapat call dari kampung yang bapa emaa dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Jitra disebabkan tekanan darah tinggi melebihi 200..tengahari itu juga emaa ambil cuti kecemasan selama seminggu dan terus balik kampung :(

Kepada semua sahabat2 emaa yang bersusah payah menalipon ke kampung bertanya khabar, emaa ucapkan jutaan terima kasih kerana perhatian dan kasih sayang persahabatan kita. Alhamdulillah..atas doa kawan2 semua, bapa emaa kembali sihat dan tekanan darah kembali normal. Emaa juga mohon banyak2 maaf sebab balik kampung tanpa bagitau sehingga ramai kawan2 yang tercari2 sampai talipon ke pejabat dan ke kampung..=)

Salam sayang dan jumpa lagi =)

Sunday, 11 August 2013

~ Antara Ketupat Palas, Lemang, Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang dan Kari Daging ~

Assalamualaikum..salam semanis madu dan salam ceria2 selalu =)

Salam Lebaran Ke Empat di pagi minggu yang sejuk...hujan lebat kat Sitiawan pagi ni..amat sesuai untuk yang suka menarik selimut dan bergolek golek kemalasan..hehe.  Selamat bertemu kembali buat semua rakan2 blogger. Semoga anda semua berbahagia dan bergembira bersama keluarga pada Lebaran kali ini. 
Di kesempatan ini emaa ingin memohon ampun dan maaf zahir batin andai selama ini ada n3 n3 emaa yang menyentuh atau menyinggung perasaan. Terkasar bahasa juga terkurang..atau terlebih.. 


Hampir dua minggu langsung tidak berblog..juga tidak menjengah blog kekawan..Emaa bercuti awal dan menziarah anak di Kuala Rompin kerana (akak) baru sebulan berpindah kesana =).

Dan dari Kuala Rompin emaa ke Raub pada Rabu petang kerana tahun ini giliran emaa berhari raya di rumah MIL di Raub. Faham-fahamlah ya bila ramai-ramai berkumpul..memang tidak akan dan tidak ada masa pun untuk berblog ni..=) 

Emaa bergerak balik pagi semalam. Dari Raub terus ke Putrajaya beraya di rumah mak su (adik bongsu emak emaa). Dan petangnya emaa bersama mak su yang lebih mesra emaa panggil cu saja.. ke Saujana Utama pula ke rumah pak tam (adik kedua bongsu emak emaa). Seronok dan meriah kan hari raya emaa tahun ni. Perjalanan yang panjang..jenuh duduk dalam kereta. Cuma sedih sikit sebab emaa tak sempat balik ke Kedah.Esok dah kerja :(

Selalunya bila tiba giliran beraya di Raub, emaa sekeluarga tidak merasa makan ketupat palas hanya makan lemang dan nasi impit kuah Kacang MIL yang memang sedappp.Walau sedih sikit sebab tidak sempat balik beraya di Kedah, emaa rasa puas juga sebab tahun ini dapat makan ketupat palas gulai daging seperti emak emaa buat.Di pasar Kuala Rompin emaa terjumpa ada orang jual daun palas..apa lagi terus beli dan terus beli daging kerbau sekali untuk dibuat kari cicah ketupat..


Salam Aidil Fitri maaf zahir batin buat semua yang emaa sayang =)
Selamat bercuti pada yang masih bercuti..

Friday, 2 August 2013

~ Salam Jumaat ~

Assalamualaikum dan salam ceria2 selalu =)

Salam pagi Jumaat 24 Ramadhan dan salam Jumaat terakhir di penghujung Ramadhan.

Tazkirah pagi Jumaat.Renung-renungkan =)

'Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka itu adalah dosa.Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain.Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Tentu kamu merasa jijik kepadanya.Dan bertakwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang' (Al Hujurat; 12)

Selamat beramal dan salam sayang semua =)

Thursday, 1 August 2013

~ Rahsia Sepuloh Malam Terakhir ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu dan jumpa lagi =)

Salam 23 Ramadhan..semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi kukuatan untuk melaksanakan ibadah sehingga ke penghujung Ramadhan nanti. Aamiin

Apakah Lailatul Qadar?  Lailatul Qadar adalah malam yang penuh kebaikan, yang kebaikan di dalamnya tidak terdapat pada malam-malam selainnya. Maka sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan di dalamnya, bermakna ia telah terhalang untuk mendapatkan semua kebaikan, dan tidak terhalang dari mendapatkan kebaikannya, kecuali orang yang diharamkan dirinya dari kebaikan.  Oleh itu sebagai seorang muslim yang beriman, marilah kita mencari malam tersebut dan menghidupkannya dengan melakukan ibadah dan ketaatan kepada Allah secara bersungguh-sungguh..disamping berdoa semoga kita memperoleh ganjaran pahala dan keampunan dari Allah SWT. Lailatul Qadar berada di sepuloh malam terakhir Ramadhan pada tarikh-tarikh ganjil.

Lailatul Qadar merupakan Anugerah dari Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman. Itu diberikan agar mereka memperolehi dari pahala-pahala dan kebaikan yang luput darinya. Juga untuk menghapus kesalahan dan dosa-dosa dalam perjalanan hidupnya.Sesungguhnya Allah amat sayang kepada kita hamba-hambaNya yang beriman.  Adakah kita juga sayang kepada diri kita sendiri dengan mencari dan memanfaatkan malam yang mulia itu.. seperti Allah menyayangi kita?

'Barang siapa yang menunaikan solat malam di bulan Ramadhan (dengan keimanan dan mengharapkan pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.' (HR. Bukhari dan Muslim)


'Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku' (HR; al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Salam sayang dan selamat beramal =)