Sunday, 31 March 2013

~ Segmen 300 bloggers ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu dipagi minggu =)

Pagi ni masa jalan-jalan berBW jumpa segmen ni kat blog Salmi.  Tengok rasa nak join juga segmen ni..jom kita join bagi sokongan pada Paly =)


Tarikh tamat: 3 April 2013 | 11:59 malam

~ Jom Belajar Buat Perangkap Nyamuk ~

Assalamualaikum..salam pagi minggu n ceria2 selalu :)

Dah sarapan belum? Kalau sudah apa kata jom kita belajar cara-cara membuat perangkap nyamuk yang mudah  bagi  menentang nyamuk adeas dan denggi.  Bahan2 yang diperlukan pun mudah dan senang  =) 

Apa yang diperlukan ialah:

200ml air

50g gula perang
1g yis (ibu roti)
1 botol plastik 2 liter

Cara-caranya:


1.  Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh.  Simpan bahagian leher.

2.  Campurkan gula perang dengan air panas.  Biar sejuk.  Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
3.  Tambah yis.  Tidak perlu untuk bergaul.  Ia akan menghasilkann karbon dioksida.
4.  Letakan bahagian corong terbalik ke dalam separuh botol tadi.
5.  Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakan di beberapa sudut rumah anda.


Dalam masa 2 minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.  Disamping membersihkan  rumah, tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam:  sekolah, taska, hospital, kedai, ladang dan lain-lain.


Kesihatan adalah segalanya!!  Jangan lupa denggi @ nyamuk boleh membunuh seseorang!

Selamat mencuba =)


ps/emaa kongsi dari page Dr Giena Hadi

~ Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang ~

Assalamualaikum..selamat pagi n salam ceria2 selalu =)

Pagi2 dah join segmen Cik Kumbang.  Tadi emaa BW blog Farah terjumpa segmen ni kat situ..terus join saja nak memeriahkan segmen Cik Kumbang nie..lagipun senang..=)



Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang

Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.


TARIKH TAMAT: 20 April 2013.





Saturday, 30 March 2013

~ Hannan Piyya Melawat Zoo Negara ~



Assalamualaikum..salam pagi sabtu n ceria2 selalu =)

Hari khamis 28 Mac 13 Hannan Piyaa serta sepupu sepapat melawat zoo bersama mama n babah sempena cuti sekolah..eheh..dah sekolah ke Hannan Piyya nie..=)

Apa yang Hannan Piyya jumpa di zoo..
Hannan nak intai2 dari sini boleh!!
eeee apa tu..tak pernah tengok pun


Hannan jumpa lembu kat sini..
penat laaaa. .nak rehat minum japp..
Hannan penat dah..



~ Demi Masa ~

Assalamualaikum..salam pagi Sabtu n ceria2 selalu =)



'Demi Masa!  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran' (Surah al-'Ashr 1 -3)

Friday, 29 March 2013

~ Hari Yang Sibuk ~



Assalamualaikum.. n salam ceria2 selalu =)

Hari yang sibuk..sibuk apa entah =) 

Pagi-pagi lagi AO sudah masuk pejabat dengan mukadimah yang panjang berjela..dengan suara yang tinggi tak payah guna speaker.  Dengan muka masam kelat macam tak pernah jumpa gula.  Tapi orang yang sepatutnya dengar tak ada, jadi terpaksalah orang yang ada ni mendengarnya..huhu, tak paham sekejap.  Boleh tak lain kali  kalau nak buat teguran pun, tolong bagi teguran tu pada orang yang berkenaan, jadi tak payah la ada sampai menyampai, takut yang disampai tidak sampai, yang menyampai tak pasal-pasal dapat habuan.

Petang keluar dengan angah pergi ke Jabatan Hasil sebab nak mati setem, adoyaiii..dari luar nampak punya la ramai orang, penuh sesak sampai kepintu..dalam hati emaa berkata2 mesti lambat ni, tak sangka pula, lepas isi borang, tampal setem, ambil nombor, terus pergi kaunter, Alhamdulillah..tidak sampai pun 10 minit emaa dekat Jabatan Hasil.  Yang ramai-ramai tu kenapa ya..

Dari Jabatan Hasil pergi bank dan Suruhanjaya Sumpah.  Memang padatla cerita petang jumaat emaa..Dan yang paling best pergi cuci mata dan cuci rm di pasaraya Tesco selepas itu.  Angah yang nak beli kasut..tapi akhirnya dua-dua dapat kasut.  Terima kasih angah =)

muka suka hati dapat kasut =)

Thursday, 28 March 2013

~ Allah Merancang Dengan Cinta ~



Assalamualaikum..salam Jumaat n ceria2 selalu =)

Alhamdulillah..lenguh2 sendi, sakit2 badan dan demam emaa semakin baik. 



Monday, 25 March 2013

~ Apa Saja ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Musim cuti sekolah = masing2 mengambil kesempatan ini untuk balik ke kampung, berjumpa kedua ibu bapa serta kaum keluarga yang dirindui disamping memenuhi undangan majlis perkahwinan.  Sambil menyelam minum air. Jumpa ibu bapa dapat, makan kenduri pun dapat =)

Tentu ramai yang sedang bercuti kan..pergi mana cuti ni?  Balik kampung ke makan angin.  Emaa tak dapat balik bercuti sebab tak ada anak yang masih bersekolah, jadi duduk pejabat baik2..bagi peluang kawan2 yang ada anak2 masih sekolah pergi bercuti. Sedih tak?


Dekat pejabat emaa, hampir separuh warga pergi bercuti, yang tinggal hanya beberapa kerat jadi penunggu pejabat.  Seperti emaa, bercuti kena ikut jadual cuti angah dengan adik.  Jadi dudukla diam2 di pejabat..nak makan terpaksa keluar jauh sikit sebab mak cik kantin pun bercuti balik kampung...


Pada anak2, adik2, sahabat2 semua, kalau dah balik kampung tu..kalau mak atau ayah nak bagi apa2 bila masa nak balik nanti, jangan menolak tak nak ambil sebab berat ke apa ke..kalau nak bagi buah nyok ke, pisang setandan ke, beras ke atau apa2 saja, sila ambil dengan senang hati dan tangan terbuka ya..jangan sebab alasan yang kita sengaja bagi tu nanti boleh melukakan hati atau mengecilkan hati kedua ibu bapa kita.  

Sebenarnya mak2 ni..kalau boleh, semua benda nak dibaginya pada anak2, mereka tak boleh terima alasan sebab bonet tu kan besar..masih muat nak letak bagai lagi.. - (itu kata mak2 kita, kata kita...=))

biar miskin harta tapi kaya hati - gambar shares fb

Sunday, 24 March 2013

~ Sabar Itu Manis ~

Assalamualaikum..salam pagi minggu n salam ceria2 selalu =)

Hari ni emaa ada 4 jemputan untuk 4 majlis yang berbeza.  Pening-pening lalat juga nak memenuhi semua undangan tu. Majlis cukur jambul dan akikah, kenduri kawin, berkhatan dan sambutan hari lahir.  Semua dah bertindih-tindih bila tibanya musim cuti sekolah =)

Jadi dengan gembiranya emaa boleh gantung periuk dan kuali hari ni.  Boleh cuti memasak dan bersilat pepagi di dapur.  Senang hati disitu..

Dan khas buat angah puteri kesayangan emaa yang manja, bergembiralah kerana kesulitan itu sudah berlalu, angah tidak perlu menangis lagi.. dan ingatlah:

`Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.  Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya'. - (Surah Al-Baqarah: 216)

Alangkah banyak jalan keluar yang datang selepas rasa putus asa
dan betapa banyak kegembiraan datang selepas kesusahan
Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dipetik ditengah-tengah pohon berduri

Ketahuilah bahawa bantuan itu ada bersama kesabaran dan jalan keluar itu selalu bergandingan dengan cubaan.


ps: emaa bangga dengan angah, jadi lebih tabah dan kuat

Wednesday, 20 March 2013

~ Bahayanya Fitnah ~


Assalamualaikum..salam petang rabu n salam ceria2 selalu =)

Sejak kebelakangan ni bermacam-macam isu, bermacam-macam cerita yang tidak enak didengar menjadi bahan bualan di pejabat.  Ada duri dalam daging.  Ada yang seperti aur dengan tebing, melepaskan pucuk masing-masing.  Ada juga yang seperti Lembu punya susu sapi yang dapat nama.  Sedih. Sedih sangat tengok keadaan macam ni.  


`Pada Hari ini, Kami tutup mulut mereka dan akan berkata kepada Kami tangan mereka dan juga akan berkata kepada Kami kaki mereka, memberikan kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan' - Surah Yassin: Ayat 65

Tuesday, 19 March 2013

~ Memanjangkan Sujud ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)

Sujud adalah amalan yang banyak pengertiannya di dalam solat. Ia melambangkan keredaan manusia sebagai makhluk Allah SWT.  Mengikut mafhum sebuah hadis, detik yang paling dekat di antara hamba dengan Tuhannya adalah semasa sujud.


Ma'adan bin Talhah meriwayatkan bahawa beliau bertemu dengan Thauban pesuruh Rasulullah SAW dan bertanya kepadanya:


'Khabarkan kepadaku sesuatu yang boleh menyebabkan Allah masukkan aku ke syurga.'  Setelah ditanya sebanyak tiga kali barulah Thauban menjawab:
Aku juga telah menanyakan soalan yang sama kepada Rasulullah SAW.

'Baginda menjawab:  Banyakkan sujud kepada Allah, tidaklah engkau bersujud satu kali kecuali Allah menaikkan kamu satu darjat dan menghapuskan satu dosa kamu denganNya'.  Ma'adan berkata bahawa beliau kemudian bertemu dengan Abu Darda' dan menanyakannya dengan soalan yang sama, beliau juga menerima jawapan yang sama seperti dari Thauban.


gambar pinjam google

Sunday, 17 March 2013

~ Mengawal Rasa Marah ~

Assalamualaikum..salam pagi ahad n salam ceria2 selalu =)

Pagi-pagi ni emaaa nak kongsi  sebuah artikel mengenai cara2 mengawal diri tatkala marah dari  majalah Midi yang selalu emaa baca....disini emaaa kongsi tip2 tersebut..

1.  Ingatlah ALLAH SWT


Ingatlah bahawa Allah SWT tidak suka kepada si pemarah. Sebagai hamba, kita tidak layak berasa marah apalagi memarahi orang tanpa sebab munasabah. Siapa kita untuk memarahi orang lain, sedangkan kita sendiri banyak kekurangannya.


2.  Sirami Rasa Marah Dengan Air Wuduk.


Peranan utama marah datangnya dari syaitan. Syaitan diciptakan daripada api dan api hanya mampu dipadamkan dengan air. Oleh itu, ambillah wuduk supaya api syaitan terpadam dari tubuh anda.


3.  Tengok Wajah Anda Di Cermin.


Alangkah buruknya wajah anda tatkala marah. Lihatlah muka yang merah, hidung yang kembang kempis dan mata yang menyala itu. Anda sangka orang berasa takut melihat keadaan anda yang begitu??? Bagaimana kalau orang berasa lucu?!!!


4.  Kuncikan Bibir Dan Diam Dahulu.


Terasa hendak marah juga, diam sejenak. Tarik nafas, lepaskan perlahan-lahan.  Anggap anda tiada tangan untuk bertindak dan tiada mulut untuk berkata apa-apa.


5.  Ubah Kedudukan Anda.


Jika ketika itu anda sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk, berbaringlah dan jika masih marah juga, beredarlah ke tempat lain. Bawa-bawa hati ke tempat yang lapang, tengok keindahan alam.


* Jika kesemuanya telah anda lakukan….tetapi masih terasa hendak marah juga……, itu tandanya anda dikawal emosi dan bukan mengawal emosi…...



gambar pinjam google..

Saturday, 16 March 2013

~ Segmen Featured Me On Bubbly? ~

Assalamualaikum..salam petang sabtu n ceria2 selalu...=)

Alhamdulillah..manjung hujan petang ni..tengahari tadi kemain panasnya..rupanya Allah nak bagi hujan petang ni =) 
Jom kita sama2 memeriahkan segmen Farah ni





Bloggies... may I catch your attention? ^_^... Segmen ni inspired by Kak Mia Liana sebab... saya gunakan coding HTML sahaja untuk uols join...macam Kak Mia buat... supaya mudah dan senang dan cepat... 



Segmen: Featured Me on Bubbly? adalah 1 segmen di mana ianya merupakan 1 lagi segmen untuk semua blogger blogwalking, follow dan berkenalan sesama kita... Bukan untuk saya sahaja...tapi untuk semua juga... Get to know each other giteww... Jujur ek? Dah join kena blogwalking ke blog peserta2 lain... Hopefully, dapatlah support dan sambutan dari uols... 



Segmen ini bermula dari 5.00 petang 16 Mac 2013 sehingga 5.00 petang 23 Mac 2013. 



Syarat2?


  1. Follow blog Farah's Bubblynotes, Add to Circle Google +Farah Waheda Wahid.
  2. Buat entri bertajuk Segmen: Featured Me on Bubbly?
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste-kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila highlight semua coding, tekan Ctrl + C serentak dan paste ke ruangan HTML anda yer? 
  4. Tinggalkan URL uols dalam kotak komen di bawah. 

  5. Pemilihan Pemenang Segmen:


    1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
    2. Pemenang akan menjadi Featured Blogger di Bubblynotes di dalam entri yang akan di-up-kan pada hari Isnin dan Jumaat setiap minggu. 

    3. Jom join? ^_^... I wanna get to know uols better... 

      ~ Segmen Sabtu By Emas Putih ~

      Assalamualaikum..salam petang sabtu n ceria2 selalu..=)

      Tadi masa emaa berBW terjumpa segmen ni kat blog Yumida.  Emaa join bagi memeriahkan segmen dari Emas Putih.  Klik banner untuk join =)
      Segmen Sabtu by Emas Putih

      ~ Adab Berjiran ~

      Assalamualaikum..salam petang sabtu n salam ceria selalu =)

      Siapa jiran kita? apa yang patut dan apa yang tidak patut kita ambil tahu pasal jiran2 kita.

      'Hak dan adap kita dengan jiran tetangga meliputi 40 buah keluarga di sekitar kediaman kita'.

      Rasullah SAW mengutamakan konsep menghormati dan berbaik-baik dengan jiran tetangga melalui sabda Baginda yang diriwayatkan oleh al-Syaikani:

      'Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya'.

      Islam menetapkan tiga jenis hak untuk dipenuhi.
      • Hak untuk orang musyrik kafir
      • Hak untuk orang muslim
      • Hak untuk orang muslim yang ada hubungan kekeluarga
      Ketiga-tiga jenis tuntutan dalam berjiran tetangga ini melibatkan hak bertetangga, hak Islam dan hak pertalian keluarga.

      Seseorang ahli masyarakat hendaklah mengambil kira beberapa perkara dalam menjalinkan hubungan kejiranan yang harmonis dengan tetangganya.  Antaranya:

      1.  Sama-sama menanggung penderitaan tetangga (bersimpati dan membantu kesusahannya).

      2.  Menghindarkan diri daripada menyakiti hati tetangganya.

      3.  Melindungi tetangga daripada kezaliman orang lain.

      4.  Memaafkan kesalahan tetangga yang tidak disengajakan atau yang disengajakan.

      Hubungan dengan teman, sahabat mahupun jiran tetangga juga ada peranan dalam perkara-perkara berikut:

      • Mengucap salam ketika bertemu
      • Menjenguk mereka ketika sakit/kematian
      • Mendoakan ketika bersin
      • Menolong ketika kesempitan
      • Memenuhi undangan apabila dijemput (selagi tidak terdapat acara maksiat)
      • Memberi bantuan dalam usaha jihad dan kebajikan
      amalkan salam semut..


      ps/sumber dari Buku Indahnya Hidup bermasyarakat - Dato' Ismail Kamus/Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

      Friday, 15 March 2013

      ~ Pekeliling Perkhidmatan Bil 2/2013 ~

      Assalamualaikum..selamat malam n salam ceria2 selalu =)

      Berita baik untuk semua penjawat awam =)  Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2013: Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia dah pun keluar.  Emaa dah tengok petang tadi tapi sayang, emaa tak berapa nak paham pun..


      Pada siapa2 yang nak tengok bolehla pi tengok pada link bawah ni =)


      http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2124%3Aservice-circulated-no-22013&catid=186%3A2013-circular&lang=ms

      Thursday, 14 March 2013

      ~ Program Mentor-Mentee Kementerian Pertahanan ~

      Assalamualaikum..selamat malam n salam ceria2 selalu =)

      Hari ni emaa menghadiri program Mentor-Mentee Kementerian Pertahanan, Bahagian Pengurusan Maklumat & Penjawat Awam , Pangkalan TLDM Lumut Bil 1/2013.  Mentor adalah Puan Zaharah Binti Ali SUB BPM

      juga 

      Sesi Dialog, Mentor Bersama Penjawat Awam, Pangkalan TLDM Lumut.  

      Emaa tak nak komen pasal program n sesi dialog tu..cuma nak cakap..ramai yang merungut perut lapar..break jam sebelas pagi, dah biasa datang opis hanya minum pagi tanpa makan  apa2..jam sebelas tu.. macam dah lambat kot...selepas pukol sepuloh pagi, ramai dah hilang tumpuan..ramai yang hilang fokus..

      pokok semarak api meriah berbunga di seberang jalan depan umah emaa..ada dua pokok sebenarnya kat depan tu..sebaris ngan pokok sakura Malaysia..dah warna-warni dah kat depan tu..=)

      ~ Sabar itu Indah ~

      Assalamualaikum..salam ceria2 selalu.=)

      Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar - (Al-Baqarah: 155)

      rama2 ni besar dan cantik..seharian duk melekap kat dinding bilik air opis..xtau kenapa..=)

      Tuesday, 12 March 2013

      ♥ 110311 ~ 110313 ♥

      Assalamualaikum..selamat malam n ceria2 selalu =)

      Happy Anniversary akak..semoga sentiasa di dalam lindungan dan Rahmat Allah S.W.T


      akak 110311

      akak 110313




      Sunday, 10 March 2013

      ~ Doa Untuk Kita Semua ~

      Assalamualaikum ..selamat pagi semua n salam ceria2 selalu =)



      Bismillahirrahmanirrahim:

      Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan dan daripada Engkaulah jua kesejahteraan,  dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan, maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan .  Maha berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau, ya Tuhan yang memiliki kehebatan dan kemuliaan.  Amiin.


      ps/ gambar pinjam google..:)

      Saturday, 9 March 2013

      ~ Cerita Petang Sabtu ~

      Assalamualaikum..salam petang sabtu n ceria2 selalu  =)

      Seharian terperap di rumah..tak keluar kemana-mana sebab kaki emaa masih belum baik sepenuhnya.  Hari ini emaa ada jemputan kenduri kawin anak kedua Yati, kawan emaa sejak zaman bujang2 dulu di hotel Orient Star Lumut..pun tak dapat nak pergi..sedih..Walau macam manapun emaa tetap iringkan doa semoga pasangan pengantin tetap kekal bahagia hingga kehujung nyawa..

      Bercakap pasal sakit kaki nie, sebenarnya kaki sebelah kiri emaa dah seminggu sakit..tercurah minyak panas waktu masak untuk makan malam semasa balik kampung sabtu minggu lepas...akibat kelalaian sendiri.. Boleh tahan juga la..habis 4 jari kaki, hanya jari last sahaja yang terselamat..sebelah bawah jari kaki pun terkena juga..dan kat betis kiri kanan pun terpercik minyak juga..masa kena..meleleh juga la air mata =) hadoii sakitnya..

      Mula2 terkena sebelah atas kaki..loncat2..terpijak pula minyak yang tumpah kat atas lantai...menjerit juga la..sebab sakit sangat..hilang segala petua orang2 tua..langsung tak ingat..hanya rendam kaki dalam besin je..pastu balut ngan tepung gandum yang pekat macam cokodok tu..bagi hilang rasa pijar minyak panas dan telan panadol..tu je..tapi tetap tak boleh tidor malam tu..

      Hari minggu balik Manjung terus..tak singgah mana2..dan hilang agenda nak jalan2 cuci mata   kat pekan Jitra.  

      Sebab angah ngan adek ada kat rumah..emaa gagahkan juga buat puding coktail nie tadi.  Dah lama juga tak buat jadi cepat la habisnya..

      Friday, 8 March 2013

      ~ Sujud Sahwi ~

      Assalamualaikum..salam petang jumaat n ceria2 selalu :)

      Petang jumaat yang mulia nie, emaa nak kongsi tentang apa itu Sujud Sahwi..iaitu sujud yang dilakukan kerana terlupa melakukan perbuatan2 yang menyalahi peraturan solat dengan tidak disengajakan.  Cara melaksanakan sujudnya sama seperti sujud yang menjadi rukun di dalam solat, iaitu dua kali dan duduk di antara dua sujud.  Waktu sujudnya ialah diakhir solat sebelum memberi salam pertama..

      Sebab2 Sujud Sahwi
      1. Tertinggal sunat ab`ad seperti terlupa tahiyyat pertama atau tertinggal doa qunut pada solat subuh. 
      2. Terlebih rakaat, rukun atau sujud disebabkan oleh lupa.
      3. Syak atau ragu2 akan bilangan rakaat yang telah dikerjakan.  Umpamanya ia ragu adakah bilangan rakaat yang telah dikerjakan tiga atau empat, maka hendaklah ia jadikan bilangan yang yakin iaitu tiga rakaat, maka ia tambah satu rakaat lagi, ia sujud sahwi sebelum memberi salam.
      4. Apabila kurang rakaat solat kerana lupa.
      Bacaan di dalam sujud sahwi ialah:

      Subhanamalla yanamu wala yass hu

      maksudnya:  'Maha suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa'

      gambar pinjam google



      ~ Terlupa Bilangan Rakaat ~

      Assalamualaikum..salam pagi jumaat n salam ceria2 selalu.. :)

      Jom sama2 kita saling ingat mengingatkan.. 

      Ada tak.. berlaku dikalangan kita semasa di dalam solat..  terlupa atau was2 akan bilangan rakaat, terutamanya ketika dalam solat 4 rakaat.  Nabi SAW telah mengajar  kita bagaimana cara mengatasi masalah tersebut di dalam hadis baginda daripada Abdulrahman bin 'Auf.
      1. Jika die tidak memiliki keyakinan samada die berada di dalam rakaat ke 3 atau ke 4 (dalam solat zohor, asar, isyak) rakaat ke 2 atau ke 3 (dalam solat maghrib) rakaat pertama atau ke 2 (dalam solat subuh) maka perlulah dia memilih rakaat yang paling sedikit.
      2. Setelah die memilih rakaat yang sedikit, maka hendaklah die meneruskan solatnya seperti biasa sehingga tasyahhud akhir.
      3. Apabila selesai tasyahhud akhir, maka hendaklah die melakukan sujud sahwi (sujud sebanyak 2 kali) sebelum memberi salam.  Sesudah melakukan sujud sahwi barulah die boleh memberi salam seperti biasa.
      4. Tiada bacaan khusus di dalam sujud sahwi..Diam atau membaca tasbih, atau membaca seperti dalam sujud biasa sudah memadai.

      gambar  pinjam google..:)
      Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya - hadis no 1656 (Jld 1.ms 190)
      Dipetik dari page Aku doakan muga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu:')

      Thursday, 7 March 2013

      ~ Word Verification ~


      Assalamualaikum..selamat pagi n salam ceria2 selalu :)

      Pagi2 yang ceria ni..emaa nak kongsi sesuatu..masih dalam mood berBW.  Banyak juga blog yang emaa sempat singgah.  Ada blog yang senang n ringan nak masuk, ada blog yang berat dan ada juga blog yang xtau macam mana nak masuk..xjumpa link, emaa pun xtau macam mana nak balas balik kunjungan n follow.  Dan yang lagi rumit..hee..ada beberapa blog tu yang emaa xdapat nak komen pape dekat n3..kesian kan..

      Kenapa harus ada blog yang letak work verification untuk ruangan komen..naik juling2 biji mata emaa nak ikut word tu..dah la emaa ni rabun..mata 4 pun tetap xboleh ikut ayat die..dan sudahnya..terpaksa keluar tanpa menegur tuan rumah..:) sory..jangan marah or kecik hati ye..sekadar pandangan..kalau untuk perkongsian..rasanya xperlu kot letak benda allah tu..

      pokok pisang derhaka...hanya berbunga tidak berbuah, jantung menunjuk kelangit..tidak seperti pokok pisang biasa yang jantungnya ke bawah.  Hanya ditanam sebagai hiasan...

      Wednesday, 6 March 2013

      ~ "Give Away (GA) Birthday Akiff ke-2 Tahun"..~


      Assalamualaikum..salam ceria2 selalu n jumpa lagi..:)

      Emaa pos lagi sekali n3 ni sebagai memenuhi syarat2 GA nie..Sebab n3 yang emaa buat td tertinggal tajuk GA..Hehe..Untuk info lanjut mengenai syarat2nya boleh la jenguk sini..Marqiscareno ok!! =)


      Selamat hari lahir Akiff yang hensem!!

      Semoga Akiff membesar menjadi anak yang soleh, yang membahagiakan kedua ibu dan ayah di dunia n akhirat.  Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki serta berbahagia selalu disamping keluarga..

      Semoga sentiasa berada dalam Rahmat dan Kasihsayang Allah S.W.T. insyaallah..

      ~ Sakura Malaysia ~


      Assalamualaikum.. Salam ceria2.. :)


      Alhamdulillah..pokok diseberang jalan depan rumah emaa..hijau merimbun sejuk n damai hati yang melihatnya..juga bertindak sebagai pelindung rumah emaa dari panas terik mentari....dan sebagai tempat parking keta kekawan n sedara mara yang bertandang ke rumah emaa n jiran sebelah.. redupnya halaman..meriah berseri dengan bunga2an pink lembut yang sentiasa berkembang..sekali pandang persis bunga2 sakura kat Jepun..=) Dan keta2 yang parking kat bawah pohon ni..sentiasa mandi bunga...


      ~ 53 Tahun ~

      Assalamualaikum..salam ceria2 selalu di pagi rabu :-)

      Alhamdulillah..semalam 5 Mac, usia emaa genap 53 tahun..Syukur kehadrat Ilahi atas kurniaNya...diberi kesempatan menghirup udara sehingga hari ini.. dengan kesihatan yang baik, pekerjaan yang baik dan persekitaran yang baik.  Semuga emaa mendapat keberkatan dari usia yang bersisa dengan segala yang baik2..hasrat untuk menunaikan ibadah umrah akan terlaksana..Impian untuk menunaikan ibadah haji masih jauh..giliran emaa tahun 2020...semuga emaa diberi kesempatan menghirup udara hingga tiba detik dan saat itu..saat mana menjadi tetamu Allah berdepan dengan Kaabah..tanda kebesaran Allah di Tanah Suci Kota Mekah.

      Allhamdulillah..Syukur kehadrat Ilhahi atas nekmat dan kurniaNya..sehingga usia ini, emaa masih dapat mengecap bahagia bergurau senda, memeluk dan bermanja bersama kedua ibu bapa yang pengasih serta penyayang..yang masih kuat dan sihat tubuh badannya.

      Allhamdulillah..Syukur kehadrat Ilhahi atas nekmat dan kurniaNya..sebuah amanah..keluarga yang bahagia disamping 3 orang  puteri yang hidup dengan penuh kasih sayang yang melimpah ruah..yang kesemuanya berjaya hingga ke menara gading..harapan emaa juga semuga mereka bertiga juga berjaya menjadi anak2 solehah yang tidak pernah lalai dalam solat dan sentiasa mendoakan emaa n cik man setelah menutup mata.. 

      Allhamdulillah..Syukur kehadrat Ilhahi atas nekmat dan kurniaNya..dapat melihat dan bermanja dengan kelahiran cucu sulong keluarga `Aina Hannan Suffiya' yang kini berusia 1tahun 3bulan..intan payong keluarga..

      Sesungguhnya terlalu banyak dan tak terbilang akan AnugerahMu Ya Allah..Syukur...Syukur Alhamdulillah..
      hadiah dari akak, angah n adik..dah bawa pergi opis :)
      Terima kasih banyak2  angah sebab tulis n3 ni pada emaa..

      ♥ BIRTHDAY EMAA


      HAPPY BIRTHDAY EMAA!
      LOVE YOU MUCH! =D



      Saturday, 2 March 2013

      ~ AL FATIHAH ~

      Assalamualaikum n selamat pagi sabtu..

      Pagi ni emaa sekeluarga balik kampung untuk menghantar tok n tok wan balik kg setelah lebih dua minggu mereka di rumah emaa.  Sebenarnya emaa dah puas pujuk2 tok ngan tok wan untuk tinggal lebih lama atau menetap terus dengan emaa disini..tapi kata tok ngan tok wan..selagi mereka sihat..biarlah mereka tinggal di rumah sendiri.

      Marilah sama2 kita sedekahkan Al Fatihah buat 2 wira negara ini..emaa share dari page abang chik| sunglasses supplier

      SEKIRANYA ANDA RASA MAHU BERTERIMA KASIH KEPADA WIRA NEGARA INI.. SHAREKAN.. DAN AJAK SEMUA RAKAN2 AGAR SEDEKAHKAN ALFATIHAH UNTUK WIRA NEGARA INI.. JASA MEREKA SGT BESAR.. JASA ANDA UNTUK SHAREKAN GAMBAR INI .. TAK BERPELUH PUN..
      - AL FATIHAH -

      AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, tengahari semalam (Jumaat). Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

      Kedua-dua jenazah dijangka tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam tadi. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

      Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

      Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

      Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

      Ketegangan di Lahad Datu berakhir dengan 14 kematian dan 3 cedera.