Friday, 30 November 2012

~ Memori ~


persiapan audit pusmas
bertungkus lumus..ahahakk..
punyalaa tekun..takut kena kerja sabtu & ahad..hehee
xcukup atas meja..atas lantai pun bertimbun2..




tapi..mood semua ceria..

Sebuah keluarga yang hanya akan tinggal kenangan...sebab mereka berdua akan bertukar  keluar ..sorang 3 dis n sorang lagi 17 dis...Selamat bertugas di tempat baru...

patah tumbuh hilang berganti
kekal persahabatan jangan terhenti..

sahabat baru tempat baru suasana baru
semoga akal budi tingkah laku tetap begitu...

Saturday, 24 November 2012

~Majlis Berkhatan Beramai2 pada 21 Nov 12~

Petang selasa 20 Nov 12 bermulanya hari menyebokan diri bagi semua Ajk Biro Agama Kakep Lumut membuat belbagai persiapan majlis berkhatan beramai2 Pangkalan TLDM Lumut.  Seramai 64 orang kanak2 yang terpaksa rela untuk disunatkan sempena musim cuti persekolahan kali ini...siapla korang...hihik..:)

membuat bunga telur..sebanyak 5 pahar bunga telur berjaya disiapkan..putih, kuning n biru.
persiapan untuk bunga rampai

Begitu tekun memotong daun pandan untuk dibuat  bunga rampai..yang akhirnya bungkusan bunga rampai dibuang oleh kanak2  bersepah2 dibawah kerusi...tak menghargai langsung kan....sabo jela...heheh..
siap dah..:)
sesi bergambo...:) xsah kalau xbergambo..:")

Friday, 16 November 2012

~ Kenangan Mengusik Jiwa ~

Petang ni duk sorang2 kat umah xtau nak buat apa, belek2 n godek2 google..emaa terjumpa gambar2 lama masa zaman kanak2 emaa dulu2..heee..

main tuju pot

Emaa selalu main permainan ni..tapi dah xingat macam mana nak main..:)  
Kasut ini emaa pakai masa sek menengah..:)

Dulu2 nila kasut paling glamor..kalau sesiapa yang dapat pakai kasut ni dah di kira mewah dah..Bata atau Badminton Master (sama bentuk..cuma tapak BM warna hijau)..harga masa tu kalau xsilap emaa 5.90 sepasang..dah mahal dah tu..emaa naik form 1 baru dapat pakai kasut ni..masa sek rendah hanya dapat kasut fung keong je..yang harganya sekitar 3.50 kalau xsalah emaa..dan masa tu juga ada kasut sarung dari plastik (kami sebut kasut getah) ..xpayah susah2 nak kapur..cuma basuh n keringkan je..kalau basah kena hujan pun xpe..:)  
wayang pacak..:)

Wayang pacak ni terkenal di kampung2 awal 70an dulu, kalau kat kampung emaa, selalunya paling top citer hindustan.. nak masuk kalau xsilap emaa tiketnya 20sen kanak2 n 50sen dewasa..wayang pacak ni kan  selalunya dibuat di atas padang dan  kawasan keliling di pagar  dengan kain kanvas, skrin dipacak tengah2 padang.  Dua2 belah boleh tengok.  Tapi kalau wayang pacak jabatan penerangan..hanya open air..xde pagar2..dan percuma.  Filem pula selain dari penerangan tentang tanaman padi, racun serangga pihak JP juga akan menayangkan citer omputeh..selalunya citer koboi la...masa kecik2 dulu..walaupun xsuka dengan wayang pacak jabatan penerangan, emaa tetap ikut emak pergi tengok sebab seronok nak membeli makanan yang dijual disitu..suasana macam pesta jugala..dan emaa memang punya cerita baik punya tentang wayang pacak jabatan penerangan ni..masa tu emaa dalam darjah 1 or darjah 2 macam tulah..emaa hilang..(sebenar emaa balik awal) membuatkan emak serta jiran2 tercari-cari.
pelita minyak tanah
Pelita inilah peneman malam2 emaa zaman kecik2 dulu..kalau nak kemana2..usungle pelita ni..Kampung emaa hanya menerima bekalan eletrik pada tahun 1986 kalau xsilap emaa..sekitar awal 70an kebanyakan keluarga menggunakan generator atau bateri lori untuk menghidupkan lampu n tv. Rumah emaa hanya menggunakan bateri yang dicas seminggu sekali.  Bapa benarkan tengok tv hanya malam sabtu untuk tonton cerita melayu.  Malam2 lain hanya tengok berita sahaja..:) Lampu pula hanya didua tempat. 1 ditengah rumah n 1 lagi di dapur..:)

p/s: semua  gambar dari sumber google..

Saturday, 10 November 2012

~ Tak tau Kenapa ~

gambar dari sumber google..

Pagi Selasa lepas lebih kurang jam 11 pagi, emaa pergi bank untuk bank in duit sebagai bayaran coco collegen yang emaa beli..lepas tu terus balik pejabat.  Petangnya masa duk sembang2 pasal duit..tiba2 emaa teringat sesuatu..kad maybank emaa...mana? emaa panik..dahla baru gaji..aduiii.  Puas cari..dalam kereta..dalam handbag..tapi xjumpa juga..ni mesti tertinggal kat mesin atm pg tadi, dalam hati emaa berkata2.  Mujur cc emaa call bank, buat semakan akaun n terus block je kad tu..   dan Rabu tengahari emaa pun buat kad baru dan terbang rm12.00. huhu..

Semalam, emaa keluar awal dari pejabat, lebih kurang jam 4 petang..lepas singgah cimb masukkan duit untuk angah n adek emaa terus balik rumah...lebih kurang jam 7 en babah pun balik.  Biasanya die hanya tolak pintu pagar dan terus masuk..tapi kali ini die goyang2 pagar..jerit2 panggil emaa..(dalam hati emaa, dah kenapa org tua ni..masuk jela,..) hee..dengan malasnye emaa keluar tengok..ya allah..pintu pagar berkunci..bila pula masanya emaa kunci pintu pagar..en babah tanya..dah kenapa ni, sampai u kunci pagar..emaa hanya mampu gelak..apa nak jawab..?

Kalau selalu..emaa hanya tersilap cakap..seperti masuk baju tu dalam peti ais..(yang sebenarnya nak letak dalam mesin basuh) atau simpan ikan/ayam dalam almari..(sebenarnya nak simpan dalam peti ais) yang membuatkan emaa dibahan oleh anak2 n babahnya.. tapi apa yang berlaku dalam minggu ni belum pernah terjadi...(dah kenapa dengan emaa ni..mood sedih sekejap)

Hidup ini seperti pelita..minyak habis padamlah die..semuga hari2 mendatang kita menjadi insan yang lebih baik dari hari ini..Amiin..

Sunday, 4 November 2012

~ Kampung ~

gambar dari sumber google

Sudah lama rasanya emaa tak balik kampung.  Last sekali masa majlis perkahwinan  anak sepupu emaa pertengahan Sep 12 lalu..masa balik ari tu..kiri kanan jalan kelihatan buah padi sedang masak menguning...bak permaidani menghampar bumi..syukur Alhamdulillah...Allah memakmorkan rezeki para petani..
gambar dari sumber google

Cuti Hari Raya Aidil Adha emaa balik ke kampung suami di Pahang..Suasana sambutan hari raya korban di sana tidaklah semeriah sambutan hari raya korban di kampung emaa.  Hanya terasa masa pergi solat sunat hari raya... Kalau di Kedah..sambutan hari raya korban sama seperti sambutan hari raya puasa..malah lebih meriah..Bermula petang khamis..emak akan pasti akan sebok di dapur membuat ketupat palas serta kari daging.  Selepas solat sunat hari raya..sebuk pula dengan acara korban..sehingga 3 raya...puas makan dengan jemputan kenduri korban dari jiran2..dari makan tengahari hingga makan malam..biasanya daging hanya direbus dan dicicah dengan air asam buah tomato..jenuh dengan daging..peti ais minta ampun...haha..xlarat makan daging.

Berhari raya di Pahang tahun ini...emaa sekeluarga jenuh makan jem kat jalan raya...huhu...dari Sitiawan, Perak jam 3 petang hari khamis, emaa sampai Raub, Pahang jam 1 pagi..macam mana tu?  Kenderaan bergerak amat perlahan, ditambah lagi dengan hujan sepanjang perjalanan...adoiii..rasanya mahu tercabut semua sendi2 badan...

gambar dari sumber google