Tuesday, 26 July 2011

Ramadhan yang dinanti...



Syukur Alhamdulillah..Ya Allah..kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di atas muka bumi ini..dengan harapan masih berpeluang menanti hari-hari mendatang untuk terus memperbaiki diri..Semoga Ramadhan yang penuh rahmat, penuh berjuta keberkatan, penuh keampunan .. bakal menjelma bersama petunjuk dan cahaya keimanan..

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka sesiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan iaitu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu); memberi makan seorang miskin. Sesiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (Permulaan) al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu sesiapa diantara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan sesiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
- Al Baqarah 2: 183 - 185

Sahur bertujuan untuk mengelakkan rasa lapar ketika berpuasa. Oleh itu bersahurlah seberapa lewat yang boleh kerana ini merupakan sunnah Rasulullah SAW bertujuan memastikan kita berjaya berpuasa sepanjang hari tanpa mengorbankan aktiviti-aktiviti lain seperti biasa..

~ Selamat menjalani ibadah puasa buat semua...~