Sunday, 26 May 2013

~ Kosong ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Photo: ~ "Little Runaway" ~ How cute in his overalls and cap ~ with his belongings all tied together with his red bandanna and slung over his little shoulder, and his Slingshot in his back pocket!  <3  ~ Goin' down those lonesome railroad tracks ( I am sure Mama and Daddy are keeping an eye on him, just like we all did when our kids "ran away!"  ~ Precious ~  :)  <3

Photography by Donna J. Taff ~

http://www.betterphoto.com/gallery/dynoGallDetail.asp?photoID=1292606&catID=109&contestCatID=&rowNumber=264&camID= ~ via pinterest
Agak2 kemana mahu membawa diri :-(

ps/gambar sumber cik google..

~Kolam Kecil ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti kepada yang bercuti panjang. Pasti seronok kan dapat balik kampung atau bercuti2 Malaysia...emaa tak cuti sebab cuti sekolah hanya untuk mereka2 yang ada anak bersekolah...Papan carta cuti tak ada nama emaa, boleh tak kalau emaa buat2 degil nak cuti juga!! haha.. Tapi emaa paling suka sebab bila anak2 dara emaa cuti semester..emaa boleh bercuti dengan senang hati..tanpa halangan =)

Cuti panjang, ada yang tengah mencari2 aktiviti untuk mengisi masa..jom kita tengok cara2 nak membuat kolam dari tayar terpakai..walau dalam ruang laman yang sempit..kita masih boleh membinanya dan membuat laman kita menjadi lebih nyaman dan menarik..



Selamat mencuba..

ps/credit to creative idea

Friday, 24 May 2013

~ Ada Lagi!!! =) ~

Assalamualaikum...salam ceria2 selalu =)

Apa khabar semua..selamat bercuti bersama keluarga tercinta ..dah lama rasanya emaa tidak menjengah tengok blog nie..dah bersawang kut.  Alkesahnya minggu lepas Hannan Piyya  balik bercuti selama 10 hari..tu yang tidak sempat nak menulis dan berBW ziarah kawan2.  Balik2 kerja terus main dengan Hannan.  Dia pula jenis tidur lambat..kita dah mengantuk..dia masih segar bugar bermain..adoiii..penat..ini baru cucu sorang..kalau dah berderat nanti tak taula pula macam mana gayanya..baru setahun 5 bulan..kita ajar sebut mak tok..disebutnya bokbok..haha.. tapi seronok tengok macam2 ragamnya..=)

Siapa pernah minum susu kerbau ni?  Masa emaa kecik2 dulu, hari2 minum susu yang terbaik dari ladang nie.  Bapa emaa ada membela kerbau dan beranak kecil, pagi2 lagi bapa dah perah susu, dan dibuat kopi susu, kadang2 dimakan dengan pulut..sedappp sampai menjilat jari!! =) 

Tapi bila diceritakan pada anak2 dara emaa..diaorang buat muka pelik macam tak percaya..huhu..

susu kerbau, terbaik dari ladang..=)


Saturday, 18 May 2013

~ Macam2 Boleh Buat ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Salam sabtu..duduk2 berehat-rehat, jom kita tengok apa yang boleh dibuat cuti2 ni..=)

kemeja lama..diubahsuai menjadi sehelai apron yang cantik..
seluar tidor panjang..diubahsuai menjadi seluar simanja =)

selipar jepun tali dah putus..jalin tali baru dan dapat selipar baru lebih cantik .. =)

tukar warna kasut anda...
bag zip..cantik kan :)
kalau yang ni kena rajin lebih..hee
tali pinggang deretan butang yang penuh warna warni..

Selamat mencuba..rajin2kan diri..=)

Friday, 17 May 2013

~ Jom Potong Kuku Ikut *Sunnah! ~

Assalamualaikum..salam ceria2 dipagi jumaat =)

Hari jumaat yang sejuk..hujan sejak subuh tadi..Alhamdulillah, hujan Rahmat...kerana sejak kebelakangan ni cuaca di Manjung amat panas membahang..pejabat pula tepi laut..lagi la bahang panas amat terasa =)

Nak potong kuku..jom kita potong kuku ikut sunnah Rasulullah SAW..


Thursday, 16 May 2013

~ Terima Kasih Cikgu!! =) ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Terima Kasih Cikgu.  Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua bekas guru2 yang pernah mengajar emaa,  semua guru2 yang pernah  mengajar anak2 dara emaa, semua rakan2 sekelas emaa yang bergelar cikgu,  semua cikgu2 sahabat2 blogger, dan semua warga pendidik tidak kira samada yang masih bertugas atau pun yang telah bersara.  Kalian tetap dihati dan cikgu selamanya =)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli penduduk) langit dan bumi, hinggalah semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia'. (Riwayat al-Tirmizi).

Terima kasih banyak2 cikgu, jasa serta budi baik kalian tetap dikenang selamanya.  Semoga cikgu2 semua sentiasa beroleh kesejahteraan dan dilimpahi Rahmat Allah.  Dan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi mengadap Ilahi.. Hanya Allah jua yang dapat membalas segala budi baik dan jasa2 cikgu2 semua =)  

Photo: ~ Happy Mother's Day ~
~<3<3<3~
sejambak bunga tanda kasih untuk cikgu2 semua =)

Wednesday, 15 May 2013

~ Wordless Wednesday - 4# ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Petang rabu - cuaca yang panas..kalaulah dapat minuman yang macam ni =)
Photo: Frozen Fruit Daiquiris (Adult Treat)
http://diygardenandcrafts.com/food..http://www.theyummylife.com/Frozen_Daiquiris
sejuk hati kalau ada yang sudi ajak minum =)
Photo: Watermelon Malibu Surf: watermelon, strawberries, coconut cream and rum..http://www.aymag.com/AY-Magazine/Recipe-List/index.php/name/Watermelon-Malibu-Surf/record/2895/



Monday, 13 May 2013

~ Rezeki di Petang Hari ~

Assalamualaikum...salam ceria2 selalu =)

Tengahari tadi emaa pergi melawat rakan pejabat yang baru bersalin anak ketiga.  Ceritanya, die bersalin waktu subuh di rumah..belum sempat ke hospital..die sendiri yang sambut baby..cuba bayangkan macam mana situasi itu. Katanya, die hanya rasa sakit sikit2 je..lepas tu masa die nak tukar baju untuk ke hospital, tiba2 air ketubannya pecah dan baby terus meluncur keluar..die sambut baby sendiri dan die pegang baby sementara suami pergi beritahu jiran sebelah dan panggil ambulance....panik..memang panik katanya =)

Dan balik ke pejabat petang tadi, ada seorang kawan belanja makan pula..sebenarnya ada yang mengidam nak makan nie..hee orang tak mengidam pun dapat makan juga..emaa tak tahu nak kata sedap ke tidak..orang2 muda mungkin suka..tapi manis sangat pada emaa..=)


tergoda tak tengok nie..=)

dan ini juga..=)

Emaa ada baca dekat fb..katanya kalau suka tayang2 makanan dalam fb itu tandanya sakit mental..dalam blog ni sakit mental juga ke..apa-apa ajela..=)

Sunday, 12 May 2013

~ Aktiviti Hari Minggu ~

Assalamualaikum...salam ceria2 selalu =)

Mencari sesuatu untuk dilakukan bersama anak2 dihari minggu ni..jika tidak ada rancangan untuk keluar bersiar-siar bersama keluarga tersayang..apa kata jom kita intai2 di belakang rumah, mencari botol2 yang tersimpan lama di dalam bag plastik yang menunggu hari untuk dibuang =)
Photo: Well this is genius! 

<3 www.icreatived.com <3
jimat dan mudah!!..


Photo: Do it yourself!!! 

I love creative designs and unusual ideas

follow us on pinterest ==> http://pinterest.com/lovedesigncreat/
tabung untuk sikecil..comel dan menarik setelah dicat warna kesukaan =)
penguins yang comel2 untuk hiasan bilik sekecil atau sebagai hadiah untuk kawan2 sikecil =)

selamat mencuba dan selamat beristirehat dihujung minggu..

Saturday, 11 May 2013

~ Grilled Cheese Rolls ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Hari sabtu..hari berehat2 di rumah. Sarapan ringkas tapi sedap!!

Friday, 10 May 2013

~ Salam Rejab 1434 ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Salam 1 Rejab 1434. Bersabda Rasulullah s.a.w. makudnya 'Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku.' Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasullullah s.a.w makudnya;
  1. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.
  2. Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari diseksa diakhirat kelak serta dari fitnah dajjal.
  4. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginy.
  5. Sesiapa yang berpuaa 8 hari maka akan dibukakan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
  6. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.
  7. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan doa-doanya yang telah lalu diamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.
  8. Sesiapa yang berpuaa lebih daripada 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.
  9. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di syurga kelak akan diberi minum air ungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salju.
  10. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
  11. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasullullah s.a.w. 

Thursday, 9 May 2013

~ Untuk Simanja ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Kadang2 tak terfikir nak buat rumah mainan untuk anak2 di rumah kan..hanya dari kotak2 yang terpakai kita boleh memenuhi impian anak2 dan mengembirakan mereka..Cuti sekolah pun tak lama lagi kan..jom kita ajak anak2 buat aktiviti ini bersama...mereka pasti gembira dengan hasilnya..=)  

/
comel dan cantik..
Photo: [DIY #46]
<

Handimania

>
Pin:http://pinterest.com/pin/7459155605590321/
siap ...kabinet dapur untuk sikecil..

Photo: cardboard kitchen for children
Shared by: Inspiration World
senyum bahagia kan..=)
Photo: >

Handimania

<
Cantik dan kemas...
Photo: >

www.handimania.com

<
wawah..pink colour...=)

Selamat mencuba...=)

Wednesday, 8 May 2013

~ Jom Makan Buah Jambu Batu ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)
Buah jambu batu memang sedap samaada dimakan begitu sahaja, dimakan bersama serbuk asam boi atau dimakan bersama sambal colek atau dibuat rojak. Ada yang tidak suka makan buah jambu batu ke?  Sebenarnya jambu batu ini mengandungi banyak khasiatnya bermula dari buah, daun hinggalah ke akarnya.  Juga menjadi salah satu ramuan dalam bidang perubatan dan kecantikan.  Emaa suka makan buah jambu batu ni. Zaman kanak2 dulu emaa hanya kenal buah jambu batu kampung yang banyak biji tu...ada juga yang isinya berwarna merah. Tapi sekarang..tak pernah jumpa dah buah jambu kampung nie....=)

Jambu batu mengandungi vitamin A, vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C, zat besi, fosforus, kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid pantotenik dan pottasium.

Antara khasiat2 jambu batu adalah menghilangkan rasa mual semasa mengandung, menurunkan paras kolesterol dalam darah, menurunkan paras gula dalam darah, mengurangkan berat badan, mengawal tekanan darah, membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat, mampu menaikkan sel darah putih dan merah, meningkatkan kadar metabolime, membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit, ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser dan immuniti.

Dan buah jambu perlu dimakan bersama kulit2nya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.  Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tanpa gula, biar asli untuk lebih khasiatnya.

Jom sama2 kita jadikan amalan harian =)

Selain buah, pucuk jambu batu dimakan sebagai ubat untuk melegakan cirit birit. Daun jambu boleh direbus sebagai air mandian untuk ibu2 yang baru bersalin untuk melancarkan perjalanan darah disamping kulit yang cantik dan bersih =)

~ Wordless Wednesday - Jika Stres ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)
Photo: Ir vėl savaitgalis. Po žaibiškai pralėkusios darbų  maratono ir bėgimo savaitės. Ir galvojimas, kaip, kur su kuo jį praleisti. O kas sakė, kad geras ir tobulas savaitgalis negali būti namie?  Mieluose, šiltuose, ramiuose namuose. Kartais taip gera izoiuoti save nuo žmonių. Atsiriboti ir pailsėti nuo dirbtinių malonių pašnekesių, leisti sau pailsėti nuo nuolatinio šypsojimosi ir mandagumo. Tiesiog pabūti vienai, nieko neveikiant, iškeisti žmones į   kvapnios arbatos puodelį, gerą kygą, pabuvimą ir pasikalbėjimą su savimi…To labai reikia..
Gero ir ramaus savaitgalio…

Milda Le

Sunday, 5 May 2013

~ Buat Sendiri di Rumah Boleh!! ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Petang2..duduk2..teringat nak makan macam2..mengalahkan orang mengidam pula..hehe..godek2 google cari resepi yang mudah dan senang nak buat..hee..jumpa yang senang dan menarik untuk dimakan petang2 atau sarapan pagi pun boleh =)

macam sedap ja kan..boleh cuba ni =)

Mini Tortilla-Crust Pizzas..comel2..senang nak makan =)

cantik dibuat hantaran pertunangan kan..=)

Selamat mencuba =)

~ Tunaikan Kewajipan Anda ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Salam pagi minggu..hari dan masa yang ditunggu2 sudah tiba..sebelum keluar rumah, sarapan n makan kenyang2 dulu..perut sudah diisi, hati senang..melangkah dengan penuh semangat..marilah mari..jom kita pergi mengundi..tunaikan kewajipan dengan bijaksana..=)

Pilihlah yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.  Menang atau kalah..itu PERCATURAN Allah SWT.  Yakini bahawa perancangan Allah terbaik untuk kita. Selamat mengundi =)

Saturday, 4 May 2013

~ Zaman Sudah Berubah ~


Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Sambil berehat2 menonton tv, jom kita lihat sejenak..apa yang sedang dibuat anak2 hari ini dibandingkan dengan anak2 zaman dahulu. Lihat pada aktiviti mereka.  Apakah kemajuan merubah segalanya!!!

~ Apa Yang Kita Nampak ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Apa yang menanrik pagi sabtu nie..cuti, berehat kat rumah..mengemas dan memasak..bukan cuti lagi tu..kerja juga kan..hanya cuti untuk ke pejabat. Setuju tak ? =)

Menu apa yang menarik hari ini..emaa teringin nak makan masak lemak cili api ayam campur nangka muda..tapi, bila fikir2..hanya nak makan berdua sahaja..macam tak berbaloi nak masak..nak kena keluar beli lauk tunjuk juga ke hari nie..hee.



Apa yang kita perasan tentang buah nangka muda ni?..tentang bentuknya yang kemetot dan tidak menarik..atau seperti ibu dan anak yang sedang berpelukan.. Maha Suci Allah yang menjadikan makhluknya..

Selamat berehat =)

Thursday, 2 May 2013

~ Muhasabah ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

'Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong takbur lagi membanggakan diri' - (Surah Lukman - ayat 18)

Photo: INGATLAH PADA INSAN YANG KEKURANGAN....

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”

(Bukhari)





Wednesday, 1 May 2013

~ DIY - Kreatif - Selamat Hari Pekerja ~ ♥

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Selamat Hari Pekerja buat semua. Sambil berehat2 di rumah jom kita selongkar almari pakaian, kalau2 masih tersimpan seluar2  lama yang belum sempat di beri  kepada cik tong atau belum sempat jadi habuan cik bakar =)

Rajin2kan diri, boleh diletakkan di dalam bilik anak2 sebagai tempat simpanan peralatan alat tulis, disamping kelihatan kemas dan teratur,  juga cantik sebagai hiasan dinding..=)

Jom jenguk di belakang rumah, kalau2 masih ada botol2 kosong yang tersimpan cantik di dalam karung plastik.  Untung2 belum terbuang, boleh juga cuba2 buat bunga ni..=)

Photo: Recycle the old plastic bottles <3

I love creative designs and unusual ideas

follow us on pinterest ==> http://pinterest.com/lovedesigncreat/
Atau..boleh juga dibuat tempat simpanan peralatan jahitan seperti butang, cangkuk dan sebagainya..=)
Penutup botol pula boleh dipelbagaikan..cantik kan..kalau dah minat, macam2 boleh jadi kan..=)

Selamat mencuba..!!!