Sunday, 30 December 2012

~ Kek Cokelat n Getuk Ubi Kayu ~

Hye..Assalamualaikum semua....:)

Emaa masih dalam mood cuti nii..2hb tahun depan baru naik kerja...10 hari bercuti di rumah..hehehe..minggu ni angah n adek balik berhujung minggu dengan emaa..tu yang rumah ni bermood ceria semacam jee..n tu yang terajin lebih nak masak itu ini bagaikan...2 minggu berturutlah emaa berteman ngan anak2 kan..=)

Emaa balik dari kampung hari selasa tu..n adek sampai hari rabu, angah pula sampai jumaat..kesahnya bila semua dah ada..mulala nak masak macam2..sebab adek ngan angah ni suka makan.  Kalau emaa berdua ngan cik man je..rajin beli dari nak masaknyee...heheh..

Malam tadi emaa sempat buat kek ni lepas maghrib..(sebenarnya adek yang buat..emaa cuma tolong bakar n buat krim cokelat kat atas die je..) xpew kan..bila lagi nak bermanja2nya pun..!!!

inilah hasilnya..nyum2..

kueh getuk ubi kayu

Kueh getuk ubi kayu ni emaa buat untuk sarapan pagi..adek n angah suka..tapi cik man biasala..banyak benorr komplennye..huhu..


Saturday, 22 December 2012

~ Orang Jauh Datang ~

Assalamualaikum..:)

Minggu ni emaa macam sebuk sikit..heheh..anak sulong emaa yang tinggal kat Pahang,  balik hari selasa lepas..dan makanya bercutilah emaa 2 hari..rabu n khamis sebab nak main2 ngan cucu punya pasal..boleh pula macam tu kan..!! dan hari jumaat semalam pula, emaa yang konon2nya prihatinla ni kan...=) kena masuk opis balik sebab sian kat opismate nanti kena duk sesorang kalau emaa amik cuti juga jumaat tu.  Ini kerana hujung2 tahun ni..pepahamla..masing2 sebok nak bercuti!!

Dan laginya abang emaa sekeluarga dari Kedah sampai semalam..kesian juga xdapat bawa jejalan sebab hujan je seharian kat Manjung ni..sian kat anak2 buah emaa yang teringin nak jalan2 tngok laut..nak mandi2 laut..nak lepak2 tepi laut..dah datang musim hujan..nak buat cemane..!!  emaa hanya dapat bawa kuar belanja makan malam kat Restoran Noodle je...tu pun terpaksa meredah hujan juga...huhuhu..:(

Baru tadi  abang emaa dah bergerak balik ke Alor Setar sebab esok Kedah keja..kejap tadi juga, anak emaa pun dah bergerak balik ke umah mertuanya di Kuala Terengganu.  Hai2..berseronoklah Hannan Piyaa makan angin yee..

:)  malam ni pula, in sya allah..emaa nak balik Kedah...sambung cuti lagiii..mood cuti je daa..

Semuga Allah memelihara perjalanan ini..amiin.

Hannan Piyaa =)

Tuesday, 18 December 2012

~ Promosi Hujung Tahun ~

Assalamualaikum semua..:)

Hari ni emaa teringin nak kongsi cerita pasal page2 ni..hasil usaha gigih anak ke 2 emaa..Walau sibuk dengan kuliah bagai..dia masih sempat berbisnes kerana minat... Jadi dengan berbesar hati emaa nak jemputla pada kekawan yang sudi melawat n menjamu mata bershopping disini..:) semuanya pada harga yang mampu milik..

Come and support us!  Feel free to like & shopping with us.  =)

Promosi ....jom ramai2 join event..YES! Year End Sale! 30/11 - 31/12
Grab it now before it's out of stock! =)
ps/ bangga ngan usaha mu sayang maa

Sunday, 16 December 2012

~ Selamat Ulang Tahun ~

Assalamualaikum...

Hari ni 16 Dis 2012, Hannan Piyaa..satu2nya cucu emaa dah genap setahun..cepatnya masa berlalu.. selamat hari lahir sayang..=) semoga membesar menjadi anak yang solehah di dunia  juga di akhirat..sentiasa dalam lindungan Allah dengan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, berbahagia bersama keluarga tersayang..hari ini dan selamanya..amiin.. 


besday girl..Hannan Piyaa.. mana mak tok ngan atok? huhu..
terus buka mata..:)
Klinik Yasmin sejurus lelepas lahir.

Saturday, 8 December 2012

Monday, 3 December 2012

~ Family Day ~

Assalamualaikum..rupanya kita dah masuk bulan dis..bulan terakhir untuk tahun 2012 ini..begitu pantas masa berlalu..tau2 2012 dah makin hampir meninggalkan kita..:)

Sabtu 1 Dis opis emaa buat family day di Swiss Garden Resort..mengeratkan silatulrahim antara warga serta keluarga.

sapela yang bertuah nanti hehe..semua ni tuk cabutan bertuah..
pertandingan makan epal bagi anggota bujang..!!!. :) macam2 gaya daa..
emaa berdoa untuk vaccumm ni..tp rezeki die la pulak..

 Vaccum umah emaa dah lama kiukkk, jadi emaa harap boleh bertuahla pagi ni..tapi sayang...pelamin anganku musnah..huhuk..

sotoongg..pun ada...
aiiyaa cik siti.. jalan sangkut2...hahaha...acara keluarga..
xku duga..cempedak jd nangka..hahaha...emaa pun berrtuuah juga..dpt  pembakar roti..

Friday, 30 November 2012

~ Memori ~


persiapan audit pusmas
bertungkus lumus..ahahakk..
punyalaa tekun..takut kena kerja sabtu & ahad..hehee
xcukup atas meja..atas lantai pun bertimbun2..




tapi..mood semua ceria..

Sebuah keluarga yang hanya akan tinggal kenangan...sebab mereka berdua akan bertukar  keluar ..sorang 3 dis n sorang lagi 17 dis...Selamat bertugas di tempat baru...

patah tumbuh hilang berganti
kekal persahabatan jangan terhenti..

sahabat baru tempat baru suasana baru
semoga akal budi tingkah laku tetap begitu...

Saturday, 24 November 2012

~Majlis Berkhatan Beramai2 pada 21 Nov 12~

Petang selasa 20 Nov 12 bermulanya hari menyebokan diri bagi semua Ajk Biro Agama Kakep Lumut membuat belbagai persiapan majlis berkhatan beramai2 Pangkalan TLDM Lumut.  Seramai 64 orang kanak2 yang terpaksa rela untuk disunatkan sempena musim cuti persekolahan kali ini...siapla korang...hihik..:)

membuat bunga telur..sebanyak 5 pahar bunga telur berjaya disiapkan..putih, kuning n biru.
persiapan untuk bunga rampai

Begitu tekun memotong daun pandan untuk dibuat  bunga rampai..yang akhirnya bungkusan bunga rampai dibuang oleh kanak2  bersepah2 dibawah kerusi...tak menghargai langsung kan....sabo jela...heheh..
siap dah..:)
sesi bergambo...:) xsah kalau xbergambo..:")

Friday, 16 November 2012

~ Kenangan Mengusik Jiwa ~

Petang ni duk sorang2 kat umah xtau nak buat apa, belek2 n godek2 google..emaa terjumpa gambar2 lama masa zaman kanak2 emaa dulu2..heee..

main tuju pot

Emaa selalu main permainan ni..tapi dah xingat macam mana nak main..:)  
Kasut ini emaa pakai masa sek menengah..:)

Dulu2 nila kasut paling glamor..kalau sesiapa yang dapat pakai kasut ni dah di kira mewah dah..Bata atau Badminton Master (sama bentuk..cuma tapak BM warna hijau)..harga masa tu kalau xsilap emaa 5.90 sepasang..dah mahal dah tu..emaa naik form 1 baru dapat pakai kasut ni..masa sek rendah hanya dapat kasut fung keong je..yang harganya sekitar 3.50 kalau xsalah emaa..dan masa tu juga ada kasut sarung dari plastik (kami sebut kasut getah) ..xpayah susah2 nak kapur..cuma basuh n keringkan je..kalau basah kena hujan pun xpe..:)  
wayang pacak..:)

Wayang pacak ni terkenal di kampung2 awal 70an dulu, kalau kat kampung emaa, selalunya paling top citer hindustan.. nak masuk kalau xsilap emaa tiketnya 20sen kanak2 n 50sen dewasa..wayang pacak ni kan  selalunya dibuat di atas padang dan  kawasan keliling di pagar  dengan kain kanvas, skrin dipacak tengah2 padang.  Dua2 belah boleh tengok.  Tapi kalau wayang pacak jabatan penerangan..hanya open air..xde pagar2..dan percuma.  Filem pula selain dari penerangan tentang tanaman padi, racun serangga pihak JP juga akan menayangkan citer omputeh..selalunya citer koboi la...masa kecik2 dulu..walaupun xsuka dengan wayang pacak jabatan penerangan, emaa tetap ikut emak pergi tengok sebab seronok nak membeli makanan yang dijual disitu..suasana macam pesta jugala..dan emaa memang punya cerita baik punya tentang wayang pacak jabatan penerangan ni..masa tu emaa dalam darjah 1 or darjah 2 macam tulah..emaa hilang..(sebenar emaa balik awal) membuatkan emak serta jiran2 tercari-cari.
pelita minyak tanah
Pelita inilah peneman malam2 emaa zaman kecik2 dulu..kalau nak kemana2..usungle pelita ni..Kampung emaa hanya menerima bekalan eletrik pada tahun 1986 kalau xsilap emaa..sekitar awal 70an kebanyakan keluarga menggunakan generator atau bateri lori untuk menghidupkan lampu n tv. Rumah emaa hanya menggunakan bateri yang dicas seminggu sekali.  Bapa benarkan tengok tv hanya malam sabtu untuk tonton cerita melayu.  Malam2 lain hanya tengok berita sahaja..:) Lampu pula hanya didua tempat. 1 ditengah rumah n 1 lagi di dapur..:)

p/s: semua  gambar dari sumber google..

Saturday, 10 November 2012

~ Tak tau Kenapa ~

gambar dari sumber google..

Pagi Selasa lepas lebih kurang jam 11 pagi, emaa pergi bank untuk bank in duit sebagai bayaran coco collegen yang emaa beli..lepas tu terus balik pejabat.  Petangnya masa duk sembang2 pasal duit..tiba2 emaa teringat sesuatu..kad maybank emaa...mana? emaa panik..dahla baru gaji..aduiii.  Puas cari..dalam kereta..dalam handbag..tapi xjumpa juga..ni mesti tertinggal kat mesin atm pg tadi, dalam hati emaa berkata2.  Mujur cc emaa call bank, buat semakan akaun n terus block je kad tu..   dan Rabu tengahari emaa pun buat kad baru dan terbang rm12.00. huhu..

Semalam, emaa keluar awal dari pejabat, lebih kurang jam 4 petang..lepas singgah cimb masukkan duit untuk angah n adek emaa terus balik rumah...lebih kurang jam 7 en babah pun balik.  Biasanya die hanya tolak pintu pagar dan terus masuk..tapi kali ini die goyang2 pagar..jerit2 panggil emaa..(dalam hati emaa, dah kenapa org tua ni..masuk jela,..) hee..dengan malasnye emaa keluar tengok..ya allah..pintu pagar berkunci..bila pula masanya emaa kunci pintu pagar..en babah tanya..dah kenapa ni, sampai u kunci pagar..emaa hanya mampu gelak..apa nak jawab..?

Kalau selalu..emaa hanya tersilap cakap..seperti masuk baju tu dalam peti ais..(yang sebenarnya nak letak dalam mesin basuh) atau simpan ikan/ayam dalam almari..(sebenarnya nak simpan dalam peti ais) yang membuatkan emaa dibahan oleh anak2 n babahnya.. tapi apa yang berlaku dalam minggu ni belum pernah terjadi...(dah kenapa dengan emaa ni..mood sedih sekejap)

Hidup ini seperti pelita..minyak habis padamlah die..semuga hari2 mendatang kita menjadi insan yang lebih baik dari hari ini..Amiin..

Sunday, 4 November 2012

~ Kampung ~

gambar dari sumber google

Sudah lama rasanya emaa tak balik kampung.  Last sekali masa majlis perkahwinan  anak sepupu emaa pertengahan Sep 12 lalu..masa balik ari tu..kiri kanan jalan kelihatan buah padi sedang masak menguning...bak permaidani menghampar bumi..syukur Alhamdulillah...Allah memakmorkan rezeki para petani..
gambar dari sumber google

Cuti Hari Raya Aidil Adha emaa balik ke kampung suami di Pahang..Suasana sambutan hari raya korban di sana tidaklah semeriah sambutan hari raya korban di kampung emaa.  Hanya terasa masa pergi solat sunat hari raya... Kalau di Kedah..sambutan hari raya korban sama seperti sambutan hari raya puasa..malah lebih meriah..Bermula petang khamis..emak akan pasti akan sebok di dapur membuat ketupat palas serta kari daging.  Selepas solat sunat hari raya..sebuk pula dengan acara korban..sehingga 3 raya...puas makan dengan jemputan kenduri korban dari jiran2..dari makan tengahari hingga makan malam..biasanya daging hanya direbus dan dicicah dengan air asam buah tomato..jenuh dengan daging..peti ais minta ampun...haha..xlarat makan daging.

Berhari raya di Pahang tahun ini...emaa sekeluarga jenuh makan jem kat jalan raya...huhu...dari Sitiawan, Perak jam 3 petang hari khamis, emaa sampai Raub, Pahang jam 1 pagi..macam mana tu?  Kenderaan bergerak amat perlahan, ditambah lagi dengan hujan sepanjang perjalanan...adoiii..rasanya mahu tercabut semua sendi2 badan...

gambar dari sumber google

Sunday, 23 September 2012

~ 23 Sep ~

Hari ni adek dah 21 tahun..dah besar rupanya baby emaa..Semuga adek sentiasa di dalam lindungan dan Rahmat Allah..menjadi anak solehah dunia dan akhirat..

 rindu budak 3 orang nii....

adek...:)

Monday, 17 September 2012

Jitra 16 Sep 12 :)


16 Sep 12, Emaa balik Jitra menghadiri majlis sambut menantu sepupu emaa...emaa tidak sempat lihat majlis persandingan sebab petangnya emaa nak balik perak, jadi lepas makan emaa sekeluarga balik ke rumah emak untuk bersiap2 untuk balik ..sedih sebab hanya sempat bermalam di kampung hanya untuk satu malam sahaja..

 ibu yang tersayang...Alhamdulillah..masih sihat..


Khemah santapan raja sehari...tema biru putih..raja sehari serba biru..duduk sama rendah, berdiri sama tinggi..:)  bagai pinang dibelah dua...emaa balik sebaik pengantin selesai makan...hee