Monday, 31 May 2010

AYAM MASAK MERAH


Bahan-Bahannya :


1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa

3 sudu besar cili kering dikisar

1 senduk tomato puri

1 senduk jus tomato

10 ulas bawang merah dikisar

6 ulas bawang putih dikisar

3cm halia dikisar

2 batang serai diketuk

2 biji bawang besar dipotong nipis

Daun ketumbar, daun pudina, daun sup dan daun saderi dikisar

Gula dan garam secukup rasa



Cara Membuatnya :


1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian digoreng.

2. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan serai.

3. Setelah naik bau, masukkan tomato puri dan jus tomato.

4. Masukkan empat jenis daun yang dikisar tadi.

5. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul rata.

6. Ketika hendak menghidang, taburkan dengan kacang pis.

Thursday, 27 May 2010

Selamat Hari Jadi yang ke-48..


Dia..... lelaki dalam hidupku...
Aku sayang kamu...kini dan selamanya...
Suliman bin Abdullah


Dia seorang lelaki yang baik.. Seorang yang penyayang... dan bertanggungjawab...
Suka merajuk..tapi penyabar.
Pendiam tapi sesekali kuat meleter... tidak kisah tapi sesekali cerewet..
Kami sama, dia juga anak bongsu dalam keluarga.. Sudah tentu dia juga manja..seperti aku..degil seperti aku..sensetif seperti aku..tapi kami boleh bertolak ansur...


Alhamdulillah.. Syukor padaMu... kerana menghadiahkan dia padaku...aku bahagia di bawah payung kasihnya.


Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..
kau berkatilah keluarga ku ini...
Perkayakanlah suami yang ku kasihi ini dengan keimanan dan keilmuan..
hiasilah hatinya dengan kesabaran,
muliakanlah wajahnya dengan ketaqwaan.


Perindahkanlah fizikalnya dengan kesihatan yang baik serta terimalah amal ibadahnya,
kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat,
kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki yang halal untuk keluarganya.
Kau bersihkanlah jiwanya..kau kuatkanlah imannya.. kau peliharakanlah dia dari fitnah.....
Amin Ya Robbal’aalamin....


Monday, 24 May 2010

SERONDENG KELAPA UDANG KERING REBUS

Bahan-Bahannya :


½ biji kelapa parut, diambil putihnya sahaja

100gm udang kering direbus dan dikisar halus

4 camca besar serbuk cili

4 camca besar serbuk kunyit

Garam secukup rasa



Bahan-Bahan Digiling :


5 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

3cm halia



Cara Membuatnya :


1. Gaul semua bahan dan kacau di atas api sederhana.

2. Biar hingga garing dan berserbuk.

3. Hidang bersama nasi himpit atau ketupat.

Saturday, 22 May 2010

MURTABAK INTI KEJU

Bahan-Bahannya :


4 camca besar minyak

3 - 4 biji telur

150gm keju kraft diparut


Bahan-Bahan Pastri :


250gm tepung gandum

Secubit lada sulah

½ camca teh serbuk penaik

½ camca teh garam

160 - 170ml air

Minyak sapi


Bahan A ( Inti ) :


300gm daging dikisar lumat

Secubit serbuk kunyit

Garam secukup rasa


Bahan B ( Inti ) :


3 biji bawang besar dipotong dadu

3 - 4 tangkai cili hijau dipotong dadu

1 camca besar serbuk ketumbar

1 camca besar serbuk jintan manis

1 camca besar serbuk buah pelaga


Cara Membuatnya :


1. Panaskan 2 camca besar minyak. Masukkan bahan-bahan A. Kacau hingga kering. Keluarkan dari kuali.

2. Panaskan 2 camca besar minyak lagi. Goreng bahan-bahan B selama 5 minit atau hingga bangkit baunya.

3. Kemudian masukkan Bahan A. Biarkan sejuk sebelum dicampur telur dan keju Kraft hingga sebati.

4. Campur semua ramuan pastri didalam mangkuk, kecuali minyak sapi hingga menjadi adunan lembut. Biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam di dalam mangkuk yang di tutup.

5. Bahagikan adunan menjadi dua. Canai nipis dan sapu dengan minyak sapi. Kemudian jadikan bebola. Tutup selama ½ jam dengan kain basah. Canaikan bentuk segi empat. Bubuh inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk murtabak.

6. Goreng di dalam minyak sapi panas hingga kekuningan. Hidangkan panas bersama acar bawang atau kuah kari.

Thursday, 20 May 2010

DAGING MASAK HITAM


Bahan-Bahannya :


1kg daging

15 tangkai cili kering

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

3cm halia

1 cawan kerisik

1 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk lada hitam

6 tangkai daun kari

½ cawan minyak masak

1 cawan air asam jawa

2 ulas bawang besar dihiris bulat

2 tangkai cili hidup ( untuk hiasan )

Garam secukup rasa



Cara Membuatnya :


1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan kerisik.

2. Daging di basuh dan di potong nipis.

3. Campurkan bahan yang di kisar tadi dengan serbuk lada hitam, jintan manis dan jintan putih.

4. Panaskan minyak dalam kuali.

5. Tumis rempah sehingga garing. Masukkan daging, garam serta air asam jawa. Biarkan mengelegak dan daging empuk.

6. Masukan bawang besar serta cili potong. Setelah bawang layu, angkat dan hidangkan.

Tuesday, 18 May 2010

Selamat Hari Ibu..


Dia.. ibuku..
Selamat Hari Ibu..buatmu ibu tersayang..
Hjh Huduh binti Hj Rajaee

Alhamdulillah..ku panjatkan rasa syukor padaMu Ya Allah.. dengan Rahmat dan KurniaMu.. ibuku dalam perlindunganMu Ya Allah..dengan kesihatan yang baik walau dalam usia melewati 74 tahun...Aku bahagia yang teramat kerana sehingga usiaku ini aku masih punya kedua ibu dan bapa berbanding sahabat-sahabatku yang telah tiada kedua-duanya ataupun salah seorang darinya..

Syukur atas anugerah dan NikmatMu..aku menjadi anak bongsu dari tiga orang adik beradik, punya seorang kakak dan seorang abang yang disayangi dan dimanjai... walau telah meniti usia kini..Betapa beruntungnya aku..Aku amat menghargai apa yang ku miliki ini..

Terima kasih yang tidak terhingga buatmu ibu...kerana atas jasamu mengasuh, membesar dan mendidikku....Tanpa asuhan dan bimbinganmu.. tentu anakmu ini entah menjadi apa hari ini...Tanpa kasih dan sayangmu..entah di mana diri ini.... Tanpa rasa jemu..... Sesungguhnya pengorbananmu.. peluh keringatmu... tidak ternilai dengan limpahan wang ringgit.. Ibu.....kasihmu.... kasihku....abadi selamanya. Ibu..terima kasih sekali lagi..

Ya Allah..Ya Rahman.. Ya Rahim..kau berkatilah ibuku ini dengan RahmatMu.... kerana sesungguhnya, aku amat menyayanginya.. Amin...

Monday, 17 May 2010

ACAR

Bahan-Bahannya :


1 ekor ikan bawal atau beberapa kerat ikan tenggiri

Sedikit serbuk kunyit dan garam

Minyak kelapa seckupnya

4 sudu besar ketumbar

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

15 tangkai cili kering

2 tangkai cili merah dibelah dua

2cm halia

4 tangkai daun bawang

5 ulas bawang putih

2 ulas bawang besar

2 sudu besar gula

1 cawan cuka

2cm kunyit kering



Cara Membuatnya :


1. Bersihkan ikan. Gaul dengan garam dan kunyit. Goreng hingga kuning.

2. Kisar jintan putih, jintan manis, ketumbar, cili kering dan kunyit.

3. Kemudian masukkan bawang putih serta daun bawang dan kisar lagi hingga halus.

4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.

5. Tuangkan setengah cawan air dan masukkan garam. Masak selama setengah jam.

6. Masukkan cuka, gula, bawang besar yang di belah-belah, cili merah dan ikan goreng.

7. Biarkan hingga mendidih dan bolehlah di hidangkan.