Monday, 25 February 2013

~ Segmen follow blog dan twitter ayuinsyirah 2013 ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu =)


Jumpa segmen ni masa BW blog ayu tadi.  Emaa join juga nak meramaikan n bagi sokongan pada segmen ayu ni..jom..tapi emaa xde twitter...xpew kan ayu :-)

~ Berbaik Sangka ~

Assalamualaikum..salam ceria2 selalu.. :-)

Balik kerja singgah bank..parking penuh..orang beratur panjang..kat luar..depan pintu bank, ada dua tiga orang lebai dengan kotak empat segi dan risalah ditangan duduk angguk2 sambil hulur risalah..orang ramai yang lalu lalang, turut angguk2 kepala, angkat tangan terus berlalu..pun ada juga yang singgah masukan not merah, hijau dan biru..ambil risalah sambil geleng2 kepala!!

Si lebai masih muda belia..budak sekolah ke dia?... atau pendatang..? atau..malas bekerja dan hanya nak cari duet dengan cara mudah dan senang bersandarkan kepada derma untuk rumah anak2 yatim atau derma tanah wakaf untuk mendirikan masjid/surau..??

Si lebai di depan pintu2 bank..membuatkan kita menjadi rimas dan serba salah..kalau tak diberi..takut dikatakan kedekut..nak diberi..takut tertipu..dan menggalakan orang meminta-minta..

Apa pun..nawaitu kena perbetul..biar tangan kanan yang menghulur jangan sampai tangan kiri dapat tahu...dan orang yang memberi itu adalah lebih baik daripada orang yang meminta-minta disisiNya..

Manjung hujan sepanjang hari..sejukkk..sangatla sesuai kalau nak pejam mata rapat2..hehe..Zzzzzzz 

Ok..apa kata layan pic ni sebelum pejam mata rapat2 =)


Saturday, 23 February 2013

~ Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com ~


Assalamualaikum..selamat malam =)

Last minit pun boleh :-)






Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.



Syarat-syaratnya :

  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com

  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.

  5. Senang dan mudah bukan?



    15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.



    tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

    ~ Love ~

    Assalamualaikum..salam ceria2 selalu .. :-)

    Petang tadi emaa bawa tok ngan tok wan pergi jalan2 tengok Lumut..sebab tok kata masa datang hari tu xpergi Lumut pun..hari ni emaa xkerja jadi bolehla tunaikan hajat tok tu..

    Walau pun hari2 pergi n balik kerja ikut Lumut, tapi emaa jarang singgah n jarang ikut jalan tepi Dataran Lumut.  Sampai2 tadi, terkejut juga tengok jalan Dataran Lumut tutup....rupanya ada expo.  Kesian tok n tok wan..terpaksa berjalan jauh sebab xboleh parking kereta tepi laut.  Tapi nampak tok n tok wan seronok sebab tiap gerai tok singgah tengok baju2 n barang2 yang dijual..

     Tak lama pun duk lepak kat Lumut sebab tiba2 je cuaca jadi mendung macam nak hujan.  Tok ajak balik singgah kedai hasil laut kat Sitiawan...nak borong sotong kering la tu..=)

    tok ngan tok wan..ambik angin laut...:)


    sampai sini khemah..tapi khemah ni masih kosong
    apa yang tok renung tu..

    apek mana tah sebelah tok tu..

    sebahagian gerai2 jualan..


    Alhamdulillah..emaa bersyukur sangat2 sebab emaa diberi peluang  untuk mengembirakan kedua ibu bapa emaa selagi ada hayat dikandung badan..percaya tak..sebelum ni, ibu emaa tak mahu berjalan kemana2 sebab sakit kaki n lutut malah bertongkat.  Sekarang..walau berjalan dengan perlahan..Alhamdulillah, tak perlu bawa tongkat lagi =)






    ~ Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik? ~

    Assalamualaikum..salam pagi sabtu n ceria2 selalu :-)


    Alhamdulillah, andainya khabar yang sampai ke telinga emaa menjadi nyata..tapi bila pikir2 macam yang lepas2..naik gaji..akan diturut serta dengan kenaikan harga barang2 keperluan harian..dan yang jadi lebih haru kalau harga petrol pun turut naik juga...

    Emaa copy ni bulat2 dari page Jawatan Kosong Kerajaan|Swasta. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

    Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus. 

    Wednesday, 20 February 2013

    ~ Buku Panduan Kursus ~

    Assalamualaikum n selamat pagi.  Salam ceria2 selalu buat semua ..:)

    Emaa belum pergi apa2 kursus lagi tahun ni..ala.. baru bulan Feb kan..masih ade 10 bulan lagi..semalam ada kawan ajak pergi kursus dekat INTURA Sg. Petani bulan Mac ni.. tapi emaa belum isi borang kursus tu lagi..nak isi pun pikir2 dulu 10 kali sebab kursus INTURA susah nak dapat n kalau dapat pun..kalau sorang2 je dapat..haru juga..nak pergi biar berkawan kan..

    Jadi nak intai2 la dulu buku program latihan awam 2013 yang telah diuploadkan ke laman web MINDEF..Intai sini..selamat berkursus ye..


    Saturday, 16 February 2013

    ~ Ketupat Palas vs Kari Ayam ~

    Assalamualaikum..salam pagi Sabtu n ceria2 selalu =)

    Cuti CNY emaa balik kg selama seminggu..tak keluar kemana2 pun..hanya duduk rumah, manja2  dengan tok n tok wan..=) Masa kat kg, emaa pujuk2 tok n tok wan jalan2 ke Manjung..dengan janji lepas 2 minggu kena hantar balik..Masuk hari ni..baru 3 hari tok ngan tok wan duduk rumah emaa. 

    Petang semalam emaa bawa tok  pergi klinik Homoparhty untuk ambil ubat sakit telinga.  Tok kata telinganya dah hampir sebulan sakit..berdenyut2 bila malam dari lepas maghrib bawa ke subuh. Masa di kampung, tok wan dah bawa tok pergi Pusat kesihatan  Tunjang, doktor hanya bagi ubat titik dalam telinga sahaja..tak baik, tok pergi pula klinik swasta dekat Jitra...pun sama, sakit telinga tok masih macam tu juga. Jadi Emaa cuba pula dengan perubatan homoparhty ni..harap2 serasi dengan tok..kesian sangat tengok tok dok mengadu sakit telinga..:(

    Balik dari klinik, emaa bawa tok jalan2 tengok Manjung, juga bawa tok singgah ke rumah anak saudara tok di Taman Melati.  Alhamdulillah..tok nampak begitu ceria.. makin sihat, selera makan pun bertambah2..harap2 tok dengan tok wan gembira tinggal di rumah emaa..Sebenarnya sudah berkali2 emaa cuba pujuk tok dengan tok wan untuk tinggal menetap dengan emaa di Manjung, tapi tok dengan tok wan menolak..sayang sangat nak tinggalkan rumah n kampung halaman... 

    Tok ni..dalam duk cakap sakit telinga tu..semangat kuat, rajin nak masak itu ini..petang semalam tok buat ketupat palas n emaa pula buat kari ayam untuk cicah dengan ketupat..pagi ni, macam hari raya la pulak..emaa sekeluarga sarapan ketupat palas vs kari ayam.

    sarapan pagi yang meriah =)..
    tok juga turut buat ..(orang kg emaa panggil pulut dakap hehe..)  pulut yang berintikan pisang ditengahnya..diikat berkembar 2 dan dikukus..sedap..lemak n manis. sejak duk manjung ni..belum jumpa lagi orang jual kueh ni =)

    Friday, 15 February 2013

    ~ Salam Jumaat ~

    Assalamualaikum..salam ceria2 selalu dipagi jumaat =)

    copy dari fb Dr Abu Anas Madani
    Alhamdulillah..semuga  bermanfaat untuk kita semua

    ~ Terbang Percuma Dengan AirAsia ~

    Assalamualaikum..salam ceria2 selalu n jumpa lagi.. buat semua =)

    hehe..ni masa emaa balik dari  Padang tempohari =)
    Sekali lagi AirAsia menawarkan tempat duduk percuma...hehe.  Yang lepas emaa baru berkira2 nak tempah, baru tanya opismate ajak pegi KK..tau2 tiket dah habis ditempah..melepas..kalau tak dapat terbang free....=)  Malam ni nak cuba nasib macam xboleh je..sebab tenet tersangatla lembabnya..huhu..melepas la lagi...

    Untuk kekawan yang nak cuba nasib AirAsia menawarkan 10,000 tempat duduk percuma, untuk tempahan ke destinasi menarik yang hanya sah, bagi penerbangan pada 1 hingga 30 April dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru sahaja. 

    Sunday, 10 February 2013

    ~ Rahsia Mee Kuning =) ~

    Assalamualaikum n ceria2 di hari cuti..hye jumpa lagi buat semua yang ramah tamah =)


    Cuti2 ni banyak pula ber bw n buka fb juga..pagi ni masa baca2 kat fb, ternampaklah cerita tentang mee kuning ni yang ditag oleh salah sorang sahabat emaa..sekadar berkongsi cerita tentang bagaimana cara pembuatan mee kuning yang kita semua dok makan hari2..pagi n petang..sama ada nak percaya atau tidak..terpulang..sendiri fikir la ye..=) emaa hanya tolong menyampaikannya sahaja buat ingatan dan renungan bersama..salam kasih sayang untuk semua =) 

    dr fb Liza Mamanurbakery
    Ohh....saya masih belum sempat menyampaikan lagi apa yang saya tahu, astagfirullahalazim!

    Assalammualaikum dan salam pagi Jumaat...
    Alhamdulillah pagi ini dapat bersarapan mee goreng yang enak, sedang tangan menyuap-yuap mee ke dalam mulut , tiba-tiba hati saya terdetik dan teringat pesanan sifu saya sewaktu menghadiri kursus membuat mee kuning 2 tahun dulu secara berbayar. Ohh....saya masih belum sempat menyampaikan lagi apa yang saya tahu, astagfirullahalazim!
    Oleh itu sebelum terlambat ingin saya kongsikan disini, dia berpesan kebanyakkan produk mee diluar yang diproses oleh orang bukan islam perlu berjaga-jaga kerana ada yang menggunakan minyak babi untuk mengelakkan ia lekit. Nak tahu caranya mudah saja. Apabila kita beli sebungkus mee kuning dikedai dan disimpan didalam peti ais semalaman, jika kita masih nampak bentuk mee kuning yang jelas dan cantik, maka maknanya ia munggunakan minyak babi. Kerana molekul-molekul dalam minyak babi ini boleh memberi tahan kepada struktur mee. Tetapi jika kita bila mee kuning yang diproses oleh bumiputra biasanya struktur mee kuning selepas keluar daripada peti ais, daripada plastik kita dah nampak 'blur' dan tidak jelas kerana molekul-molekul minyak sawit tidak boleh memberi tahan kepada bentuk mee ini. Oleh itu belilah mee kuning buatan bumiputra. Selain selamat kandungan asid borik kurang. Fungsi asid borik ini untuk menjadikan mee kuning supaya tahan lama. Jika kita simpan mee kuning berhari-hari dan ia masih elok itu tandanya kandungan asid borik adalah tinggi. Maka janganlah kita suka sangat ya,
    Sampai-sampaikan mesej ini, supaya kita terlepas soal jawab disana nanti. Saya dapat ilmu ini selepas saya perlu membayar beratus ringgit, tapi apalah salahnya jika kalian kongsi secara percuma hanya dengan menekan butang " share " . Itu pun nak berkira ke? Niatkan saja untuk kesejahteraan ummah.
    p/s Syukur saya tinggal di kawasan kampung mudah mendapat mendapat bekalan mee kuning buatan orang islam.. 



    ~ Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3 ~

    Assalamualaikum. salam ceria2 dipagi minggu n selamat bercuti =) 

     nak join ? klik sini!

    Tadi masa bw, terjumpa segmen ni kat blog ibu, terasa nak  ikut serta memeriahkan segmen ni..saling kenal2 antara blogger2 yang ramah tamah =) lagipun segmen ni mudah dan senang.. 

    Saturday, 9 February 2013

    ~ Cerita Buah Ciku ~

    Assalamualaikum..salam ceria pagi sabtu n jumpa lagi =)


    Dalam cuaca panas terik matahari jam 1.30 tengahari emaa n kekawan sampai ke Istano Baso Pagaruyong.  Turun2 dari kereta kami disapa oleh deretan penjual buah2 ciku dilaluan masuk ke istana.  Buah cikunya cantik2 n besar2 pulak tuh...memang menggoda la kiranya..

    Emaa memang xrancang nak beli pun buah ciku tu sebab esok pagi2 sesudah suboh dah kena bertolak balik..bila masanya nak makan pun..tapi si penjual buah ciku tu..punyala ikut kemana kami bergerak..follow abislah kiranya..Disebabkan kesian punya pasal, xsampai hati tengok die asyik ikut je n rimas juga..maka cek kak berdua tu pun belila..kalau beli selonggok  xpew juga..ini dibelinya sorang selonggok!!! hahah amik ko..selonggok pulak tu berbelas biji juga.

    Buah ciku memang sedap..emaa pun suka..tapi kalau nak makan pun sebji dua ja..nak2 buah tu manis sesangat..emaa tanya kenapa dua2 beli..katanya nak bagi fiza ngan muni.. ok fine..Tau apa jadi? ..masuk kereta nak balik..si fiza pun beli 2 longgok..nak bagi kita orang..hahah..kami semua gelak besar kat situ juga..pak hend geleng2 kepala =)  Sape yang nak menghabiskan buah2 ciku tu..

    Balik hotel malam tu..abis mengemas n timbang bag..lepas mandi n solat..dah tengah malam pun..emaa pun tidor..tidor2 ayam je sebab cik kak berdua tu masih kemas2 lagi..Terjaga lepas  tu, bilik masih terang tp suasana senyap n sunyi je..tengok katil  sebelah kosong..ehhh mana dieorang ni..emaa terus bangun duduk..
    dan...
    terkebil2 mata emaa tengok..
    hahahah...emaa gelak guling2 atas katil
    hahaahh sampai kuar air mata la..punya la gelaknya kan..
    nak tau apa dieorang buat??
    si g n shima sedang duduk terbungkok2..tengah makan buah ciku..=)
    emaa tengok jam..kul 2.30 pagi...hahah..gila ke apa ni...
    kononnya g ngan shima sayang kat buah ciku tu..nak bw balik xboleh sbb dah masak sangat, tuu yang dieorang cuba nak perabih..aduhaiii..kawan2ku..=)
    suasana jadi riuh rendah semula..dan ceritanya kitaorang xtidor sampai pagi sbb kul 4.30 dah subuh..kul 6pg dah nak kena g airport...

    pintu gerbang istano basa pagaruyong
    istano basa pagaruyong

    sampai hari nii..bila ingat  n kenang2 kisah tu..emaa senyum sendiri

    Friday, 8 February 2013

    ~ Yang Semakin Hilang ~

    Assalamualaikum..salam ceria2 selalu n salam pagi Jumaat  buat semua yang sudi singgah sini  =)

    Tadi masa emaa tengok pic ni yang dipos oleh seorang rakan dalam fb..perasaan jadi sebak dan hiba..betapa haiwan pun tahu akan erti dan nilai sebuah kasih dan sayang.  Walau dia hanya se ekor anjing liar jalanan..mencari sisa2 makanan buat mengalas perut meneruskan kehidupan yang bersisa..

    Kita manusia?

    Akan tetapi manusia zaman ini sudah semakin hilang dan jauh meninggalkan nilai2 murni seorang insan.. hilang perasaan hormat menghormati sesama insan..hilang perasaan kasih dan sayang..malah semakin kasar, ganas n kejam :(

    Lihatlah haiwan ini..walau hanya se ekor anjing jalanan..biarlah gambar ni bercerita akan kebenarannya..emaa bebel panjang2 pun nanti muak pulak..=)



    ~ Segmen Blogger i2 Sahabatku ~

    Assalamualaikum..salam pagi jumaat n ceria2 selalu =)

    Segmen Blogger i2 Sahabatk

    Tarikh tutup:  28 Feb 2013


    Pagi2 dah berblogwalking..=) dan tadi terjumpa segmen ni yang dianjurkan oleh Rahmad Mat. 
    Teringin pula nak ikut serta..jom kita join sama2 =)  

    Syarat-syaratnya:
    1. Buat entri bertajuk “Segmen Blogger i2 Sahabat ku”
    2. Tempek gambar di entri
    3. Linkkan ke entri ini
    4. Follow blog penganjur - tiada paksaan
    5. Letakkan link entri di ruangan komen
    Kelebihan Join Segmen ini:
    1. Masuk bloglist penganjur sepanjang 2013
    2. Trafik blog akan meningkat
    3. Follower semakin bertambah
    4. Kenalan blogger semakin ramai
    5. Perkongsian antara blogger dengan blogger

    Monday, 4 February 2013

    ~ Hari Yang Sejuk ~

    Assalamualaikum n salam ceria2 selalu.. =)

    Hari yang sejuk..pagi yang mendung n hujan lebat mencurah sepanjang petang...musim2 hujan ni  masing2 bawa keta, xramai yang nek motor.. so time balik sekarang ni ceritanya hari2 jem teruk masa nak kuar base.     Kul 5.30 baru sampai kat pintu gate.. nak kuar gate pun setengah jam kul bape pulak harus sampai umah?  Dekat kul 6 ptg jugala baru sampai umah...patut selalunya 5.30 tu emaa dah boleh sampai umah dah..hadoiii..:(

     Sejuk2 camgini perut cepat lapar..dah sampai umah lambat..lambat masuk dapur..jadi hanya masak yang simple2 sudahnya..xpew ya cik man!!!

    ikan terubuk masin pemberian opismate yang baru balik cuti dari Sarawak yang digoreng ngan bawang besar + cili padi  n air limau nipis
    ayam masak kicap + kentang
    sambal tumis cili padi ikan bilis + tempoyak

    Alhamdulillah Allah memberi rezeki emaa ngan cik man malam ni..walau simple tapi  cik man makan sampai  bertambah2..=)

    Sunday, 3 February 2013

    ~ Don't Be Sad ~

    Assalamualaikum n salam ceria2 selalu..

    Semalam emaa berjaya menghabiskan membaca buku ni..dah lama sangat dah..dah dekat empat bulan emaa usung buku ni pergi balik opis..baca time lunch..baca sikit ngantok yang lebih..macam mane nak abis.. 

    `Aku taburkan permata di dalamnya dan aku biarkan ia bersinar tanpa mentari, bercahaya tanpa rembulan.  Kedua-dua matanya adalah tarikan dan dahinya adalah pedang tajam.  Allahlah empunya bulu mata, kebagusan dan mata yang mempesona'
    - Aidh bin Abdullah al-Qarni -
    penulis - Aidh bin Abdullah al-Qarni

    Antara petikan dari buku ini. Emaa copy bulat2..=) 


    - Bersama kesusahan ada kemudahan -



    Wahai manusia, ingatlah bahawa selepas lapar ada kenyang, selepas haus ada kepuasan, selepas berjaga malam ada tidur lena, dan selepas sakit ada kesembuhan.  Tiap-tiap yang hilang pasti ditemuai, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesusahan ada kemudahan, dan selepas kegelapan akan muncul sinar terang.

    `Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasulnya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisi Nya (terhadap golongan yang munafik itu).'
                                                                                                                         - (Surah Al-Maidah:52)

    Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa sang fajar pasti datang menghalaunya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah; kepada orang yang dilanda kesusahan ingatlah bahawa bantuan akan datang secepat kelibat cahaya dan kedipan mata; kepada orang yang ditindas ketahuilah bahawa kelembutan dan dekapan hangat akan segera tiba.

    Ketika anda melihat hamparan padang pasir yang seolah-olah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan.

    Ketika anda melihat seutas tali terpilin kencang, ketahuilah bahawa tali itu akan segera putus.

    Tiap-tiap tangisan akan berkesudahan dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan gelisah akan lenyap dengan hadirnya kedamaian.

    Alhamdulillah..buku motivasi yang amat baik.  Selamat berhujung minggu.  Nak kemana kita...=)



    Saturday, 2 February 2013

    ~ IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 ~


    Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. salam ceria2 selalu kite berjumpe lagi !! (^_~)



    Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

    1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
    2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
    3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
    4) Letak link sponsor dalam entry
     5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry Intan Berlian
     6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. hihii 



    TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013

    KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 

    PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)  

    Jom join ramai2..klik link di bawah ni ye.  Hadiah2 yang sangat2 menarik!!  Teruja lihat hadiah2 yang ditawarkan..=)







    ~ Cuti2 Part 3 - Makan ~

    Assalamualaikum n selamat pagi semua. Salam ceria2 selalu di pagi sabtu..=)

    Dah berjalan sana sini..jom kita makan pulak..

    Makan tengahari..nasi padang dengan lauk yang hampir 20 jenis penuh semeja..xtau nak makan ape..yang tu sedap, yang ni juga sedap.  Makan pula kat restoran terapung..bawah kolam ikan air tawar n kat tepi bendang, rasa macam balik kg di kedah jaa.  =)  Antara menu, masak lemak jering.  Kali pertama emaa makan..memang sedap...

    Makan malam, coto padang dengan ais pisang hijau..minum jus avocado..xtau la pada orang lain..tapi tekak emaa xleh terima, semua manis2..!! coto padang xsama ngan soto disini ..=)

    Ais pisang hijau..yang hijau tu cam kue ketayap tp inti pisang.  Yang puteh tu cam bubur som2..lemak n sangat manisnya..lepas tu letak ais kiub..kali pertama jumpa ni..tengok tu..xabis pun makan n xusik pun kue tu..jd xtau cemana rasanya..

    coto padang..hanya nasi putih biasa dengan kuah sup..kuah kosong semata2..xde isi yang segala bagai macam kat sini..xde nasi impit, hanya ketupat nasi tu..


    Minum petang air daun kopi..ngan ubi kayu rebus cicah gula..

    rebusan daun kopi..boleh tahan la rasanya.. emaa beli sebungkus daun kopi tu..tp sampai sekarang xpernah rebus..mungkin juga akan jadi habuan cik tong sam xlama lagi..


    Beratur nak amik air daun kopi..sendiri bancuh..nak letak gula banyak mana..air tu diberi percuma, tp ubi kayu rebus 3 ketul singgit..

    Singgah beli ni dalam perjalanan..dimasak secara tradisi..rasanya macam kue dangai..tapi sebijik macam kue lempeng..dibalut daun pisang.  Sedap!!!