Wednesday, 15 April 2009

Bacaan Yassin..

15 Apr 09

Jam 3 ptg rakan2 dalam KAKEP buat majlis bacaan yasin dan tahlil di rumah Lin salah seorang ahlinya. Majlis selesai lebih kurang jam 5 ptg. Kesian dengar cerita Lin yang anak keduanya tak nak ke sekolah dah hampir sebulan. Lin buat Yassin muga anaknya terbuka hati nak ke sekolah dan terhindar apa jua halangan yang mendatang. Semoga anak Lin kembali ke sekolah selepas ni dan jadi anak yang terbilang suatu hari nanti.

LAKSA JOHOR

13 Apr 09.

Seawal pagi lagi kawan office cerita tentang enaknya laksa Johor yang mak dia buat. Dia janji nak buat untuk kita orang rasa sebelum dia bertukar nanti. Oh..ya, Lina ditukarkan ke Semporna hujung bulan Mei nanti. Sebagai kenangan diberinya resepi laksa Johor macam mak dia buat...

LAKSA JOHOR


Bahan-Bahan:-

Ikan Kembung
Rempah Kari
Santan Kelapa
Rempah Tumis
Asam Keping
Kerisik
Laksa (Spageti)


Bahan Untuk Dikisar:-

Lengkuas
Kunyit
Serai
Bawang Merah
Bawang Putih
Lada Kering


Bahan Hiasan:-

Timun
Taugeh
Bawang Besar
Daun Kesum
Sambal Belacan
Limau Kasturi


CARA-CARANYA:-

1. Rebus ikan, buang tulang dan blender. panaskan minyak tumis rempah tumis, masukkan bahan blender, tumis sampai naik bau.

2. Masukkan rempah kari, ikan yang diblender,santan dan kerisik. masukkan garam.

SPAGETI D’TUNA

27 Mac 09 jam 0800 pg.


Seperti biasa.. setiap pagi Jumaat sendirian di pejabat. Staf lain semua ada baris pagi dan taklimat CO. Memang dah rutin diaorang macam tu.. bukan hari Jumaat sahaja..tiap-tiap hari ada baris pagi dan taklimat Pegawai Bahagian. Duduk depan komputer dengar lagu.. apa nak buat.. Ha, tulis resepi untuk anak-anak.. belajar buat sendiri, nanti senang nak jamu kekawan makan..

SPAGETI D’TUNA



Bahan-Bahan

1 bungkus spageti
1 tin cendawan butang – potong nipis
1 tin sos spageti (Prego)
1 tin ikan tuna
1 labu bawang besar – potong dadu
4 ulas bawang putih – potong dadu
½ bungkus sosej
Sayur (jika suka)
Sedikit minyak untuk menumis
Lada sulah
Sedikit air - (kuah pekat)
Secubit garam


Cara-Cara

1. Didihkan air dalam periuk. Masukan spageti bersama 1 sudu minyak masak. Masak angkat dan toskan.

2. Tumis bawang putih/bawang besar, setelah bau wangi masukan sos spageti prego dan sedikit air kemudian masukan ikan tuna, lada sulah, sedikit garam dan cendawan butang serta bahan-bahan lain (masak agak pekat).

3. Dah boleh makan.

Muffin Kek

25 Mac 09

Hari ini kita orang ada bengkel memasak anjuran KAKEP Lumut. Resepi istimewa dari Sara ialah Kek Cawan Cokelat Chip. Belajar dan mengeratkan silatulrahim sesama ahli. Kelakarnya sebab chef pun amatur (leka sembang) jadi dulang kek yang pertama hangit separuh. Hangit pun sedap.. nak kata apa lagi. Anak-anak mak boleh cuba sendiri.. sebab memang sedap pun dan senang aje cara nak membuatnya.
Selamat mencuba..!!


Inilah resepinya.


KEK CAWAN COKELAT CHIP

Bahan-Bahan

200gm mentega
200gm gula castor
250gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
40gm serbuk koko
100gm susu segar UHT
4 butir telor
150gm chip cokelat


Cara-cara:-

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukan telor satu persatu dan pukul hingga sebati.
3. Masukan tepung, serbuk penaik, serbuk koko. Tuang sedikit demi sedikit selang seli dengan susu.
4. Gaul sebati dan masukan ½ adunan cokelat chip.
5. Masukan ¾ adunan kedalam cawan kertas dan tabur cokelat chip ke atasnya.
6. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu sederhana.