Wednesday, 31 July 2013

~ Wordless Wednesday #9 - Mana Milik Kita? ~

Assalamualaikum..salam jumpa lagi n ceria2 selalu =)


Salam pagi rabu, 22 Ramadhan. Muhasabah diri di penghujung Ramadhan di hari rabu yang senyap..=)



'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan 
tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):
 'Ya Allah Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka'.
 (Q.S Ali Imran: 190 - 191)

Salam sayang dan selamat beramal =)

Friday, 26 July 2013

~ Bagaimana Mencari Lailatul Qadar ~

Assalamualaikum..salam Nuzul Al-Quran n salam ceria2 selalu =)

Salam jumpa lagi buat semua sahabat-sahabat yang diRahmati Allah. Salam rindu di pagi  Jumaat  17 Ramadhan yang penuh barakah. Jumaat penghulu segala hari. Dan hari ini, sejak sekian tahun berlalu, kita bertemu pula dengan Jumaat Nuzul Al-Quran. 

Sebuah perkongsian untuk renungan bersama dari page Navy The Best =)

1.  Allah merahsiakan keredhaanNya kepada hambanya yang taat agar hambanya itu tetap terus berbakti atau taat.

2.  Allah merahsiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agar hambanya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat atau mengenal merasa jemu dan bosan.

3.  Allah merahsiakan wali-walinya atau hambanya yang soleh kepada orang ramai agat mereka tidak dipuja-puja atau disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya sebagai wali Allah. Wali Allah itu tergolong orang-orang yang mempunyai kelebihan ilmu.

4.  Allah merahsiakan UMUR seseorang hambaNya agar ia selalu bersiap sedia untuk MATI dan rajin beramal yang soleh.

5.  Allah merahsiakan tentang keutamaan SOLAT yang utama daripada solat-solat yang lain agar hambaNya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya.

6.  Allah merahsiakan tentang siapa jodoh kita agar hambanya mencari jodoh yang terbaik untuknya.

Photo: Bismillah.......

Assalamualaikum.........^^

Salam Nuzul Al - Quran.

~~ Slmt mlm dan ktmu lagi sdraku yg dirahmati Allah. Mge u all tenteram dan damai mengharungi kehidupan mlm yg indah di bln Ramadan yg barakah ini. Amin. ~~a

Baca dan renungkanlah.....

~~ 6 perkara yang dirahsiakan Allah ~~

1) Allah merahsiakan keredhaanNYA kepada hambanya yang taat agar hambanya itu tetap terus berbakti atau taat.

2) Allah merahsiakan turunnya LAILATUL QADAR di bulan Ramadhan agar hambanya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat atau mengenal atau merasa bosan.

3) Allah merahsiakan wali – walinya atau hamba hambanya yang soleh kepada orang ramai agar mereka tidak dipuja – puja atau disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya kerana wali – wali Allah itu tergolong orang riaamai dan dmempunyai kelebihan ilmu.

4) Allah merahsiakan umur seseorang hamba agar ia selalu bersiap sedia untuk MATI dan rajin beramal yang soleh

5) Allah merahsiakan tentang keutamaan solatul wusto atau SOLAT yang utama daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya (Solatul Wusto)

6) Allah merahsiakan tentang siapa JODOH kita nantinya agar hambanya mencari #jodoh yang terbaik untuknya
Selamat beramal dan selamat bercuti untuk mereka yang berada di negeri-negeri yang bercuti hari ini..dan emaa di Perak juga bercuti hari ini =)

Sunday, 21 July 2013

~ Ramadhan - The Best Time To Quit Smoking ~

Assalamualaikum..salam Ramadhan n salam ceria2 selalu =)

Salam 12 Ramadhan. Pagi minggu yang cerah dan sejuk. Alhamdulillah, dengan sifatNya yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, Allah anugerahkan kita sisa-sisa nafas untuk menyedut udara hari ini. Marilah kita sama-sama merebut peluang ini dengan mempertingkatkan ibadah kita di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini kepadaNya. Mohonlah keampunan kepada sifatNya Yang Maha Pemaaf. Tidakk siapa tahu..samaada kita masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan yang akan datang atau tidak.

Berpuasa..tidak merokok sepanjang siang. Bolehpun..kenapa tidak, cuba kurangkan merokok selepas berbuka di hari pertama, kedua dan seterusnya.Insya Allah..bila berakhirnya Ramadhan, anda sudah berhenti merokok, tidak ketagihan lagi... Usaha tangga kejayaan...=)


Pada yang merokok, lihat ni..jangan marah no...emaa sayang anda semua =)


Selamat beramal =)



Saturday, 20 July 2013

~ SubhanAllah ~

Assalamualaikum. salam jumpa lagi n ceria2 selalu =)

Salam 11 Ramadhan. Renungan hari ini. Semoga setiap ibadah kita sepanjang Ramadhan ini mendapat limpahan RahmatNya. 

SubhanAllah..pokok bercabang mengikut Kalimah Suci Allah..


Photo: YA Allah give Us death In Sajdah

Ameen Suma Ameen 

#JunaidRaza26
SubhanAllah..unta pun turut bersujud akan kebesaran Allah.

Selamat beramal..semoga Ramadhan hari ini lebih baik dari hari semalam. Salam sayang buat semua yang sudi singgah =)


Wednesday, 17 July 2013

Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum..salam 8 Ramadhan n ceria2 selalu =)

Selamat menjalani ibadah puasa. Semuga ibadah kita semua pada hari ini lebih baik dari semalam.  'Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya' - Hadis riwayat Imam Muslim.
Bercerminlah dari kesalahan orang lain, selain dari kesalahan diri kita sendiri, bercermin juga pada kesalahan diri sendiri supaya tidak terjatuh pada lubang yang sama, dan dengan bercermin dari kesalahan orang, maka akan lebih memacu kita agar kesalahan itu tidak menimpa kita. (Datuk Dr Maznah Hamid)

Salam sayang buat semua =)

Sunday, 14 July 2013

~ Alhamdulillah..Syukor Pada Allah ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu di pagi minggu =)

Hari rabu pertama puasa emaa bergerak dari kampung di Kedah balik ke Manjung.  Hanya sempat bersahur sahaja dengan mak ayah, cik man nak balik awal sebelum berbuka. Emaa simpan perasaan sedih di dalam hati, semasa peluk cium mak ayah tu..emaa simpan air mata, bertahan jangan sampai keluar..buat muka ceria.. tunjuk senyum lawa. Tapi semasa dalam kereta, bila kereta mula bergerak..masa melambai-lambai tu., bila tengok mak menangis, terasa bersalah sangat-sangat..tetapi dah namanya isteri, kenala ikut cakap en. suami..ye tak? :(

Perjalanan melalui lebuhraya utara selatan menjadi lancar sebab tidak banyak kenderaan.. mungkin hari bekerja kut..tapi biasala apabila melalui jalan Changkat Jering - Sri Manjung, banyak lori, jadi ikutlah belakang lori sampai hujung..nak memotong jalan macam ular kena palu, banyak selekohnya.  Nak dijadikan cerita, selepas Pantai Remis, lori treller di depan kereta emaa mungkin terlanggar sebatang kayu, agak2 sepanjang 1 kaki lebih sebesar lengan dewasa meluncur laju betul2 di hadapan emaa...spontan emaa menjerit dan mengelak kepala kebahu cik man..haha..dalam kereta pun boleh =).  Walau cik man cuba mengelak, tapi terkena juga pada bonet depan kereta, serta cermin tepi.  Cermin hilang dan bonet depan serta pintu bercalar nampak besi..:(

Alhamdulillah..orang kata malang tidak berbau, ajal maut menjadi rahsia Allah, emaa terselamat kerana sudah tertulis di Loh Mahfuz begitu jalannya.  Allah Maha Kaya. Maha Pengasih.Maha Pengampun. Pertama Ramadhan bersama peringatanNya buat orang-orang yang mahu memahami.

Cuba bayangkan sekiranya kayu tersebut meluncur laju menuju ke arah cermin hadapan. menembus masuk. betul2 di kepala emaa. Syukor pada Allah atas nekmat usia serta kasihsayangNya.

Salam 5 Ramadhan =)

Saturday, 13 July 2013

~Kuntuman Bunga Dari Kulit Pistachio ~

Assalamualaikum..salam hujung minggu n salam ceria2 selalu =)

Sabtu 4 Ramadhan.Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan RahmatNya. Alhamdulillah..dengan anugerahNya, kita diberi kesihatan yang baik dan berkemampuan untuk menunaikan ibadah puasa disamping ibadah2 sunat yang lain...melangkah hari ke empat hari ini..semoga kita sentiasa merebut peluang yang diberi, Insya Allah semoga ramadhan pada kali ini, ibadah kita melangkah sekurang-kurangnya satu anak tangga dari ramadhan yang sebelumnya. =)

Hujung minggu, hari berehat di rumah bersama keluarga bagi yang bekerja, apa aktiviti yang hendak dilakukan hari ini bersama anak-anak? Sedang mencari-cari idea? Jom kita lihat aktiviti menarik dari Creative Ideas ni..=)


Dengan hanya memerlukan kulit-kulit kacang Pistachio, gam tembak, CD lama dan cat semburan mengikut warna kesukaan..hasilnya kuntum-kuntuman  bunga yang menarik. Boleh buat jambangan bunga untuk menyerikan ruang tamu rumah.  Jadi rajin-rajinkanlah diri pada yang berminat =)

Terhasinya sebuah katil mewah bertaraf lima bintang untuk si meow-meow dari sebuah meja lama yang tidak diperlukan lagi. Hanya memerlukan sedikit kerajinan untuk mengecat serta menghias..:-))

Kalau selalunya, hanya membuang atau membakar kotak-kotak kayu kerana difikirkan menyemak laman, apa kata dengan hanya sedikit kerajian, terhasillah meja kayu yang menarik di ruang tamu rumah..yang asalnya murah nampak mewah bila kena gayanya!!

Selamat mencuba..

Sunday, 7 July 2013

~ Cuti-cuti Sambut Ramadhan Di Kampung :-) ~

Assalamualaikum..salam hujung minggu n ceria2 selalu =)

Selamat pagi. Apa khabar semua. Hari minggu, hari  terakhir sebelum menjelangnya  Ramadhan.  Tentunya ramai yang mengambil peluang ini untuk ke pasar membeli berbagai  keperluan barangan bagi menyambut kedatangan 1 Ramadhan pada hari rabu nanti, Insya Allah =)

Emaa akan bertolak balik kampung di Kedah pagi ni, bercuti sampai rabu sebab nak menyambut awal puasa dengan mak ayah di kampung.  Sepatutnya balik pagi semalam, tapi sebab cik man kerja jadi emaa balik pagi nie.. dan blog akan sunyi untuk dua tiga hari. Dah kata balik kampung kan..tentu tak ada masa untuk berBW atau update n3.

Dan dua tiga hari ni, tak tahu kenapa blog emaa susah nak buka dan nak jawab komen pun tak boleh. Dan bila nak berBW, ada blog yang emaa boleh masuk  juga ada blog yang tak boleh masuk, bila cuba dua tiga kali baru boleh buka..kalau tak die tulis 404 Not Found apa ntah..atau yahoo bla..bla.. :(

Sampai jumpa lagi..Salam Ramadhan semua..

Saturday, 6 July 2013

~ Katil Comel Untuk Meow Meow ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Salam sabtu.  Jom kita intai2 si meow meow ni beradu. Ini bukan emaa punya. Emaa tak pelihara kucing ye =). Bukan sebab emaa tak suka kucing, tapi emaa 'takut' ke 'geli' kucing2 nie.. emaa suka tengok kecomelan meow2 nie dari jauh je..

cantik dan kemas tempat meow2 ni beradu. gambar pinjam Creative Ideas

Friday, 5 July 2013

~ Ramadhan & Khatam Al-Quran ~

Photo: ( PETUNJUK ) STANDARISASI MEMBACA AL-QURAN - Bagaimana membaca Al Quran seorang langung berubah menjadi baik, berkah, selamat, dan dirahmati Allah serta mendapat pertolongan-Nya ?. Ini ada ilmunya, tergantung penghayatan dan keimanan Al Quran itu sebagai apa diturunkan untuk kita manusia, Sudah selayaknya kita membaca al-Qur'an mengetahui bahwa dirinya adalah yang sedang menjadi obyek sasaran dari pembicaraan al-Qur'an itu, dan dirinyalah yang mendapat ancaman. Dan kisah-kisah yang ada bukan sekedar membawakan cerita belaka, namun ia memberikan pelajaran. Maka ketika itu dia membaca al-Qur'an seperti membaca nya seorang budak, dan dirinya sedang menjadi sasaran dari tulisan tuannya. Maka hendaklah dia merenungkan al-Kitab dan mengamal kan apa yang menjadi tuntutannya. (MukhtasharMinhaj al-Qasidin, halaman 68) 

Merenungkan makna al-Qur'an pada prinsipnya adalah dengan cara mentadabburi dan memikirkannya. Seorang yang bagus bacaannya adalah apabila hatinya telah melunak dengan kalam Rabbnya, konsentrasi dalam mendengarkan dan menghadirkan segenap hati terhadap makna-makna sifat dari Dzat yang berbicara kepadanya, memperhatikan kekuasaan Nya, meninggalkan ketergantungan terhadap pengetahuan dan akalnya, melepas segala rasa keberdayaan dan kekuatan diri, mengagungkan Dzat yang berfirman kepadanya, merasa hina dengan kemampuan pemahaman nya. 

Dengan kondisi yang istiqamah dan hati yang bersih, dengan kekuatan ilmu, kesungguhan pendengaran untuk memahami firman-Nya, seakan-akan menyaksikan jawaban yang Ghaib. Juga dengan doa orang yang merendah diri, merasa banyak kekurangan dan merasa miskin, serta dengan menanti pertolongan dari Dzat yang Maha Menolong dan Maha Tahu, dan dengan memohon pertolongan kepada-Nya agar bacaannya membawa dirinya kepada pemahaman makna. Dia menghadirkan sifat dari Dzat yang berbicara , berupa janji-Nya dengan penuh kerinduan, ancaman-Nya dengan perasaan takut dan peringatan-Nya dengan kesungguhan. 

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, "Apabila membaca al-Qur'an dengan tafakkur sehingga tatkala melewati ayat yang dia (pembaca) butuh terhadap ayat itu untuk mengobati hatinya, maka hendaknya dia mengulang-ulang ayat itu meskipun seratus kali, bahkan meskipun semalam suntuk. Karena membaca satu ayat dengan tafakkur dan pemahaman, lebih baik daripada menghatamkan bacaan dengan tanpa tadabbur dan pemahaman. Dan juga lebih bermanfaat bagi hati, lebih dapat menghantarkan kepada tercapainya kesempurnaan iman serta rasa manisnya al-Qur'an.¡¨ (Miftah Dar as-Sa'adah, hal 402)

Dan orang inilah yang merupakan rasikh fil ilm atau mendalam ilmunya, semoga Allah subhanahu wataala menjadikan kita termasuk golongan orang seperti ini. Allah subhanahu wata¡¦ala berfirman, artinya, Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).¡¨ (QS. al-Ahzab: 4). (Al-Burhan, Az-Zarkasyi 2/197) 

Al-Hakim at-Tirmidzi rahimahullah berkata tentang kemuliaan al-Qur'an, "Hendaknya dibaca dengan tenang, pelan-pelan dan tartil, dan merupakan kemuliaan al-Qur'an hendaknya (dalam membaca) dengan mencurahkan ingatan dan segenap pemahaman sehingga dapat mencerna apa yang difirmankan itu. Termasuk memulia kan al-Qur'an juga hendaknya berhenti pada ayat-ayat janji (wa¡¦d) dan berharap kepada Allah subhanahu wata¡¦ala serta memohon keutamaan dari-Nya, berhenti pada ayat ancaman (wa'id) dan memohon perlindungan kepada Allah darinya." (al-Jami' liahkam al-Qur'an 1/27, dan dinisbatkan ke kitab Nawadir al-Ushul)

Assalamualaikum..salam Jumaat dan salam ceria2 selalu =)

Dipagi Jumaat yang penuh barakah dan penghulu segala hari, emaa ingin berkongsi tips serta panduan yang mudah untuk kita berjaya mengkhatam Al-Quran di bulan Ramadhan nanti dari sahabat juga rakan sekerja emaa, Satay Ummi.  Terima kasih banyak2 Pishah kerana sudi berkongsi tips ini =)

Al-Quran itu terdiri dari hampir 600 muka surat.  Kalau kita bahagikan kepada 30 hari maka hanya 20 muka surat sahaja untuk setiap hari.  20 muka surat tu tentu kita rasa susah dan banyak bukan, tetapi sekiranya kita permudahkannya dengan membahagikan untuk setiap kali kita solat fardhu, maka ia akan menjadi ringan.  Maksudnya , untuk setiap kali selesai solat fardhu, kita hanya perlu membaca Al-Quran sebanyak 4 muka surat sahaja. Insya Allah kita akan dapat mengkhatamkannya di akhir bulan Ramadhan nanti.

Paling penting beristiqamah dalam melaksanakannya.  Carilah masa dan rebutlah peluang yang ada, Insya Allah semoga dipermudah oleh Allah SWT.

Selamat beramal..semoga kita semua sempat bertemu bulan Ramadhan yang akan menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi.  

Aamiin..


Thursday, 4 July 2013

~ Penutup Sukan & Teluk Batik ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

3 Jul 13, bermula jam 2 petang semua warga pejabat emaa berkumpul di pantai Teluk Batik untuk upacara penutup Karnival Sukan DSK.  Pantai Teluk Batik agak lengang dan sunyi.  Walau ada juga pengunjung tapi tidak seramai dan semeriah hari cuti umum,  hari Sabtu dan Ahad atau musim cuti sekolah.  Sebenarnya kami bersukan di Teluk Batik selama 2 hari bermula petang semalam.  Petang semalam agak meriah dengan orang ramai dengan adanya pertandingan Bomba antara Pasukan Keselamatan Daerah Manjung.  Emaa bertuah kerana sempat menyaksikan ahli2 Bomba dari berbagai Pasukan Keselamatan beraksi..tapi sayang emaa malu nak ambil gambar..haha..Jadi tak ada gambarlah untuk pertandingan mereka semalam =)


 gerai makanan dan pakaian hanya satu dua yang buka

 dari sini boleh lihat jeti Janakuasa Teluk Rubiah
 datang bersukan..tapi ada geng bawa batang pancing..=)







boleh parking mana suka...haha..
beratur menerima hadiah..

ucapan penutup oleh co


Wednesday, 3 July 2013

~ Wordless Wednesday - # 5 ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu.. =)

Tidak dinafikan, zip seluar cepat rosak..selalu melurut ke bawah, tanpa sedar zip terbuka dengan sendiri dan..jika ada sesiapa yang terlihat..adoiiii malunya =)

Photo: Pour ne plus avoir la fermeture qui s'ouvre... d'autres idées sur Esprit Créatif
satu cara mudah..kita boleh letakan gelung cincin pada cangkuk zip dan sangkut pada butang..mudah kan?

Aktiviti bersama anak2..jom belajar buat sendiri bingkai gambar =)

Selamat mencuba..gambar kredit creative ideas.

Tuesday, 2 July 2013

~ 29 Tahun Penuh Suka Duka ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)


Salam pagi selasa semua =)

2 Julai 1984 bersamaan 3 Syawal... Tarikh ini 29 tahun lalu emaa selamat menjadi suri pada cik man. Majlis berlangsung dengan hujan sepanjang hari.  Orang kata sejuk dan murah rezeki...heheh..betul la kut, murah rezeki dengan 3 orang puteri dan kekal bahagia sampai kini..29 tahun berlalu tanpa sedar, serasa bagai baru semalam di ijab kabul..hahah..

Asam di darat, ikan di laut..di dalam periuk bergaul mesra.. :-))

Photo
semuga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..