Tuesday, 29 June 2010

Mengawal Diri Tatkala Marah…

Emaaa ade terbaca sebuah artikel mengenai cara2 mengawal diri tatkala marah di dalam sebuah majalah yang selalu emaa baca....disini emaaa kongsi tip2 tersebut..

1.Ingatlah ALLAH SWT

Ingatlah bahawa Allah SWT tidak suka kepada si pemarah. Sebagai hamba, kita tidak layak berasa marah apalagi memarahi orang tanpa sebab munasabah. Siapa kita untuk memarahi orang lain, sedangkan kita sendiri banyak kekurangannya.

2.Sirami Rasa Marah Dengan Air Wuduk.

Peranan utama marah datangnya dari syaitan. Syaitan diciptakan daripada api dan api hanya mampu dipadamkan dengan air. Oleh itu, ambillah wuduk supaya api syaitan terpadam dari tubuh anda.

3.Tengok Wajah Anda Di Cermin.

Alangkah buruknya wajah anda tatkala marah. Lihatlah muka yang merah, hidung yang kembang kempis dan mata yang menyala itu. Anda sangka orang berasa takut melihat keadaan anda yang begitu??? Bagaimana kalau orang berasa lucu?!!!

4.Kuncikan Bibir Dan Diam Dahulu.

Terasa hendak marah juga, diam sejenak. Tarik nafas, lepaskan perlahan-lahan Anggap anda tiada tangan untuk bertindak dan tiada mulut untuk berkata apa-apa.

5.Ubah Kedudukan Anda.

Jika ketika itu anda sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk, berbaringlah dan jika masih marah juga, beredarlah ke tempat lain. Bawa-bawa hati ke tempat yang lapang, tengok keindahan alam.

* Jika kesemuanya telah anda lakukan….tetapi masih terasa hendak marah juga……, itu tandanya anda dikawal emosi dan bukan mengawal emosi…...

Tuesday, 22 June 2010

Bergosip Sedikit....

Emaa nak kongsi sikit apa yang emaa baca dalam midi keluaran 15 Jun..sudah tentu ruangan yang paling emaa suka..'diari suami' tulisan saudara Abdul Jalil Ali. Emaa.. memang tak pernah mis baca punya..!!

'Cemburu datang pada usia SENJA' saling bimbang untuk kehilangan yang tersayang...tajuknya menarik bukan?

Emaa setuju 100 persen dengan apa yang dikata...jika nak buat...(curang) kenapa sekarang? baik lakukan waktu dulu..saat masih muda belia....! cemburu boleh,kalau itu tanda sayang..tetapi jangan sampai berlebihan hingga boleh membawa kehancuran...

Saturday, 12 June 2010

SERUNDING KELAPA

Bahan-Bahannya :


1 biji kelapa parut

200gm daging cincang

5 tangkai cili kering

8 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3cm kunyit hidup

3cm lengkuas

3 batang serai dihiris

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

1 sudu makan ketumbar

¾ cawan air asam jawa

½ cawan minyak masak

2 sudu makan gula

Garam secukup rasa



Cara Membuatnya :


1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, lengkuas, serai, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.

2. Kelapa digoreng sehingga kuning.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang dikisar tadi sehingga bangkit bau.

4. Masukkan daging dan kacau rata hingga masak. Masukkan air asam jawa, garam gula dan kelapa goreng.

5. Goreng sehingga kelapa kelihatan basah dan angkat.


Wednesday, 9 June 2010

IKAN BAKAR BERINTI

Bahan-Bahannya :


2 ekor ikan cencaru

½ biji kelapa parut

5 tangkai cili merah

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1cm kunyit hidup

1 sudu kecil jintan manis

1 helai daun kunyit

2 bji limau nipis diperah jusnya

Garam secukup rasa



Cara Membuatnya :


1. Tumbuk kelapa parut, cili merah, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan jintan manis.

2. Ikan di bersihkan dan di belah belakangnya

3. Gaul bahan tumbuk dengan garam dan air limau

4. Masukkan bahan tersebut kedalam perut ikan bersama daun kunyit yang di koyak kecil.

5. Bakar ikan hingga masak

Sunday, 6 June 2010

Puteri Puteriku..


Dia..bidadari kecilku...
Dia.. penawar dukaku...
Dia.. permata hatiku...
Dia...puteri-puteri kesayanganku...
Suffiyatun Huda binti Suliman
Suffiyatun Hanie binti Suliman
Suffiyatun Hanis binti Suliman

Alhamdulillah...atas anugerahMu Ya Allah..menghadiahkan hambamu ini dengan tiga orang puteri yang sempurna sifatnya..baik paras rupanya...manis tutur bicaranya..aku amat menghargai apa yang ku miliki ini... Aku bersyukur atas nikmatMu ini...Kan ku didik amanah ini penuh tanggungjawab..

Ibu bahagia melihat kamu ketawa gembira...
Ibu bahagia melihat kamu merangkak dan mengisot..
Ibu bahagia melihat kamu bertatih dan berlari...
Ibu bahagia melihat kamu membesar di depan mata...
Ibu bahagia melihat kamu tidak tinggal solat...
Ibu bahagia melihat kamu menjadi puteri solehah...
Ibu bahagia melihat kamu berjaya dan cemerlang dalam pelajaran...
Ibu bahagia melihat kamu rajin membantu ibu...
Ibu bahagia melihat kamu saling menyayangi...
Ibu bahagia melihat kamu bahagia....

Puteri ibu adalah sahabat ibu yang paling akrab, ibu selesa berkongsi cerita tentang apa sahaja...boleh ketawa dan menangis bersama..ibu cuba untuk menjadi ibu juga kawan yang terbaik buat kalian..cuba memahami..cuba mengerti...

Puteri-puteri ibu menceria dan melengkapkan kebahagian ibu..pun dalam kegembiaraan dan kebahagian ini. .. ibu juga kadang terselit rasa sedih apabila melihat puteri yang ibu sayangi leka dan lalai mengerjakan solat.... Hati ibu jadi tersentuh apabila melihat air muka puteri ibu dengan rasa terpaksa menolong ibu... muncong empat belas....setelah ibu tegur tentang sesuatu.... Memang ibu mahu puteri ibu menjadi yang terbaik...mempunyai pekerti mulia..

Untukmu puteri..sesungguhnya ibu amat berbangga punyai kalian..ibu bangga untuk mengenalkan puteri kepada rakan-rakan ibu..kepada kaum kerabat ibu...

Alhamdulillah.. Syukur padaMu... Ya Allah.. kerana menganugerahkan 3 orang puteri buat penyeri hidupku, pelengkap kebahagian keluargaku.. Ya Rahman.. Ya Rahim..kau berkatilah keluarga ku ini... kau peliharakanlah puteri-puteri yang kucintai ini dari fitnah dunia... tingkatkanlah kehidupan mereka dengan rezeki yang berkat, kau rahmatilah setiap langkah mereka dalam mencari rezeki yang halal. Kau bersihkanlah jiwanya.. kuatkanlah imannya..Jadikan dia puteri solehah... Amin Ya Robbal’aalamin....

Thursday, 3 June 2010

UDANG MASAK TOMATO

Bahan-Bahannya :


½kg udang kertas diperap dengan garam kunyit dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas supaya air udang tak banyak keluar - toskan

3 - 4 ulas bawang putih ditumbuk

3 - 4 ulas bawang merah ditumbuk

1 labu bawang besar dipotong bulat

½ cawan sos tomato

¼ cawan susu cair

¼ cawan cili boh

Daun ketumbar dipotong halus untuk hiasan



Cara Membuat Sosnya :


1. Tumiskan bawang-bawang tadi sampai wangi.

2. Kemudian masukkan cili boh dan masak sampai naik minyak.

3. Kemudian tambahkan air dalam ½ cawan.

4. Masukkan sos tomato tadi. Jika suka masukkan 1 biji buah tomato yang dipotong dadu.

5. Kemudian masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa.

6. Akhir sekali masukkan bawang bulat dan taburkan daun ketumbar tadi.

Tuesday, 1 June 2010

PAJERI MANGGA BEREMPAH

Bahan-Bahannya :


2 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

3cm halia

Minyak untuk menumis

4 camca besar serbuk kari

2 camca teh gula

Garam secukupnya

2 biji mangga dibuang kulit dan biar sebiji-sebiji



Cara Membuatnya :


1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Kemudian tumis hingga garing.

3. Masukan serbuk kari dan gula.

4. Kacau dan biar garing.

5. Kemudian rasa garamnya.

6. Masukan mangga.

7. Biarkan mendidih barulah di angkat.