Sunday, 26 December 2010

Bila kompang dipalu

19 Dis 2010 - Damansara. Majlis bertandang dari pihak pengantin perempuan..sepatutnya ari ni emaa da balik ke Setiawan dengan menaiki bas jam 2 petang..tapi bila sepupu emaa dari Jitra, Kedah mengajak ikut rombongan pengantin perempuan, dengan senang hati emaa terima mengenangkan emaa telah berada di kl..jadi emaa tukar waktu..nekbas jam 7 petang.


Berseri-seri pengantin dipelamin..direnjis2..ditepung tawar..oleh kaum kerabat terdekat..terpancar kebahagiannya...lepas ni..boleh cepat2 tambah ahli keluarga..emaa tumpang bahagia melihatnya..


Makan..and makan je minggu ni. Macam ni selalu..boleh gemukla emaa lepas ni...
emaa da bagitau kan..yang emaa beli tiket jam 7 petang, tapi emaa balik sitiawan nek kereta da... tau sebab apa? Apa lagi..emaa tertinggal bas la pula..haha macam2 kan.. nak datang kl kena ngorat dalam bas..nak balik kena tinggal dek bas..lepas ni memang emaa tak naik bas dah la kan..bukan serik tapi cukupla sekali.. boleh ke emaa drive sorang2 pergi kl..encik suami benarkan ke? setakat ni emaa cuma drive sorang2 bila balik kedah je..


Saturday, 25 December 2010

17 Dis 2010. Dewan Sri Indon, Putrajaya.

Singgahsana raja sehari

Seminggu dah berlalu..tapi baru hari ini emaa teringat nak bercerita..
Hari jumaat lepas emaa cuti satu hari bertujuan menghadiri majlis sambut menantu sepupu emaa yang akan berlangsung pada malamnya..di Dewan Sri Endon, putrajaya..oleh sebab encik suami tidak dapat cuti, maka pagi2 lagi emaa dah bertolak ke putrajaya menaiki bas trans..

puteri sulong emaa n tunang

Pengalaman yang emaa tidak boleh dilupakan, pertama kali emaa naik bas awam setelah berpuluh tahun..punya la takut apabila ada makhluk yang tidak tahu membezakan usia..mengurat emaa di dalam bas..(perasan sekejap) cewah...haha.. percaya tidak? usianya sekitar 30an..layak jadi adik emaa je...ke dia berniat nak jual emaa..haha (orang sekarang sukar diduga kan..) bermula masa bas amik penumpang di Teluk Intan..sepanjang dalam bas emaa perasan dia asyek pandang emaa je..(perasaan emaa ke perasan.....?) Di hentian ulu bernam..lagi la haru..dia asyek ikut emaa je..(walau emaa tak layan..pun tak pandang dia..tapi terpandang juga sekali sekala...) sebab takut..emaa tak jadi makan..tahan lapar...huhu...sedeh sekejap.. Mujur ada abg (Syak) yang sentiasa sms...menemani emaa..sepanjang perjalanan hingga emaa sampai ke hentian putrajaya..(sory abg, ..sebab banyak kedet abg abis pada emaa ari tu..xpew kan? dan abg marah bila emaa kata org tu nak jual emaa..)

cu sekeluarga

Lepas solat maghrib, emaa menghadiri majlis ditemani anak2 emaa yang semuanya ada di kl.
Seronok sangat sebab dapat berkumpul dengan semua sanak saudara disana..

dua budak kaki melaram(akak n adek)

emaa n abg chak yg selalu kt die ensem..:)

Wednesday, 15 December 2010

~Risik Merisik~

Tepak Sireh

Sabtu 4 Dis 2010 rumah emaa dikunjungi tetamu jauh...kunjungan penuh beradat..membawa hajat yang satu....menyunting bunga di laman emaa...
buat sang putera..
Syukur Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar..bagai dirancang..


Cincin belah rotan..

Sunday, 21 November 2010

Belajar dari masa lalu...


Tidak seorang pun dari kita yang sempurna. Yang mahu belajar dari kasilapan adalah orang-orang yang bijak. Yang amat menyedihkan apabila mempertahankan benda yang sedia terbukti salahnya..

Kita tidak berupaya merubah masa lalu....tetapi pengalaman itu mendewasakan kita untuk menjadi manusia yang lebih berjaya di dunia dan bahagia di akhirat...

Kita tidak perlu menoleh ke belakang..merenung masa silam yang suram..
bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan kita miliki hari ini..menjadikan kita lebih bahagia..

Hadapilah hari esok yang mendatang dengan lebih tabah dalam mencari keredhaanNya.


Monday, 8 November 2010

Kursus Budaya Kerja Cemerlang 29 - 31 Okt 10


gayaaatttt....huhu...

hari ni emaa cuti..sorang2 kat umah..rajin pula nak update blog..lama tinggal..rindu pula nak bercerita...xpew kan..

minggu lepas emaa menghadiri 2 kursus. rajin kan..kan...satu lagi Kursus Smart Solat 2 - 4 Nov 2010..

Kursus Budaya Kerja Cemerlang 29 - 31 Okt 10 dijalankan di Felda Residence Trolak.. tempatnya cantik...sebenarnya emaa tak pernah tau pun yang kat dalam kawasan felda ni.. ada tempat yang begitu cantik untuk kursus seperti ini..syukur padaNya kerana emaa terpilih untuk menghadiri kursus ini ditempat yang mendamaikan ini...

Berakit-rakit ke hulu..heh?

walaupun semua kursus dijalan secara outdoor..lasak, mencabar lagi memenatkan..tapi emaa dan kawan2 gembira dan enjoy...

bermula seawal jam 7.30 pagi dengan aktiviti senam robik (tarian ponco2).. dikuti dengan segala bagai acara yang telah disusun jurulatih..dan berakhir jam 12 malam..huhu...

sempat tuk posing juga...

ahli kumpulan..tersemat dihati...

Majlis Konvokesyen Aku Hunny..6 Nov 2010

Bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sabtu 6 Nov 2010 hari berlansungnya majlis. Sesi petang bermula jam 2.30....tetapi seawal jam 12 tengahari emaa da sampai bersama keluarga..awalkan..bukan apa..sebab tak nak jalan jauh la tu...dan..nak dapatkan lot parking yang kalau boleh depan pintu dewan kut..ha2..xpew kan.. Meriah dengan tema purple yang dipilih oleh Cik Aku Hunny.. (purple warna emaa kut..) dan tak sangka juga..tema purple menjadi pilihan banyak orang.....sana sini..penuh purple... haha amik ko...

Jumaat 5 Nov 2010 lebih kurang jam 10.30 pagi dari Sitiawan dan selamat sampai ke tempat penginapan di Desa Pinggiran Putra, Putrajaya lebih kurang jam 2.30 petang. Menginap di rumah emak sedara.. dan pada petangnya... sempat lagi berjalan2.. mengintai2... ke Nilai...menjamu mata.... selepas menjemput Cik Aku Hunny selesai majlis raptainya..

Terima kasih banyak2 buat cu sekeluarga atas layanan mesra...budi baik dikenang jua....dapat kumpul ramai2 malam tu..rasa best sangat..terima kasih juga pada pak tam sekeluarga..sebab sudi datang dari kl dan bermalam bersama kami ...walaupun pak tam kurang sihat..tapi kita gembira kan..

bersama keluarga
selalu tengok picc dari jauh bila ke putrajaya.. akhirnya dapat masuk juga..

wit hunny
emaa bangga dengan angah..belajar rajin2..dan buat yang terbaik untuk diri sendiri..semoga beroleh kejayaan di dunia n akhirat..
emaa tunggu convo deg...dengan yang lebih cemerlang..




















Tuesday, 27 July 2010

Dapat APC



Tahun ni emaa dapat Anugerah Khidmat Cemerlang.. Majlis berlangsung di Heritage Hotel, Ipoh.. pada 26 Jul 2010 (Isnin). Tanya tentang perasaan emaa?... ya..emaa amat bersyukor atas rezeki ini.. dan berterima kasih pada bos2 emaa yang menghargai sumbangan emaa...

Majlis yang sepatutnya bermula jam 8.30 pagi..menjadi 10.30 pagi.. dan berakhir jam 12.00 tengahari.. pun begitu majlis berlangsung penuh meriah dan ceria... penuh dengan sesi bergambar juga..!!

Oh ya.. Emaa juga bertemu dengan kawan lama emaa... setelah sekian lama tidak bertemu dan mendengar khabar.. die sekarang bertugas di Ipoh.. dan menjadi salah seorang urusetia majlis... Maria.. gembira dapat jumpa kamu...!

Pada kawan2 dari Ipoh.. Odah, Syimah dan lain2.. emaa gembira atas jalinan persahabatan ini.. muga berpanjangan.. Amin.. Terima kasih atas layanan baik kalian...




Thursday, 22 July 2010

Sayangi Diri Sendiri



Berperasaan rendah diri.. membuat kita lemah..
Mempunyai perasaan iri hati.. membuat jiwa resah..
Mengatakan kita tidak sama seperti orang lain membuat hati tidak gembira dan tidak bahagia...

Oleh itu...

Sayangilah diri sendiri.. dan anggaplah orang sekeliling kita juga menyayangi kita.. dan menghargai kehadiran kita... kewujudan kita...

Dengan...

Bersangka baik terhadap orang sekeliling kita..
Menghargai apa yang kita ada dan yang kita punya hari ini..
Bersyukor dengan apa yang kita miliki atas nikmatNya..
Dengan cara ini, hati.. akan sentiasa merasa tenang.. gembira..dan bahagia...























Tuesday, 13 July 2010

Perasaan itu....

Perasaan itu...muncul tiba-tiba...
ada rindu.. tak terkira...
pada gelak tawa..hilai manja...
pada gurau senda yang entah apa-apa...
pada budak nakal lagi manja ...


rindu adek yg nakal..(emaa nak dekan lg..!)


angah...rindu saat ini...


3 budak nakal singgah marina...



Saturday, 10 July 2010



Dia akan menjadi baik jika dapat melihat kebaikannya..
dan menyenangkan kalau kita dapat melihat keunikannya..
akan menjadi sebaliknya jika kita tidak dapat melihat keduanya..
begitu juga insan..
kita tidak akan pernah memilikinya..
jika kita mengharapkan dia tanpa sebarang kesalahan.. tanpa cacat dan cela..

Emaa masih di sini...masih disisi kamu..masih menyayangi kamu...seperti dulu.. seperti hari2 kamu di rumah emaa.. emaa bangga mengenali kamu... emaa bangga punya kamu... kasih emaa melimpah ruah...haha.. boleh pakai tak ayat tu..? harapan emaa kamu akan cepat sembuh.. jaga diri sebaik mungkin.. dan tolong jangan lukakan hati insan2 yang amat kamu sayang dan insan2 yang amat menyayangi kamu.. jadilah diri kamu yang sebenar...

Tuesday, 6 July 2010

SAMBAL GORENG



Bahan-bahannya:


2 keping tauhu

2 keping tempeh

3 keping hati ayam

200gm udang

3 batang kacang panjang

2 papan petai

2 biji cili merah dihiris

Sedikit su'un direndam

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

Sedikit halia

Sedikit lengkuas

Sedikit belacan

1 batang serai dihiris

1 cawan pati santan

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :


1. Goreng tauhu, tempeh dan hati ayam dan asingkan.

2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan belacan.

3. Tumis bahan-bahan tadi.

4. Masukkan udang. Kemudian masukkan kacang panjang dan petai.

5. Masukkan serai, tauhu, tempe dan hati ayam.

6. Masukkan santan, garam, su'un dan biarkan sehingga masak dan kering sedikit.

7. Akhir sekali masukkan cili merah dan angkat.

Friday, 2 July 2010

2 Jul 1984 - 2 Jul 2010




26 tahun mengikat kasih..menggenggam bahagia..

`Ya Allah..KepadaMu Kami serahkan perasaan ini untuk Engkau sinar dengan cahaya petunjuk..agar kami dapat kembali kepadaMu dengan hati yang reda lagi diredai..
Jangan biarkan hati kami rapuh dan lemah dalam menjalani kembara kehidupan
di dunia ini. Amin..Ya Rabbulalamin...'


Tuesday, 29 June 2010

Mengawal Diri Tatkala Marah…

Emaaa ade terbaca sebuah artikel mengenai cara2 mengawal diri tatkala marah di dalam sebuah majalah yang selalu emaa baca....disini emaaa kongsi tip2 tersebut..

1.Ingatlah ALLAH SWT

Ingatlah bahawa Allah SWT tidak suka kepada si pemarah. Sebagai hamba, kita tidak layak berasa marah apalagi memarahi orang tanpa sebab munasabah. Siapa kita untuk memarahi orang lain, sedangkan kita sendiri banyak kekurangannya.

2.Sirami Rasa Marah Dengan Air Wuduk.

Peranan utama marah datangnya dari syaitan. Syaitan diciptakan daripada api dan api hanya mampu dipadamkan dengan air. Oleh itu, ambillah wuduk supaya api syaitan terpadam dari tubuh anda.

3.Tengok Wajah Anda Di Cermin.

Alangkah buruknya wajah anda tatkala marah. Lihatlah muka yang merah, hidung yang kembang kempis dan mata yang menyala itu. Anda sangka orang berasa takut melihat keadaan anda yang begitu??? Bagaimana kalau orang berasa lucu?!!!

4.Kuncikan Bibir Dan Diam Dahulu.

Terasa hendak marah juga, diam sejenak. Tarik nafas, lepaskan perlahan-lahan Anggap anda tiada tangan untuk bertindak dan tiada mulut untuk berkata apa-apa.

5.Ubah Kedudukan Anda.

Jika ketika itu anda sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk, berbaringlah dan jika masih marah juga, beredarlah ke tempat lain. Bawa-bawa hati ke tempat yang lapang, tengok keindahan alam.

* Jika kesemuanya telah anda lakukan….tetapi masih terasa hendak marah juga……, itu tandanya anda dikawal emosi dan bukan mengawal emosi…...

Tuesday, 22 June 2010

Bergosip Sedikit....

Emaa nak kongsi sikit apa yang emaa baca dalam midi keluaran 15 Jun..sudah tentu ruangan yang paling emaa suka..'diari suami' tulisan saudara Abdul Jalil Ali. Emaa.. memang tak pernah mis baca punya..!!

'Cemburu datang pada usia SENJA' saling bimbang untuk kehilangan yang tersayang...tajuknya menarik bukan?

Emaa setuju 100 persen dengan apa yang dikata...jika nak buat...(curang) kenapa sekarang? baik lakukan waktu dulu..saat masih muda belia....! cemburu boleh,kalau itu tanda sayang..tetapi jangan sampai berlebihan hingga boleh membawa kehancuran...

Saturday, 12 June 2010

SERUNDING KELAPA

Bahan-Bahannya :


1 biji kelapa parut

200gm daging cincang

5 tangkai cili kering

8 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3cm kunyit hidup

3cm lengkuas

3 batang serai dihiris

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

1 sudu makan ketumbar

¾ cawan air asam jawa

½ cawan minyak masak

2 sudu makan gula

Garam secukup rasa



Cara Membuatnya :


1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, lengkuas, serai, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.

2. Kelapa digoreng sehingga kuning.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang dikisar tadi sehingga bangkit bau.

4. Masukkan daging dan kacau rata hingga masak. Masukkan air asam jawa, garam gula dan kelapa goreng.

5. Goreng sehingga kelapa kelihatan basah dan angkat.


Wednesday, 9 June 2010

IKAN BAKAR BERINTI

Bahan-Bahannya :


2 ekor ikan cencaru

½ biji kelapa parut

5 tangkai cili merah

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1cm kunyit hidup

1 sudu kecil jintan manis

1 helai daun kunyit

2 bji limau nipis diperah jusnya

Garam secukup rasa



Cara Membuatnya :


1. Tumbuk kelapa parut, cili merah, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan jintan manis.

2. Ikan di bersihkan dan di belah belakangnya

3. Gaul bahan tumbuk dengan garam dan air limau

4. Masukkan bahan tersebut kedalam perut ikan bersama daun kunyit yang di koyak kecil.

5. Bakar ikan hingga masak

Sunday, 6 June 2010

Puteri Puteriku..


Dia..bidadari kecilku...
Dia.. penawar dukaku...
Dia.. permata hatiku...
Dia...puteri-puteri kesayanganku...
Suffiyatun Huda binti Suliman
Suffiyatun Hanie binti Suliman
Suffiyatun Hanis binti Suliman

Alhamdulillah...atas anugerahMu Ya Allah..menghadiahkan hambamu ini dengan tiga orang puteri yang sempurna sifatnya..baik paras rupanya...manis tutur bicaranya..aku amat menghargai apa yang ku miliki ini... Aku bersyukur atas nikmatMu ini...Kan ku didik amanah ini penuh tanggungjawab..

Ibu bahagia melihat kamu ketawa gembira...
Ibu bahagia melihat kamu merangkak dan mengisot..
Ibu bahagia melihat kamu bertatih dan berlari...
Ibu bahagia melihat kamu membesar di depan mata...
Ibu bahagia melihat kamu tidak tinggal solat...
Ibu bahagia melihat kamu menjadi puteri solehah...
Ibu bahagia melihat kamu berjaya dan cemerlang dalam pelajaran...
Ibu bahagia melihat kamu rajin membantu ibu...
Ibu bahagia melihat kamu saling menyayangi...
Ibu bahagia melihat kamu bahagia....

Puteri ibu adalah sahabat ibu yang paling akrab, ibu selesa berkongsi cerita tentang apa sahaja...boleh ketawa dan menangis bersama..ibu cuba untuk menjadi ibu juga kawan yang terbaik buat kalian..cuba memahami..cuba mengerti...

Puteri-puteri ibu menceria dan melengkapkan kebahagian ibu..pun dalam kegembiaraan dan kebahagian ini. .. ibu juga kadang terselit rasa sedih apabila melihat puteri yang ibu sayangi leka dan lalai mengerjakan solat.... Hati ibu jadi tersentuh apabila melihat air muka puteri ibu dengan rasa terpaksa menolong ibu... muncong empat belas....setelah ibu tegur tentang sesuatu.... Memang ibu mahu puteri ibu menjadi yang terbaik...mempunyai pekerti mulia..

Untukmu puteri..sesungguhnya ibu amat berbangga punyai kalian..ibu bangga untuk mengenalkan puteri kepada rakan-rakan ibu..kepada kaum kerabat ibu...

Alhamdulillah.. Syukur padaMu... Ya Allah.. kerana menganugerahkan 3 orang puteri buat penyeri hidupku, pelengkap kebahagian keluargaku.. Ya Rahman.. Ya Rahim..kau berkatilah keluarga ku ini... kau peliharakanlah puteri-puteri yang kucintai ini dari fitnah dunia... tingkatkanlah kehidupan mereka dengan rezeki yang berkat, kau rahmatilah setiap langkah mereka dalam mencari rezeki yang halal. Kau bersihkanlah jiwanya.. kuatkanlah imannya..Jadikan dia puteri solehah... Amin Ya Robbal’aalamin....

Thursday, 3 June 2010

UDANG MASAK TOMATO

Bahan-Bahannya :


½kg udang kertas diperap dengan garam kunyit dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas supaya air udang tak banyak keluar - toskan

3 - 4 ulas bawang putih ditumbuk

3 - 4 ulas bawang merah ditumbuk

1 labu bawang besar dipotong bulat

½ cawan sos tomato

¼ cawan susu cair

¼ cawan cili boh

Daun ketumbar dipotong halus untuk hiasan



Cara Membuat Sosnya :


1. Tumiskan bawang-bawang tadi sampai wangi.

2. Kemudian masukkan cili boh dan masak sampai naik minyak.

3. Kemudian tambahkan air dalam ½ cawan.

4. Masukkan sos tomato tadi. Jika suka masukkan 1 biji buah tomato yang dipotong dadu.

5. Kemudian masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa.

6. Akhir sekali masukkan bawang bulat dan taburkan daun ketumbar tadi.

Tuesday, 1 June 2010

PAJERI MANGGA BEREMPAH

Bahan-Bahannya :


2 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

3cm halia

Minyak untuk menumis

4 camca besar serbuk kari

2 camca teh gula

Garam secukupnya

2 biji mangga dibuang kulit dan biar sebiji-sebiji



Cara Membuatnya :


1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Kemudian tumis hingga garing.

3. Masukan serbuk kari dan gula.

4. Kacau dan biar garing.

5. Kemudian rasa garamnya.

6. Masukan mangga.

7. Biarkan mendidih barulah di angkat.

Monday, 31 May 2010

AYAM MASAK MERAH


Bahan-Bahannya :


1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa

3 sudu besar cili kering dikisar

1 senduk tomato puri

1 senduk jus tomato

10 ulas bawang merah dikisar

6 ulas bawang putih dikisar

3cm halia dikisar

2 batang serai diketuk

2 biji bawang besar dipotong nipis

Daun ketumbar, daun pudina, daun sup dan daun saderi dikisar

Gula dan garam secukup rasa



Cara Membuatnya :


1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian digoreng.

2. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan serai.

3. Setelah naik bau, masukkan tomato puri dan jus tomato.

4. Masukkan empat jenis daun yang dikisar tadi.

5. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul rata.

6. Ketika hendak menghidang, taburkan dengan kacang pis.

Thursday, 27 May 2010

Selamat Hari Jadi yang ke-48..


Dia..... lelaki dalam hidupku...
Aku sayang kamu...kini dan selamanya...
Suliman bin Abdullah


Dia seorang lelaki yang baik.. Seorang yang penyayang... dan bertanggungjawab...
Suka merajuk..tapi penyabar.
Pendiam tapi sesekali kuat meleter... tidak kisah tapi sesekali cerewet..
Kami sama, dia juga anak bongsu dalam keluarga.. Sudah tentu dia juga manja..seperti aku..degil seperti aku..sensetif seperti aku..tapi kami boleh bertolak ansur...


Alhamdulillah.. Syukor padaMu... kerana menghadiahkan dia padaku...aku bahagia di bawah payung kasihnya.


Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..
kau berkatilah keluarga ku ini...
Perkayakanlah suami yang ku kasihi ini dengan keimanan dan keilmuan..
hiasilah hatinya dengan kesabaran,
muliakanlah wajahnya dengan ketaqwaan.


Perindahkanlah fizikalnya dengan kesihatan yang baik serta terimalah amal ibadahnya,
kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat,
kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki yang halal untuk keluarganya.
Kau bersihkanlah jiwanya..kau kuatkanlah imannya.. kau peliharakanlah dia dari fitnah.....
Amin Ya Robbal’aalamin....


Monday, 24 May 2010

SERONDENG KELAPA UDANG KERING REBUS

Bahan-Bahannya :


½ biji kelapa parut, diambil putihnya sahaja

100gm udang kering direbus dan dikisar halus

4 camca besar serbuk cili

4 camca besar serbuk kunyit

Garam secukup rasa



Bahan-Bahan Digiling :


5 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

3cm halia



Cara Membuatnya :


1. Gaul semua bahan dan kacau di atas api sederhana.

2. Biar hingga garing dan berserbuk.

3. Hidang bersama nasi himpit atau ketupat.

Saturday, 22 May 2010

MURTABAK INTI KEJU

Bahan-Bahannya :


4 camca besar minyak

3 - 4 biji telur

150gm keju kraft diparut


Bahan-Bahan Pastri :


250gm tepung gandum

Secubit lada sulah

½ camca teh serbuk penaik

½ camca teh garam

160 - 170ml air

Minyak sapi


Bahan A ( Inti ) :


300gm daging dikisar lumat

Secubit serbuk kunyit

Garam secukup rasa


Bahan B ( Inti ) :


3 biji bawang besar dipotong dadu

3 - 4 tangkai cili hijau dipotong dadu

1 camca besar serbuk ketumbar

1 camca besar serbuk jintan manis

1 camca besar serbuk buah pelaga


Cara Membuatnya :


1. Panaskan 2 camca besar minyak. Masukkan bahan-bahan A. Kacau hingga kering. Keluarkan dari kuali.

2. Panaskan 2 camca besar minyak lagi. Goreng bahan-bahan B selama 5 minit atau hingga bangkit baunya.

3. Kemudian masukkan Bahan A. Biarkan sejuk sebelum dicampur telur dan keju Kraft hingga sebati.

4. Campur semua ramuan pastri didalam mangkuk, kecuali minyak sapi hingga menjadi adunan lembut. Biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam di dalam mangkuk yang di tutup.

5. Bahagikan adunan menjadi dua. Canai nipis dan sapu dengan minyak sapi. Kemudian jadikan bebola. Tutup selama ½ jam dengan kain basah. Canaikan bentuk segi empat. Bubuh inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk murtabak.

6. Goreng di dalam minyak sapi panas hingga kekuningan. Hidangkan panas bersama acar bawang atau kuah kari.

Thursday, 20 May 2010

DAGING MASAK HITAM


Bahan-Bahannya :


1kg daging

15 tangkai cili kering

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

3cm halia

1 cawan kerisik

1 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk lada hitam

6 tangkai daun kari

½ cawan minyak masak

1 cawan air asam jawa

2 ulas bawang besar dihiris bulat

2 tangkai cili hidup ( untuk hiasan )

Garam secukup rasa



Cara Membuatnya :


1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan kerisik.

2. Daging di basuh dan di potong nipis.

3. Campurkan bahan yang di kisar tadi dengan serbuk lada hitam, jintan manis dan jintan putih.

4. Panaskan minyak dalam kuali.

5. Tumis rempah sehingga garing. Masukkan daging, garam serta air asam jawa. Biarkan mengelegak dan daging empuk.

6. Masukan bawang besar serta cili potong. Setelah bawang layu, angkat dan hidangkan.