Sunday, 23 September 2012

~ 23 Sep ~

Hari ni adek dah 21 tahun..dah besar rupanya baby emaa..Semuga adek sentiasa di dalam lindungan dan Rahmat Allah..menjadi anak solehah dunia dan akhirat..

 rindu budak 3 orang nii....

adek...:)

Monday, 17 September 2012

Jitra 16 Sep 12 :)


16 Sep 12, Emaa balik Jitra menghadiri majlis sambut menantu sepupu emaa...emaa tidak sempat lihat majlis persandingan sebab petangnya emaa nak balik perak, jadi lepas makan emaa sekeluarga balik ke rumah emak untuk bersiap2 untuk balik ..sedih sebab hanya sempat bermalam di kampung hanya untuk satu malam sahaja..

 ibu yang tersayang...Alhamdulillah..masih sihat..


Khemah santapan raja sehari...tema biru putih..raja sehari serba biru..duduk sama rendah, berdiri sama tinggi..:)  bagai pinang dibelah dua...emaa balik sebaik pengantin selesai makan...hee




Friday, 14 September 2012

~ Santau ~

Emaa rasa semua orang tahu dan faham apa itu santau kan..sejenis sihir yang dihantar melalui makanan atau angin atau lain-lain..Tapi kita juga kena ingat dan faham..setiap apa yang terjadi adalah atas izinNya..Kita adalah milik Allah..dan setiap sesuatu itu terjadi dengan kehendakNya..

Pagi rabu 12 Sep 12 yang lalu, emaa buat pertama kali berkesempatan menyaksikan secara berdepan bagaimana rawatan islam dilakukan untuk membuang sihir juga santau....seram sejuk emaa dibuatnya..dalam takut ada berani..huhu..semangat..sebab nak tengok juga macam mana cara rawatan tu.. Kawan emaa ini terkena sihir..santau ini melalui makanan yang dimakannya..entahlah..

Sebenarnya sebelum mencuba cara pengubatan ini..kawan emaa ini (tidak menyangka terkena sihir/santau) telah ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan, setelah mengalami pendarahan selama lebih 2 minggu...disertai sakit perut serta pinggang yang teruk...doktor yang merawat beliau memberi satu suntikan berserta ubat serta sijil cuti sakit untuk 2 hari..dan memberitahu beliau tidak mempunyai tanda2 penyakit kronik. Tidak ada perubahan apa-apa selepas menerima suntikan dan makan ubat hospital..kawan emaa ini ke klinik swasta..selepas discan..juga tidak ada tanda2 penyakit atau mengalami keguguran...

Atas saranan seorang kawan, kawan emaa mencuba cara perubatan islam..hampir 3 jam juga la emaa rasa rawatan dilakukan...kalau hati tak kuat..sebenarnya kesian juga melihat pesakit semasa kaedah rawatan ini dijalankan..Alhamdulillah..santau dapat dibuang..dan kawan emaa beransur pulih..

`DOA MENGELAK SANTAU DALAM MAKANAN' 

Baca 7 kali ketika hendak makan, boleh pecah bekas makanan sekiranya makanan tersebut ada bacaan santau - Ustaz Mohd Zawawi Yusoh.

"BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM" 

 Semuga kita semua terpelihara dari berbuatan khianat sihir.. `

Thursday, 13 September 2012

Lagi2 Raya 2012

Selasa 11 Sep 12 KAKEP Lumut buat Sambutan majlis raya...seawal jam 9.00 pagi tetamu sudah sampai  memeriahkan majlis..yang jauh dideka-dekatkan..yang dekat dirapat-rapatkan..hee..walau duduk dalam pangkalan yang sama..tetapi hakikatnya kita semua jarang sekali bersua muka..sesekali bertemu dalam majlis begini diharap dapat mengeratkan silatulrahim juga dapat mengenali antara satu sama lain..`terjalinlah  ikatan mesra' (macam senikata lagu hail amir n uji rashid tu...:) ) antara sahabat semua....
~selamat hari raya maaf zahir batin~

 makan-makan...hee

 sambil beratur nak ambil makan pun sempat bergaya..ngee..

 selesai majlis...

 banyak juga tempat kosong...mane kawan2 lain?

:)


Wednesday, 12 September 2012

~ Raya & Raya DSK 2012 ~

Jumaat petang 7 Sep 12, opis emaa buat sambutan majlis Hari Raya Aidil Fitri 12..semua warga DSK hadir.  Tetamu jemputan adalah   Panglima Bantuan serta co2 unit naungan MB.  Alhamdulillah..majlis berjalan lancar..meriah..tapi tentu lebih meriah lagi sekiranya ahli keluarga juga boleh turut serta..:) 

Antara menu yang terhidang..satay, lemang & rendang ayam, nasi impit & kuah kacang, nasi tomato & ayam masak merah + dalca + papadom, buah-buahan serta biskut2 raya..heee..semua sedap2..

 hero2 opis bersama co
staf wanita bersama co dan isteri
sibaju hijau yang hadir..begitu ramai yang berbaju hijau...heee

Sunday, 2 September 2012

Raya & ~ Hannan Suffiya ~...


Aidil Fitri 2012..Hannan Suffiya sudah 8 bulan..:) budak kecik comel yang suka sangat bila nampak kamera...macam tahu-tahu ja..orang nak ambil gambar die..hee..nak jalan beraya ke rumah opah Fizah dengan baju kurung..


Hannan nak pergi beraya ke rumah nek ma pula..nak jumpa Dhia..lepas tu nak pergi jumpa opah mama..