Wednesday, 30 January 2013

~ Yang Namanya Perempuan =)

Assalamualikum n ceria2 selalu.

Kalau n3 yang lepas emaa bawa jalan2 kongsi gambar2 pemandangan yang cantik2 n xjemu mata memandang, n3 kali ini pula emaa nak ajak bershooping cuci mata n cuci rm..hehee. Kalau dah berjalan2 gitu2.. xsahkan  kalau xpergi  bershooping moping ni.  Apatah lagi memang itupun hajatnya masa nak kesana tempohari..layan jela =) 

Hari Pertama sampai2 terus masuk kedai ni...Sulaman Linduang Bulan. Belum apa2 terus memborong..tak sempat masuk kedai lain pun lagi..heheh.  Dan hari terakhir sebelum balik pun masuk kedai nih sebab xpuas memborong pada hari pertama. =)




Pasar;
Langit mendung, petanda hujan nak turun..tapi semangat untuk bershooping xpernah luntur.  Di belakang jam besar ini adalah bangunan bazar yang macam Pekan Rabu, di Kedah. Pasar  Kedai Payang di Terengganu n pasar Siti Khadijah di Kelantan.  Nama die pun  pasar gak..tp xingat pasar ape :(.  Kalau nak memborong kain langsir murah2 disinilah tempatnya.  Emaa n kekawan hanya borong telekong je.  Tak terpikir pun masa tu nak beli kain buat langsir..bila balik rasa nyesal tak sudah sebab xbeli..
Semua cantik..hadooiii..
geram..rambang mata dibuatnya...=)
Sulaman Pesona Minang

melangkah masuk ke dalam kedai sulaman pesona minang, disini kalau pandai tawar menawar..memang berbaloi2..untungla..=)


Sempat posing lagi..haha..kat sini sempat beli jubah..tawar menawar gila2 punya..dan harga die dah jadi durian runtuh =) berbaloi dik!!!

 Kediaman Sulaman Hajjah Rosma
nak yang mana niii..
Tidak ketinggalan emaa n kekawan juga ke kedai Sulaman Hajah Rosma, yang menjalankan perniagaan di rumahnya.  Merupakan sebuah rumah yang dijadikan kedai di bahagian hadapan dan di bahagian belakang pula, adalah kelas jahitan sulaman untuk anak2 gadis tempatan. 

sebahagian pelajar..yuran tiga ratus lima puluh ribu sebulan!!! haha..rupiah  dik =)
dah pandai sikit..
bukan senang..baru belajar
Kediaman Yenny
Yenny  berdiri bertudung hitam..
Yenny juga menjalankan perniagaan di rumah.  Emaa n kekawan dibawa ke rumah Yenny malam pertama kami sampai..semua kedai dah tutup..so pak Hend bawa kami bersuka2 n cuci mata di kediaman Yenny. Tengok tu siap bersimpuh n bersila.  Sesi punggah memunggah kain..pakat2 rambang mata..dan yang membuat rasa lebih meriah n santai sebab Yenny siap hidangkan teh o panas n kerepek ubi..layanan mesra macam dah lama kenal =)

dah siap pilih =)
 Pasar Pagi
Panorama pagi...seawal jam 6 pagi orang ramai sudah memenuhi pasar pagi...semua hasil  sayur2an  dan ternakan (ayam, itik dan kambing hidup) daripada kg sekitar dibawa dan dijual disini. 

penjual terdiri dari kaum wanita..


Dan ade banyak kedai lagi yang emaa ngan kekawan pegi tapi xbeli n xsempat bergambar..=)

Monday, 28 January 2013

~ Indah Berseni ~

Assalamualaikum n selamat pagi buat semua yang sudi singgah sini =)

Hari ni emaa masih cuti lagi dan emaa tahu ada negeri2 yang bekerja hari ni kan..so selamat bercuti pada yang masih bercuti hari ni. pada yang bekerja, kerja rajin2 ye..hehe..Bagi emaa hujung minggu yang panjang dirumah sesorang sebab cik man pun kerja juga hari ni :(  

Belum ada agenda nak dibuat tuk hari ini. nak kemas umah..dah 2 hari kemas segala bagai..dah xtau nak kemas ape dah..bukan ade sape2 yang tukang sepahnya pun =).  Sebenarnya emaa suka sngat kemas2 ni..ubah2 susun atur sana sini..pastu tergolek penat!! hahaha..

Emaa masih dalam mood cuti..so kita layan tengok gambar2 ni..=)
dinding buluh dibahagian dalam rumah terjaga rapi dan masih kekal  seninya..

seluruh bangunan penuh ukiran. asalnya bangunan ini adalah rumah gadang. ada  12 buah bilik. 12 dapur   n satu hall yang panjang..rumah orang2 kaya zaman dahulu..macam dalam novel Hamka tu.. xsangka kan..akhirnya emaa dapat tengok sendiri rumah seperti yang diceritakan dalam novel Hamka. sayang sekali kami xsempat pergi ke kg asal penulis tersohor itu..
Ukiran timbul tu..kreatif dan berseninya mereka dizaman dulu kan..
sebagai perpustakaan barang2 kesenian

bangunan ini juga dibina tanpa menggunakan paku..dah memang dibina berbentuk senget untuk mengelak  dari  angin ribut..
biasala kan..xsah kalau xbergambar..=)
hahaha..emaa n fiza  mencuba baju pengantin tradisi minang ni..nak cuba punya pasal..terbang rm12.  Sewa rm12 tu termasuk pakej dipakaikan n disiapkan..3 orang menyiapkan seorang..berpeluh2 jugala. rimas pun ade.. Rupa2nya Ya Allah  beratnya hiasan atas kepala tu..dah la baju tu berlapis2 dengan segala eksesori yang berat2 
pelamin tradisi minang..warna warni..meriah gitu..
hehe..inilah keseluruhan bangunan tersebut..Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang
ps/ minggu exam buat angah ngan adek..good luck dear =)


Sunday, 27 January 2013

~ Rumah Tradisi ~

Assalamualaikum..n selamat berhujung minggu =)

Mood cuti..:) jadi jom tengok gambar rumah tradisi yang sempat emaa singgah masa kunjungan ke Bukit Tinggi tempohari..katanya rumah ni dah berusia 400 tahun dan waris pemiliknya tinggal disebelah rumah ni..
cantik terpelihara..dipintu masuk diletakan tabung..terpulang berapa nak menderma.  Juga diletakan buku daftar pengunjung.  
ada sembilan bilik semuanya..dinding yang berlubang itu adalah pintu bilik..muat2 badan melangkah kedalam..tiang bulat tu masih kukuh..hanya lantai yang macam goyang2 sikit dan yang istimewanya rumah ini dibina tanpa menggunakan paku..
mak2 dara tersenyum suka dimuka tingkap..=) bahagian bawah rumah  katanya dulu tempat binatang ternakan
dah xingat apa nama kg ni..xfokus bila pak hend bercerita =)
antara hiasan yang tersimpan cantik

Friday, 25 January 2013

~ Yang Sedap Dimakan ~

Assalamualaikum..n salam ceria selalu =)

 Cuba teka..ni ikan laut or ikan sungai?..Hehe..salah! ni ikan tasik!!.  mula emaa ingatkan ini ikan laut..=) baru pertama kali jumpa ni..kata pak Hend ikan kering ni sedap..rugi kalau xbeli..dan apa lagi kawan2 emaa pun borongla ikan ni konon2 sedap takut rugi..hahaha..tapi emaa xbeli pun sebab emaa sekeluarga tak makan ikan sungai..rugi dah disitu :( 



besar sikit dari ikan bilis..
nak yang tuuu !!! =)

~ Betulke Bertuah? ~

Assalamualaikum =)

Balik kerja tengahari tadi emaa singgah bank untuk bank in duet pada angah n nak bayar segala bil bagai..selesai urusan, emaa singgah belakang billion konon2 nak tengok jubah le..mungkin sebab jalan sesorang emaa dihampiri oleh 3 remaja lelaki menghulur kertas kupon suruh emaa pergi amik hadiah percuma dekat kedai mereka yang katanya promosi sempena pembukaan. Melihat tiada respon dari emaa datang pula sorang remaja pompuan ni hulur kupon sambil cakap minta kerjasama..kerjasama apa..macam paksa adala..

Sebab dah ramai2 berdiri depan emaa macam patung gitu, xsampai hati emaa pun ikut masuk kedai.  Hehe..xpasal2 kan..isi nama belakang kupon n dia pun  bagi hadiah percuma tu sebiji cawan jernih gambar buah anggur, kalau jatuh gerenti terus pecah punya..ayat jahat tu!!

Ingat habis disitu, rupanya tidak..budak pompuan tu bagi pula kupon sambil cakap, patut bagi satu je kupon ni, tapi kat cikgu saya bagi dua...Cikgu?? Hahaha..

Emaa: akak bukan cikgula..suri rumah je

Minah  : akak bukan cikgu ke..nampak macam cikgu je..eh xpercayalah..akak cikgu kan..ke akak kerja kan..kerja apa??

Emaa: (dalam hati ..ni nak perangkap cikgu ngan orang keja ke..alahai dek ooiii..)

Minah  : akak, dalam kupon ni ade tulis thank you. ada tulis rm100. rm200 dan rm300. akak boleh beli barang kat kedai ni dengan nilai tersebut..kalau dapat thank you nasib akaklee...

Emaa pun tengok keliling dalam kedai..mak aaiii barang semua harga ribu2..paling koman pun rm1500. Minah tu kata barang2 tu de jaminan 5 tahun.  Ini bukan cabutan bertuah namanya..huhu.....emaa pun buka sampul kupon tuu..
dan jeng2..buka yang pertama
>
>
>
thank you
(haha2..semua gelak sakan!!!)
buka yang kedua
>
>
>
rm1000
(hah..terbeliak biji mata semua orang)

Apalagi..siminah kepoh tu pon konon2nye xpercaya terus telepon bos die tanya pasal kupon rm1000 tu..sebab die kata setau die kupon xlebih dari rm300 nilai die...(heheh pandai berlakon korang upanye ye!!)
bos die terus minta nak cakap sendiri ngan emaa n tanya macam2..kenal ke ngan budak tu..sedara ke..dan macam2 lagi..dah jadi macam orang salah disitu...!!

Bos die cakap emaa orang kedua dapat rm1000 tu..dalam promosi dieorang diseluroh Malaysia ni cuma ada 10 keping je yang nilainya rm1000 tu..memang rahsia nilai tu katanya lagi..boleh percaya ke  ni??

Dan yang ni lagi best..bos tu boleh buat tawaran..emaa tebus rm1000 tu ari ni..pilih apa barang yang emaa suka..n dapat lagi hadiah percuma bernilai rm3,500. Wauuuu!! Dan ada 4 syaratnya pula tu..

> barang hadiah xboleh dijual
> tolong buat promosi ke kawan2
>kena tangkap gambar sambil senyum pegang barang
> cerita dapat hadiah masuk majalah harmoni

hahaha

Tak tau apa barang yang dipilih pun lagi..siminah tu dah buat kira2..baki harga barang yang tinggal selepas ditolak seribu darab ngan 36 bulan..pastu tunjuk kat emaa..katanya xperlu bayar tunai dan mulai buat bayaran selepas 3 bulan..

Apaaa??

Emaa bangun..letak cawan percuma atas meja..letak kupon rm1000 atas meja..dan emaa cakap emaa sedekahkan cawan serta duet seribu tu kat minah tu.  Emaa keluar kedai ngan muka xpuas hati..nak marah pun kesian..hampir sejam masa terbuang gitu saja..heheh..kejam tak emaa??

Mood nak tengok jubah terus hilang..xjadi jalan2 terus balik rumah..:(

Thursday, 24 January 2013

~ Sayang ~

Assalamualaikum..n selamat pagi semua..=) 

 Pepagi ni rasa nak bercerita pasal emaa pula.. boleh la kan..=) Buat semua yang sudi singgah sini..mai duk dekat2..dengar emaa nak cerita  ceriti..begitu begini..:)
yang dukung hannan piyaa tu akak. yang tengah tu adek dan tentula yang sebelah tu angah kan!!!
Alkesahnya...emaa ni ibu kepada tiga orang budak kat dalam pic atas tula..Allah bagi rezeki, tiga tiga pompuan..syukur Alhamdulillah. emaa adalah panggilan anak2..akak n angah yang panggil camtu. adek pula panggil maa..jadi yang benarnya..emaa bukan nama ye..dan dorang bertiga ni kawan karib emaa juga..boleh cerita dan sembang2 sampai jauh2 malam. boleh kongsi apa saja..walaupun hal peribadi..
ni hannan piyaa dah setahun sebulan..ngan mama n babah. .yang kenal masa sama2 belajar kat  um 
adek ngan angah. angah dalam tahun akhir  kat mmu
ni masa adek convo dip hari tu..la ni adek sambung deg kat  mmu
adek ngan cik man
 Syukur Alhamdulillah..walau cik man hanya pesara tentera dan emaa hanya pekerja biasa..ketiga2 mereka berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke university. Lepas ni bila angah n adek abis study..emaa dah boleh bersara awal dan boleh manja2 duet untuk diri sendiri.  hahaha..kejam x ayat tu..Doa emaa semoga mereka menjadi anak2 yang solehah di dunia dan akhirat..ameen..

Dan di ruang ini..boleh juga panggil emaa buat yang sebaya anak2 emaa n boleh panggil knah bagi yang suka =)

Wednesday, 23 January 2013

~ Dari Mata Hati Episod 2 ~

Assalamualaikum. Salam Maulidul Rasul n selamat bercuti =)

Jom kita sambung tengok keindahan alam anugerah Allah Yang Maha Pencipta buat hamba2Nya yang mahu bersyukur akan NekmatNya..

Sungai antara dua bukit..
cantik sangat kan..=)

masa melalui kawasan ini..emaa terasa macam balik kg emaa di Kedah..bezanya bendang mereka disini petaknya kecik2  dan masih menggunakan kerbau untuk membajak sawah..=)
kebun  sayur  ditepi2 jalan..
bukan banjir ye..tapi petak2 bendang yang baru dibajak sedia untuk ditanam padi..