Sunday, 29 December 2013

~ DIY - Surat Khabar Lama... 'Paper Lama'.. =) ~

Assalamualaikum

Salam hujung minggu dan selamat bercuti.  

Masih dalam 'mood' cuti dan baru balik dari kampung di Kedah. Lama tidak menjenguk rumah sahabat maya sebab sebuk dengan sembang menyembang dengan kaum kerabat.. serta jalan-jalan cari makan di rumah saudara mara. 

Hanya sempat empat hari di kampung..rasa bersalah juga dekat tok dan tok wan sebab tidak boleh berlama-lama menemani mereka..

Sudah lama mencari macam mana caranya hendak membuat kraf dengan kertas surat khabar..

Jom kita tengok sama-sama =)

Useful DIY's photo.

Useful DIY's photo.

Useful DIY's photo.

Useful DIY's photo.






Terlerai sudah..!! Terima kasih en. google =)

Selamat mencuba..

Friday, 27 December 2013

~ Salam Jumaat - Jumaat Terakhir 2013 ~

Assalamualaikum

Salam Jumaat..jumaat terakhir untuk tahun 2013

Alhamdulillah..
Semuga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.. Aamiin

Friday, 20 December 2013

~ Kasih Sahabat - Bersahabat, Berkasih.. Kerana Allah ~

Assalamualaikum..

Salam kasih.. salam jumaat ..

Diriwayatkan bahawa:

Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia..

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

'Yaa Rabb.. kami tidak melihat sahabat2 kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami..'

Maka Allah berfirman:

'Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat2mu yang dihatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah' (HR Ibnul Mubarak dalam kitab A-Zuhd)

Al-Hasan Al-Basri berkata: 

'Perbanyakanlah sahabat2 mukminmu kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat nanti'

'Jika kalian tidak menemukanku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

'Wahai Rabb kami..
HambaMu sifulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.. Maka masukkanlah dia bersama nanti di syurgaMu'

Oleh itu wahai sahabat2 sekelian

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga..jalan2 menuju kearah kebaikan..

Sahabat2ku sekalian..

Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah.. agar aku dapat besertamu kelak di syurga Allah

Ya Allah

'Aku memohon kepada MU kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk dan patuh serta taat kepada syariatMu.. kekalkanlah persaudaraan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak.. AAmiin..'


Photo: When you and your past meet along the road, it doesn’t mean you’re destined for each other. Sometimes it’s just a test of how you’ve move on.”

####SEASON 2####
Sahabat2ku

Jangan lupa bertanya tentangku nanti..jika aku tiada di syurga nanti..

Wednesday, 11 December 2013

~Wordless Wednesday #20 - Home Idea - Naik Tangga Turun Tangga =) ~



Assalamualaikum..

Salam jumpa lagi..


Tersusun....
Sejuk..sedap mata memandang... =)
Photo: Decoration under the stairs.
Beristirehat sambil membaca..




Kemas... =)
Pelbagai guna...






Yang mana pilihan anda... =)

Saturday, 30 November 2013

~ Kreatif - DIY - Kasut Si Comel ~

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu dan selamat bercuti.. 

Cuti panjang..banyak waktu senggang.. kalau tidak ada idea untuk mengisi waktu yang terluang, apa kata anda mencuba untuk mengait sendiri kasut si comel anda.. pasti anda suka dan si comel juga suka.. =)

pasti berseri2 kaki si comel anda..
 

Selamat mencuba.. pasti berbaloi-baloi.. =)

Wednesday, 27 November 2013

~ Wordless Wednesday #21 - Bersenam Bersama Kelab KAKEP Lumut ~

Assalamualaikum..

Salam rabu salam semut..
 Bersenam selalu jangan semput
Sihat cergas jiwa dan minda..

Aktiviti kelab pada petang rabu di awal bulan Nov di Dataran Teluk Batik, Lumut.  Rabu sudah melangkah ke minggu terakhir bulan Nov... entry masih duduk terperuk di dalam kotak draf, kesian bukan. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni penyakit malas datang bertandang.. 

Semangat2... hehe.. 
 
Tandatangan kehadiran.. penting.. kita tidak ponteng kerja tau.. =)






 


Friday, 22 November 2013

~ Renungan Pagi Jumaat ~



Assalamualaikum..

Salam jumaat.  Salam kasih..
'Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.  Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat' - Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakiman 

Ya Allah, bersihkan hati kami dari kemunafikan dan amal perbuatan kami dari riya' dan lisan kami dari dusta serta pandangan mata kami dari khianat.  Sesungguhnya Engkau Maha Tahu khianat pandangan mata dan apa yang disembunyikan hati.. Aamiin.

Selamat beramal.. =)


Thursday, 21 November 2013

~ Program Masak Bubur Asyura di Masjid An-Nur Pangkalan TLDM ~

Assalamualaikum...

Semalam, Rabu 20hb Nov 2013 - Bertempat di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut, Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) Cawangan Lumut telah mengadakan aktiviti memasak Bubur Asyura secara bergotong royong.  Acara bermula seawal jam 7.30 pagi.  Sebanyak empat kawah telah dimasak bagi menampung keperluan untuk diagih-agihkan kepada semua ahli kelab yang berjumlah lebih tiga ratus lima puluh orang.. 

Ini adalah aktiviti tahunan kelab. Setiap tahun kelab akan menganjurkan aktiviti mengacau bubur asyura ini.. Semangat kerjasama dari semua peringkat.. Selain untuk mengeratkan silatulrahim sesama ahli.. juga menggamit nostalgia kampung halaman.. =)


Apa-apa hal.. kita sarapan nasi lemak dulu.. baru bertenaga nak mengacau bubur =)
Persiapan awal.. tengok tu...tuan tanah duduk menyembang..=)
Deretan kawah... kebersihan tetap diutamakan..
Bermula kawah pertama..
Kawah kedua..
Kawah ketiga...
Hampir masak...
Bergilir mengacau...
Hebatnya dia....
Tak lenguh ke bang..
Berbagai gaya.. =)
 Siap.. bubur asyura utara.. =)

Selamat beramal =)

Wednesday, 13 November 2013

~ Wordless Wednesday #19 - DIY Idea Kreatif - Sarung Kusyen ~

Assalamualaikum..

Salam sejahtera dan salam rabu

Jom mencari kelainan pada sarung kusyen anda.  Hasil tangan sendiri lebih bermakna menghiasi ruang rehat anda.. =)

cantik dengan aneka corak bunga-bungaan butang yang comel ..
ringkas dan mudah.. pun cantik =)

hanya dari sehelai baju 'T'..

Selamat mencuba =)