Tuesday, 25 October 2011

~ Jangan Kotorinya..Jangan Ambil Mudah ~



"Ketahuilah bahawa sesungguhnya dalam jasad itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati" (HR. Bukhari dan Muslim)


Beruntunglah bagi siapa yang mempunyai hati yang bersih kerana hati adalah aset utama menentukan kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Hati yang bersih bagaikan besi berani yang mampu menarik benda-benda di sekitarnya. Pada raut wajahnya terpancar cahaya ketenangan..... akhlak yang terpuji, perasaan rendah hati... dan seulas senyuman yang menyenangkan..... Siapapun yang bersua dengannya akan merasakan kesan yang mendalam..nyaman dan damai.. siapa pun yang bersua dengannya akan memperoleh manfaat kebaikan.. bahkan apabila berpisah pun... akan menjadi buah kenangan yang tidak mudah dilupakan.
Tubuh yang sihat juga datangnya dari hati yang bersih..yang mampu mengawal emosi walau dalam keadaan apa pun....Degup jantung terpelihara, tekanan darah terjaga, ketegangan perasaan berkurang..



Semuga jasad dapat tumbuh sihat dan segar dengan tersemainya jiwa yang bersih..tenang.. Ikhlaskan hati..Ikhlaskan diri...segalanya untuk Allah dan kerana Allah...

Saturday, 22 October 2011

~ Sebuah Anugerah ~



Allah hanya pinjamkan dia untuk seketika..memberi bahagia walau sebentar cuma..tapi memori itu tetap ada..kekal selamanya..redha atas kehilangannya..jika sayap itu telah patah..berusahalah mengubatinya..semuga dapat terbang lebih tinggi ke awan biru..

Emaa terjumpa ini dari sebuah buku yang emaa baca..

Ketika ku minta bunga menawan
Allah berikan kaktus berduri
Ketika ku minta binatang cantik
Allah berikan ulat berbulu
Ku sedih . . . Ku protes . . .
Betapa tidak adilnya

Tetapi kemudian kaktus itu
berbunga sangat indah
Ulat pun berubah
menjadi kupu-kupu yang cantik

Itulah jalan Allah
Indah pada waktunya
Tidak memberi apa yang kita harapkan
Tetapi memberi yang kita perlukan...

Thursday, 6 October 2011

~ Persahabatan Ini ~




Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka atau duka. Jika aku dapat,aku akan SETIA padanya” - Imam Syafie



Dulu..kini..dan selamanya...


Monday, 3 October 2011

Bila Hati....


Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)

Maafkan orang karena kesalahannya... dan syukuri ia karena kebaikannya…
Sebagai hamba Allah yang lemah...emaa sentiasa cuba dan cuba untuk memaafkan dan melupakan....bersabar dan memujuk diri...

Air dicencang TIDAK akan putus...cermin yang RETAK bagaimana jadinya...hati yang diSIAT-SIAT dan hancur lerai boleh ke bertaup kembali?....




Tuesday, 26 July 2011

Ramadhan yang dinanti...



Syukur Alhamdulillah..Ya Allah..kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di atas muka bumi ini..dengan harapan masih berpeluang menanti hari-hari mendatang untuk terus memperbaiki diri..Semoga Ramadhan yang penuh rahmat, penuh berjuta keberkatan, penuh keampunan .. bakal menjelma bersama petunjuk dan cahaya keimanan..

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka sesiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan iaitu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu); memberi makan seorang miskin. Sesiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (Permulaan) al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu sesiapa diantara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan sesiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
- Al Baqarah 2: 183 - 185

Sahur bertujuan untuk mengelakkan rasa lapar ketika berpuasa. Oleh itu bersahurlah seberapa lewat yang boleh kerana ini merupakan sunnah Rasulullah SAW bertujuan memastikan kita berjaya berpuasa sepanjang hari tanpa mengorbankan aktiviti-aktiviti lain seperti biasa..

~ Selamat menjalani ibadah puasa buat semua...~

Tuesday, 3 May 2011

~ Kasihnya Ibu ~

.
Kasih ibu membawa ke syurga.


Pengorbanan mu ibu tiada sempadannya... sembilan bulan sepuluh hari membawa kandunganmu ke hulu..ke hilir..tanpa penat..tanpa jemu..tanpa mengeluh..mahupun merungut...walau dalam segala kepayahan..kesengsaraan tetap juga ibu harungi..

ibu ..

Sebaik melahirkan...ibu juga yang bersusah payah mengasuh...mendidik...dan menyediakan segala keperluan demi keselesaan anakmu membesar dengan sempurna..menjadi insan yang berpekerti mulia..menjadi insan yang berguna kepada keluarga..masyarakat dan negara...

Ibu menggalas tanggungjawab penuh luhur.. segala keperitan..kepayahan tidak pernah diluah dengan kata-kata... Tidak pernah jemu ibu mendidik..dengan penuh kasih tanpa berbelah bagi....
bersengkang mata di malam hari adalah perkara biasa...dengan rutin harian yang padat..tanpa rehat yang cukup..ibu mampu mengharunginya..demi sebuah kasih dan sayang... Walau berlauk ikan tamban..berteman lampu pelita...ibu tetap tersenyum bahagia...

Kepada seluruh yang bergelar ibu serta bakal ibu.. walau dimana-mana jua, semoga Allah sentiasa merahmati kalian..

Selamat Hari Ibu ..

pengorbanan dan kasihmu..tersemat disanubari..kekal abadi..

ps/: rindu masa lalu...:(

Saturday, 23 April 2011

~ AYAM GORENG BEREMPAH ~

Ayam goreng memangnya menjadi kesukaan kanak-kanak...mudah dan ringkas..tapi yang pentingnya....sedapppp!

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (potong ikut suka)
2 tangkai daun kari
1 bungkus kecil rempah kari
garam secukup rasa
(kalau suka boleh masukan sesudu teh gula)

Bahan-Bahan Kisar:

2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 batang serai
Kunyit hidup
4 biji cili kering

Cara-cara Membuat:

1. Campur semua bahan kisar, serbuk kari dan garam. Masukan ayam, gaul rata.
2. Perap seketika. Goreng bersama daun kari.


Sunday, 10 April 2011

Buang jauh-jauh perasaan itu...

Suatu hari.. tiba-tiba berita sedih kita terima..bahawa DIA sudah dijemput Allah kembali ke alamnya.. Ajal maut.. jodoh pertemuan adalah rahsia Allah.. Kita sedar dan kita redho.. Akan tetapi jauh disudut hati..timbul rasa penyesalan dan rasa bersalah..andai waktu boleh diputar...tapi..untuk apa.. masa pun tidak menunggu kita..

Hari-hari yang berlalu.. bermakna kita semakin dekat dengan ajal.. Semakin jauh dengan dunia yang kita pinjam.. semakin jauh dengan apa pun yang menjadi kesayangan kita...
Justru ketika masih berupaya... ambillah peluang yang ada..bebaskan jiwa dan minda dari menyimpan rasa kesal dan perasaan bersalah yang mencengkan diri.. Belajarlah mendengar... memberi.. serta memahami...merungkai masalah yang wujud..bukan merumitkan.. bebaskan jiwa dari kongkongan..belajar memaafkan dan memohon maaf..

Peningkatan usia membuat kita lebih memahami akan makna hidup dan kehidupan...Lebih menghargai apa yang kita ada dan apa yang kita miliki...Mungkin DIA itu adalah orang-orang yang paling rapat dengan kita...

Buang jauh-jauh bebanan yang masih terlekat dalam hati..buang jauh-jauh rasa ego dan mementingkan diri...


Saturday, 9 April 2011

12 MAC 11



anak dara emaa dan sah menjadi isteri...doa emaa mengiringi kalian berdua....hidup dalam rukun dan saling bertolak ansur..


kawan2 emaa yang banyak membantu..terima kasih untuk segalanya..:)



hah..emaa kat atas pelamin!! masa emaa kawin dulu tak de pelamin..n tak bersanding..naik pelamin selepas lebih 26 tahun...

Wednesday, 16 February 2011


Hampir 3 minggu `dia' masuk hospital..makan ubat bagai.... tukar ubat itu ini....kena cucuk sana..cucuk sini.. dan Alhamdulillah.....jam 5 petang tadi.. emaa dapat call ..boleh amik `dia' bawa balik..da sihat seperti sediakala..

`Dia' dah cantek macam asal.. dah boleh bawa jalan-jalan. Dah boleh nak bawa balik kampung.. Tapi..tadi masa bawa `dia' balik....jantung emaa dup dap dup dap..rasa tak sedap..rasa macam nak pening..kenapa boleh ada perasaan tu...`dia' marah emaa ke sebab bagi `dia' sakit...:(




Saturday, 29 January 2011

Kemalangan


Kenapa...? Sebab apa....?..Macam mana boleh terjadi..? Adoiiiii...bertubi-tubi sms masuk dari kawan2 emaa..semua soalan yang sama..kenapa..sebab apa..macam mana...adudu...penat emaa kena jawab benda yang sama..;(

Apa yang boleh emaa katakan cuma.. benda sudah nak berlaku..sudah tertulis semalam Jumaat 28 Jan 11 jam 12.25 emaa akan ditimpa kemalangan..kecil atau besar.. Jadi emaa redha dengan apa yang berlaku..ada hikmahnya..

Terima kasih pada pemandu Honda CRV yang tenang dan senyum pada emaa masa masing2 keluar dari kereta...kalaula die keluar marah2 dan maki2 emaa..tentu emaa menangis kat situ juga..(die boleh kata 'ok2...tenang dan relaks..tak de pape jangan takut..nak buat report ke.. sebab kereta u teruk..banyak nak kena ganti..')

Dan emaa juga mohon banyak2 maaf sebab semalam tak sempat nak minta maaf atas segala kesulitan ini kerana emaa masih terkejut..emaa terus tinggalkan tempat kejadian macam tu sahaja untuk ke balai polis membuat laporan..

Tengahari semalam sebenarnya emaa tak nak balik masa lunch tu..nak rehat dan tidor kat surau pejabat sahaja sebab emaa rasa letih dan mengantuk...tapi last minit emaa buat keputusan untuk balik sebab malas sorang-sorang kat pejabat...(dah nak kena kemalangan kat situ..kena la balik kan...kan..)haha...xpew..

Terima kasih yang tak terhingga buat Kasmah dan Wira kerana sudi datang menemani emaa di tempat kemalangan dan membawa emaa ke balai polis serta menghantar emaa pulang ke rumah.. jasa dan budi baikmu sentiasa dikenang. Semuga Allah sentiasa merahmati kalian berdua...Amiin..



Sunday, 9 January 2011

Sakit Jiwa atau Jiwa Sakit?

Apa kita nak buat kalau tiba-tiba tanpa diduga sedang kita sedap-sedap tidur dibuai mimpi...ada orang talipon tanpa menjawab salam atau memberi salam kepada kita...lepas tu terus pula memaki hamun kita?

Patutkah kita melenting sama lepas tu memaki hamun dia balik...atau kita berdiam diri sahaja mendengar maki hamun layak orang gila meroyan tu..

`Berdiam diri itu adalah lebih baik dari berkata-kata'

Kalau ikut rentak die maknanya kita sama-sama tidak pandai..otak letak kat kepala lutut... biar je die sesorang yang kurang ajar dan melampaui batas..

`Dimana letaknya akhlakmu sebagai insan yang mulia....'

`Sabarlah kau duhai hati...'


bawa haluan sendiri2..

/sekadar melepas apa yang terbuku...:'(

Tuesday, 4 January 2011

Salam tahun baru. Hari ini sudah empat hari kita masuk tahun 2011. Apa azam baru? Macam mana dengan azam tahun lepas..Selamat tinggal 2010 bersama memori pahit2 peria..sukar dilupa..manis dikenang...Apa pun semoga pada tahun 2011 ini kita mencapai yang lebih baik dari apa yang telah kita dapat pada tahun lepas.

Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah..

Hari ini, hari keempat 2011, kepulangan emaa dari pejabat disambut adek (puteri bungsu emaa) dengan khabar yang membahagiakan...khabar yang menyejukan hati....adek dapat... dan adek.. dekan lagi sem ni...emaa peluk adek kemas2..emaa cium adek kiri kanan...dari sem 1, 2 dan 3 adek kekal dekan..dan khamis ini adek masuk sem 4. Doa emaa sentiasa mengiringi perjalanan adek dalam menimba ilmu..dan doa emaa sentiasa mengiringi semuga adek sentiasa cemerlang di dalam pelajaran..ingat janji adek pada emaa...

adek tetap baby pada emaa..