Saturday, 29 January 2011

Kemalangan


Kenapa...? Sebab apa....?..Macam mana boleh terjadi..? Adoiiiii...bertubi-tubi sms masuk dari kawan2 emaa..semua soalan yang sama..kenapa..sebab apa..macam mana...adudu...penat emaa kena jawab benda yang sama..;(

Apa yang boleh emaa katakan cuma.. benda sudah nak berlaku..sudah tertulis semalam Jumaat 28 Jan 11 jam 12.25 emaa akan ditimpa kemalangan..kecil atau besar.. Jadi emaa redha dengan apa yang berlaku..ada hikmahnya..

Terima kasih pada pemandu Honda CRV yang tenang dan senyum pada emaa masa masing2 keluar dari kereta...kalaula die keluar marah2 dan maki2 emaa..tentu emaa menangis kat situ juga..(die boleh kata 'ok2...tenang dan relaks..tak de pape jangan takut..nak buat report ke.. sebab kereta u teruk..banyak nak kena ganti..')

Dan emaa juga mohon banyak2 maaf sebab semalam tak sempat nak minta maaf atas segala kesulitan ini kerana emaa masih terkejut..emaa terus tinggalkan tempat kejadian macam tu sahaja untuk ke balai polis membuat laporan..

Tengahari semalam sebenarnya emaa tak nak balik masa lunch tu..nak rehat dan tidor kat surau pejabat sahaja sebab emaa rasa letih dan mengantuk...tapi last minit emaa buat keputusan untuk balik sebab malas sorang-sorang kat pejabat...(dah nak kena kemalangan kat situ..kena la balik kan...kan..)haha...xpew..

Terima kasih yang tak terhingga buat Kasmah dan Wira kerana sudi datang menemani emaa di tempat kemalangan dan membawa emaa ke balai polis serta menghantar emaa pulang ke rumah.. jasa dan budi baikmu sentiasa dikenang. Semuga Allah sentiasa merahmati kalian berdua...Amiin..



Sunday, 9 January 2011

Sakit Jiwa atau Jiwa Sakit?

Apa kita nak buat kalau tiba-tiba tanpa diduga sedang kita sedap-sedap tidur dibuai mimpi...ada orang talipon tanpa menjawab salam atau memberi salam kepada kita...lepas tu terus pula memaki hamun kita?

Patutkah kita melenting sama lepas tu memaki hamun dia balik...atau kita berdiam diri sahaja mendengar maki hamun layak orang gila meroyan tu..

`Berdiam diri itu adalah lebih baik dari berkata-kata'

Kalau ikut rentak die maknanya kita sama-sama tidak pandai..otak letak kat kepala lutut... biar je die sesorang yang kurang ajar dan melampaui batas..

`Dimana letaknya akhlakmu sebagai insan yang mulia....'

`Sabarlah kau duhai hati...'


bawa haluan sendiri2..

/sekadar melepas apa yang terbuku...:'(

Tuesday, 4 January 2011

Salam tahun baru. Hari ini sudah empat hari kita masuk tahun 2011. Apa azam baru? Macam mana dengan azam tahun lepas..Selamat tinggal 2010 bersama memori pahit2 peria..sukar dilupa..manis dikenang...Apa pun semoga pada tahun 2011 ini kita mencapai yang lebih baik dari apa yang telah kita dapat pada tahun lepas.

Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah..

Hari ini, hari keempat 2011, kepulangan emaa dari pejabat disambut adek (puteri bungsu emaa) dengan khabar yang membahagiakan...khabar yang menyejukan hati....adek dapat... dan adek.. dekan lagi sem ni...emaa peluk adek kemas2..emaa cium adek kiri kanan...dari sem 1, 2 dan 3 adek kekal dekan..dan khamis ini adek masuk sem 4. Doa emaa sentiasa mengiringi perjalanan adek dalam menimba ilmu..dan doa emaa sentiasa mengiringi semuga adek sentiasa cemerlang di dalam pelajaran..ingat janji adek pada emaa...

adek tetap baby pada emaa..