Tuesday, 27 April 2010

UDANG MASAK TOMATO SAMBAL

Bahan-Bahannya :

½kg udang kertas / harimau dibersih dan toskan
3 - 4 ulas bawang putih ditumbuk
3 - 4 ulas bawang merah ditumbuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
4 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
Sedikit belacan
½ inci halia
6 btg cili boh / lada kering dikisar
1 biji telur
Gula, garam, perasa


Cara Membuatnya :

1. Tumiskan bawang-bawang tadi sampai wangi. Masukkan cili kisar dan masak sampai naik minyak.
2. Tambahkan air dalam ¼ cawan. Masukkan sos cili / tomato tadi.
3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan udang yang telah ditoskan dan bawang bulat.
5. Akhir sekali pecahkan telur sebiji dan gaul rata.

Sunday, 25 April 2010

SERONDENG IKAN BERSANTAN

Bahan-Bahannya :

400gm isi ikan tenggiri direbus dan dikisar halus
800ml santan dari 1½ biji kelapa
2 camca besar serbuk cili
Garam secukup rasa


Bahan-Bahan Digiling :

4 ulas bawang putih
5 biji bawang putih
80gm halia
2 batang serai
2cm lengkuas


Cara Membuatnya :

1. Gaul isi ikan bersama semua bahan giling dan santan serta serbuk cili.
2. Kacau di atas api sederhana hingga kering. Rasa garamnya.
3. Hidang bersama ketupat atau nasi himpit.

Friday, 23 April 2010

NASI MINYAK BERKISMIS

Bahan-Bahannya :


3 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

4cm halia

4 camca besar minyak sapi

2 cawan beras basmathi dicuci bersih dan disejat

2½ cawan air

1 kiub stok ayam

Garam secukup rasa

3 camca besar susu cair

5 camca besar kismis



Cara Membuatnya :


1. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumis bersama minyak sapi.

2. Masukan beras, air dan kiub stok ayam. Rasa garamnya.

3. Apabila mendidih masukkan susu dan gaul sebati.

4. Apabila masak, gaul bersama kismis.


Hidang bersama kari ayam atau rendang.

Wednesday, 21 April 2010

BEBOLA DAGING ALA THAI

Bahan-Bahan Bebola :

10 biji telur puyuh di rebus
160gm daging kisar
1 keping roti di jadikan serbuk
1 camca teh serbuk jintan manis
1 camca teh serbuk ketumbar
½ camca teh serbuk lada hitam
½ camca teh garam
1 biji telur di pukul ( ½ untuk mencelup )
Minyak untuk menggoreng cara terendam


Cara Membuatnya :

1. Rebus telur dan buang kulitnya.
2. Sebatikan daging, serbuk roti, rempah dan garam serta setengah biji telur.
Bahagikan 10.
3. Masukkan telur kedalam setiap satu bahagian dan bulat-bulatkan.
4. Celup di dalam baki telur dan goreng hingga masak.


Bahan-Bahan Kuahnya :

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
Minyak untuk menumis
1 batang serai di ketuk
1½ camca besar perencah tom yam (packet)
150ml air
4 - 6 tangkai cili padi
½ camca teh gula


Cara Membuatnya :

1. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
3. Masukkan serai dan rempah tom yam. Kacau hingga naik minyak. Masukkan air, cili padi dan gula.
4. Biar elok pekatnya sebelum di tuang ke atas bebola.

Monday, 12 April 2010

SERONDENG DAGING BAWANG GORENG


Bahan-Bahannya :

300gm daging, rebus dan carik halus
4 camca besar kerisik
3 camca besar serbuk cili
1 keping asam gelugur dihiris
½ helai daun kunyit dihiris
Garam dan gula secukupnya
800ml santan dari 1½ biji kelapa
60gm bawang goreng


Bahan-Bahan Digiling :

4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3cm halia
3 batang serai
2cm lengkuas


Cara Membuatnya :

1. Gaul semua bahan kecuali bawang goreng bersama daging dan santan. Rasa garam dan gulanya.
2. Kacau di atas api sederhana. Biar hingga kering dan garing.
3. Gaulkan bawang goreng kedalamnya hingga rata.

Saturday, 10 April 2010

SAYUR CAMPUR BERSANTAN


Bahan-Bahannya :

50gm jagung muda
50gm bunga kobis
5 batang kacang panjang
2 keping tempe
1 keping tauhu
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3cm halia
1 camca teh serbuk cili
1½ camca teh serbuk kunyit
200gm udang sedang, dibersih dan dibuang kepala
800ml santan


Cara Membuatnya :

1. Semua sayur dipotong 4cm panjang.
2. Hiris bawang putih, bawang merah dan halia, kemudian tumis.
3. Masukkan serbuk cili dan kunyit serta udang
4. Tuang santan dan biar mendidih.
5. Masukkan semua sayuran.
6. Hidang bersama nasi himpit.