Tuesday, 7 February 2012

~Majlis Akikah, Naik Buai & Cukur Jambul~



Ahad 5 Feb 2012 (12 Rabiul Awal 1433) Bersempena dengan Sambutan Maulidul Rasul..emaa mengadakan Majlis Doa Selamat, Akikah, Naik Buai dan Cukur Jambul `Aina Hannan Suffiya' puteri kesayangan keluarga...yang juga merupakan cucu pertama emaa..:)

Syukur Alhamdulillah..walaupun bertembung dengan cuti panjang..ramai tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis meraikan ahli baru keluarga emaa.. Jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua rakan-rakan emaa yang sudi meluangkan masa untuk hadir meraikan majlis emaa...







`Hannan' puteri yang diraikan..








Rakan-rakan dari Kumpulan Marhaban Masjid Daerah Manjung mendodoi `Hannan' yang nyenyak tidor ...emaa tidak menggunakan buai..sebaliknya emaa pakai katil baby yang boleh juga diayun dibahagian dalamnya..




Acara `membauka mulut' dan cukur jambul bermula...`Hannan' diperkenalkan kepada semua
yang hadir...


Jemput makan....jangan segan-segan...


Cenderahati untuk tetamu sebagai kenangan...