Friday, 12 February 2016

~ Salam jumaat - Doa anak angkat ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Segala puji hanya milik Allah dan semoga
selawat serta salam tetap tercurahkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, keluarga dan semua orang yang mengikuti jejak mereka dengan kebaikan..


Bersua lagi di hari jumaat penghulu segala hari.

Kata ustaz di satu kuliah..

'Doa anak angkat yang soleh kepada kedua ibu bapa angkatnya adalah sama dengan doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapa kandungnya.  Anak ini telah dididik dan ditarbiah serta diberikan pendidikan agama maka segala pahala ibu bapa angkat akan diperolehi jika anak angkat tersebut melakukan amal soleh dan mendoakannya semasa mereka berada di alam barzakh'.


~ Salam Jumaat - semurni kasih ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Segala puji hanya milik Allah dan semoga
selawat serta salam tetap tercurahkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, keluarga dan semua orang yang mengikuti jejak mereka dengan kebaikan..

Salam jumaat penghulu segala hari.

Di dalam sohih Muslim: Firman Allah Ta'ala: 

"Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu."

pic dari en. google

Sunday, 31 January 2016

~ Tuah Si Penyapu... :) ~

Assalamualaikum..salam sejahtera salam ukhwah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Segala puji hanya milik Allah dan semoga
selawat serta salam tetap tercurahkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, keluarga dan semua orang yang mengikuti jejak mereka dengan kebaikan..

Salam hujung minggu warga blog.  Hari ini kak nah ingin berkongsi idea buat anda yang berjiwa kreatif dan tangan pula berseni. Tidak tenteram rasanya kalau hanya duduk-duduk tanpa membuat sesuatu. Ini bukan hasil kerja tangan kak nah ya. Berkongsi dari hasil encik google. 
 
Apa kata anda?
Siapa yang melihat pasti tertarik, penyapunya cantik, mesti tuan punyanya seorang yang rajin.. :)

ps/ Kejap lagi nak pergi kenduri. hari ni ada dua jemputan majlis perkahwinan. semalam ada satu. hujung minggu yang tidak perlu memasak. orang sekarang buat majlis tidak payah tunggu cuti sekolah macam zaman kak nah dulu-dulu.. :)